Sunday, December 30, 2012

Kecoh Sessi Persekolahan 2013...

.

Sekolah sessi 2013 akan dibuka sikit hari lagi. Beberapa sekolah sudah pun melaksanakan sessi suaikenal untuk Darjah 1 dan Tingkatan 1. Sekolah Ariff belum lagi. Cuma sekolahnya akan mengadakan pendaftaran pada 1hb Januari 2013.

Dan kita boleh lihat senario ini:
  • Mak ayah kecut perut nak tinggalkan anak pra-sekolah nanti
  • Mak ayah kelam kabut nak uruskan bas sekolah dan tempat transit nanti
  • Terjahan akhir ke toko-toko pakaian seragam sekolah kerana terlupa nak beli stokin atau talipinggang
  • Kunjungan terkejut ke kedai jahit untuk ubahsuai lengan baju atau seluar atau kain.
  • Borang-borang untuk pendaftaran yang bersepah-sepah entah ke mana perginya
  • Terlupa nak tangkap gambar bersaiz passport
  • Songkok tak beli lagi, songkok hari raya puasa dah kemek.
  • Ingat boleh gunakan lagi kasut sekolah hitam tahun lepas rupa-rupanya kena pakai kasut warna putih kerana bukan lagi pengawas pusat sumber
  • Basuh kasut tahun lepas tanpa sedar yang kaki anak cepat membesar, tak macam kaki mak ayah yang dah statik tak besar-besar lagi


Saban tahun setiap kali sessi persekolahan dibuka.

Selamat Kembali Ke Sekolah, wahai anak-anak...





.

7 comments:

Cik Gee said...

masa first day masuk darjah satu,sy masuk salah kelas. waktu tu mmg malu giler sebab mase tengah kenalkan diri kat depan, cikgu panggil masuk kelas sebelah..

nasib baiklah kecik lagi!

huhu.. -.-'

fifie said...

Dulu waktu mula mula masuk sekolah, ayah teman ke sekolah seminggu. hahahha. Aku tak takut pun, tapi ayah ada untuk sesi kenal kenal. Nak cari pejabat kantin, nak beli makanan lah.

Miza Lee said...

Salam,,singgah+follow..btw nice blog..sudi singgah blog sye. :)

Nizam.Ariff said...

Cik Gee,
Hmmm.... aku dapat bayangkan macam mana gaya ruupa awak ketika itu... hahaha



Fifie,
Seminggu????
Huh.... anak ayah sungguh....
aku pulak, arwah bapak titipkan aku kepada kawannya untuk tunggu aku, itu pun hanya 2-3 jam je...



Miza Lee,
Yezzz.. da kunjung balas. Welcome to blogsphere ...

LydSunshine said...

Ada tak dalam list scenario tu terjadi kat ko En Nizam? Aku teka, ko mesti lupa nak beli stokin tu kan?

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Tak de... hehehe
cuma silap beli talipinggang je, salah warna...

sepa said...

ini aku dah baca.! salam...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com