Friday, December 28, 2012

Intisari 2013....

.

Esok hari Sabtu.

Minggu hadapan, akan bermulan satu pusingan kalendar matahari lagi. Pada kali ini untuk 2013 pula. Kalau dulu-dulu, dalam tahun-tahun 80an, di tiub sinar katod (TV) akan ke udara "Intisari Rancangan". Pengacara akan mengumumkan rancangan-rancangan TV yang akan disiarkan pada hari itu. Sekarang sudah tiada. Tapi masih ada dituliskan dalam suratkhabar.

Kalaulah kita adalah pengacara untuk 'Intisari 2013', apakah agaknya yang diumumkan?

Antaranya yang aku fikirkan:
  • Peperangan demi peperangan
  • Wabak penyakit semakin menggila dan sukar ditemui penawarnya
  • Gempa bumi semakin kuat dan semakin kerap
  • Banjir semakin besar dan semakin kerap
  • Kemarau yang semakin panjang
  • Musim sejuk yang menggila
  • Penghasilan makanan semakin tak mampu menampung keperluan dunia
  • Manusia mulai kembali kepada Tuhannya.

Lusa hari Ahad.

Cuba kita jengah pagi-pagi Ahad nanti ke arah Timur. Kita lihat sama-sama apakah warna matahari kita pada pagi itu. Kalau mampu, cuba dakap sedikit kehangatannya dan dengarkan apakah yang akan dibisikkannya. Cuba kita dengar apakah ceritanya ketika ia berada di balik dunia sana semalaman.




.

4 comments:

Ellie Mariana Abdullah said...

Kiamat sudah dekat?

Aku tak dak bekal lagi ni..asyik sibuk turun naik tangga bangunan.check loker,kunci ,tilam, bantal segala.

dah penat aku baca blog.

ps; Entah apa butang aku kilk nama aku dah tukar. Goole+ la konon. Aku nak balik nick Lily tu. Ada sapa2 tau cammana nak twist kan semula waaaa...

tasekM said...

2012 tahun serabut aku.
2013.
aku rasa...







makin serabut.


.

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Aku pun tak pandai nak tengokkan. Aku pun dapat komen dari dak Tazs pasal google+ nih.... sudahnya, aku delete / unsubscribe terus....


TM,
Samalah kita pun.... aku harap dari keserabutan itu nanti kita akan dapat cari ruang yang lapang atau kurang serabut. SO, we must be alert dan tengok opportunity seperti yang pernah aku tuliskan dalam entri pasal peluang yang bukan milik kita.... dan opportunity itu Tuhan yang berikan.... berdoalah agar kita bisa melihat dan ia menjadi milik kita...

sepa said...

ini aku dah baca.! salam...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com