Thursday, December 13, 2012

Hasri bukan ganas sentiasa, masih ada sudut romantisnya...

.

Kalau tak percaya, jom kita lihat Hasri dari satu sudut yang lain pula....dengan wanita lain pula:






Selamat PAGIIII...!” sapa Tazs dengan gaya seperti seorang deejay radio. Hasri menguap pendek. “Nyenyak tidur malam tadi?” tanya Tazs.

            Nyenyaklah juga, lebih baik tidur di sini daripada tidur di bawah pokok, dalam hujan... he he he,” Hasri ketawa kecil, kenapa datang?” tanya Hasri pula.

            Nak ambik pakaian dalam beg-beg tu.” jawab Tazs pendek. Tangannya menunjuk beg-beg yang ada di tempat duduk belakang van kecil itu tetapi matanya tak lekang dari wajah Hasri yang bermata kuyu.

            Oooh.... Ingat tadi ada bawakan sarapan. Hmmm... tak apalah.” ada nada kecewa dalam suara Hasri. Tiba-tiba Tazs berasa bersalah pula.

            Eh, tak apa. Jangan risau. Saya masih ada keledek bakar semalam.” dalih Hasri apabila dilihatnya Tazs serba-salah.

            Tazs merenung wajah Hasri yang masih kuyu matanya. Dia impikan paginya, pada satu hari nanti, ada seorang lelaki bergelar suami sedang berbaring disebelahnya dengan wajah yang kuyu. Seperti wajah Hasri yang direnungnya itu. Dia mahu belai rambut lelaki itu. Meletakkan tangannya di bawah bantal lelaki itu manakala sebelah tangan lagi memeluk dada. Dia mahu sedut bau peluh di leher lelaki itu. Dia mahu ...

            Kenapa? Muka saya selebet ya? Ha ha ha...” Hasri perasankan renungan Tazs yang lama itu.

            Cepat-cepat Hasri membetul-betulkan rambutnya menggunakan jari kemudian meraup-raup mukanya beberapa kali, biar kulit mukanya merah dan kelihatan lebih segar. Tazs hanya mampu tersenyum tak terkata.

            Sebenarnya, saya tak pernah berada di samping lelaki, serapat ini, sebelum ni.” jelas Tazs jujur.

            Apa lagi berdua-duaan di dalam van dan hujan pula di luar, ya?” teka Hasri, menyambung kata-kata Tazs. Tazs anggukkan kepala.

             ”Memang romantik... di luar sana sejuk, di dalam sini hangatnya sungguh membara, kalau kita perasan.” Hasri mula menusukkan jarum ke hati Tazs.

            Sayangnya, romantik itu tak bermula dari malam tadi. Jika tidak, apa yang kamu bayangkan selama ini mungkin terjadi...” sambung Hasri.

            Tazs tersentak kecil, Hasri seolah-olah dapat meneka apa yang ada dalam fikirannya. Dia malu. Merah padam mukanya. Kemudian, Hasri melukis bentuk ’love’ pada cermin hadapan van yang berkabus itu. Dia toleh kepada Tazs.

            Kamu pernah bercinta?” tiba-tiba Hasri bertanya.

            Tazs kurang pasti sama ada menyimpan perasaan terhadap lelaki itu boleh dikatakan cinta. Kalau boleh, dia pernah ber’cinta’ dengan seorang lelaki ketika dia masih di sekolah menengah dulu. Kalaulah rindu itu boleh dikatakan cinta juga, dia mungkin pernah bercinta dengan sepupu Tij ketika dia datang ke rumahnya untuk beraya beberapa tahun dulu. Namun semua itu tak pernah dia lafazkan kepada mereka. Dia hanya pendamkan keinginannya jauh-jauh dalam lubuk hati kerana dia sedar, dia bukan siapa-siapa.

            Tak pernah rasa-rasanya...”jawab Tazs.

            Saya pernah beberapa kali... dan saya telah rasa manis dan pahitnya sekali.” kata Hasri dengan nada yang bersahaja tetapi serius.

            Saya tak pandai nak cakap. Tak pandai nak luahkan perasaan jadi saya simpan sajalah.” jelas Tazs.

            Percayalah Tazs, cinta meletakkan satu perasaan yang amat indah ke dalam hati tetapi cinta juga boleh meletakkan racun di tempat yang sama.” terang Hasri.

            Bercinta ini payah kerana cinta itu terbit dari dua hati yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama. Selagi dua hati itu dapat kekalkan citarasa yang sama, indahnya bercinta itu bagaikan mahligai kepada sang puteri dan putera raja. Namun, mereka juga merasa betapa peritnya untuk mengekalkan kehangatan cinta itu.”.

            Selagi kemanisan bercinta itu melebihi segala-galanya, keperitan itu hanya sesuatu yang di belakang, sesuatu yang tak perlu difikirkan sangat.”.

            Tazs terpegun dengan kata-kata Hasri itu. Sungguh dalam maksudnya dan indah pula. Kekaguman merangkul hatinya. Hatinya mula terpaut melalui kata-kata itu. Dia rasakan Hasri seorang lelaki yang berpengalaman dalam hal-hal bercinta ini, seorang lelaki yang dapat membimbing dan membawanya naik setapak lagi dalam alam kehidupan.

            Lagi...?” Tazs meminta. Dia pusingkan badannya menghadap Hasri dan tangannya memangku dagu. Dia mahu dengar Hasri bercerita tentang cinta lagi. Hasri pun pusingkan badannya menghadap Tazs yang tekun mendengar.

            Kamu tahu cara untuk pastikan cinta itu sentiasa hangat?” Hasri bertanya. Tazs gelengkan kepala, dia tak tahu.

            Tiba-tiba Hasri pegang tangan Tazs yang memangku dagu. Tazs terkejut tetapi dia biarkan sahaja. Lagi pun, Hasri sedang bercerita tentang cinta, mungkin itu sekadar membantu. Hasri tarik tangan Tazs itu lalu diusap-usapnya. Tazs biarkan sahaja.

            Caranya ialah dengan sentuhan.” terang Hasri. Tazs seperti seorang murid sekolah yang sedang belajar subjek cinta dan Hasri itu guru cintanya.

            Sentuhan seperti ini nampak seperti di luar tetapi sebenarnya bila kita sentuh hati kita turut bersentuhan.” Hasri usap-usap lengan Tazs yang lembut itu perlahan-lahan.

            Malah mungkin hati kita berpeluk, merangkul... mungkin juga berkucupan dengan mesra.” sambung Hasri lagi. Tazs terpesona.

            Bila hati kita bermesra-mesraan begitu, kita akan terasa kehangatannya. Pernah rasa kehangatan cinta?” Hasri bertanya. Tangannya kini memegang kedua-dua bahu Tazs. Tazs gelengkan kepalanya lagi seperti seorang murid lembam.

            Kamu nak cuba?” Hasri cuba mencari kepastian dari wajah Tazs. Dia genggam kedua-dua belah bahu Tazs.

            Eh!.. kejap... kejap.” Tazs menolak badan Hasri yang merapat....





{Sedutan dari buku Kecubung}


.

11 comments:

fifie said...

Haris nie gatal jugak ye.

tasekM said...

ini bukan romantik.
ini syaitonirrojimmmmm...




.

Nizam.Ariff said...

Fifie,
Hahaha... sedikit2 perangai Hasri terdedah...


TM,
Macam stress je ko ni Tazs...eh, Tas?
Hahaha

LelakiSemalam said...

komen tasik m....kemain....hehe!

Tijah said...

tak benapas aku baca...

Nizam.Ariff said...

Lelakisemalam,
Ko jgn terpengaruh dgn dia... hahaha


Tijah,
Babak ko esok lepas solat jumaat keluar...hahaha

kucingorengemok said...

selamat pagi cik ta... eh, cik tazs!

Tijah said...

Haha. Aku tgh bayangkan cik tazs mcm cik ta. Itu baru slurp!

ASH said...

Hasri ni ada muka macam abang eren ke?

.
.
.
.
.
.
.
bawak bawak bertaubat le Hasri oooi..!!

kaki betina jugak rupanya dia...ishh

Nizam.Ariff said...

KOG,
Kalau Tazs mengamuk, jangan pass kat aku lak ek... hahaha



Tijah,
Dia tak masuk komen balas ni kira2nya dia dah merajuk kut... hahaha



Ash,
Takkkk... Hasri rupa Hasri.
Abg Eren baikk... hahaha

Lady Windsor said...

konpius aku..nita, tazs, Tij...sat gi sapa pulak..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com