Monday, December 31, 2012

Khazanah yang dilupai...

.

Apabila aku susun khazanah yang ada di dalam rumah aku ini ke dalam kotak-kotak untuk dipindahkan, aku terkejut. Bagaimana khazanah yang banyak diantaranya aku dah lupa macam mana boleh masuk ke rumah ini. Ada diantaranya yang sudah bertahun aku tak nampak atau guna.

Rule of thumb " kalau barang-barang itu dah setahun lebih tak digunakan atau tak pernah dilihat, maknanya setahun lebih lagilah ia tak akan digunakan atau dilihat"

Maknanya, barang itu tak diperlukan.  Sebabnya, kewujudan barang itu tidak diendahkan selama ini. Jadi, kalau barang itu tak wujud pun mungkin aku tak perasan.

Jadi, aku sediakan beg plastik sampah hitam yang paling besar aku jumpa di kedai. Aku lakukan 3S. Aku SISIH dahulu apa-apa yang aku tak mahu ke dalam beg plastik. Mana yang aku masih berkenan, aku SUSUN ke dalam kotak. Aku tak mampu nak SAPU rumah ini. Tunggu dah siap segala-galanya barulah rumah ini dibersihkan. Aku dapati buku, majalah dan fail aku sahaja sudah melebihi 10 kotak.

Apa yang aku patut buat dengan rumah aku ini?
Adakah disewakan atau dijadikan rumah tumpangan a.k.a homestay atau dijual sahaja?
Aku belum putuskan lagi.

Satu masalah di tempat yang baru, 'line' maxis tak berapa nak mengancam di sana. Kalau digi atau celcom boleh mencanak 'signal'nya. Kami sekeluarga adalah pengguna tegar maxis. Kalau kami di dalam rumah, kami jadi halimunan di radar telefon orang.

Kepada Kucai, gua mintak lu tolong up sikit signal kawasan tu.






.

6 comments:

smbotak said...

tak diendahkan sebab tak tahu akan kewujudannya. tak tahu kewujudannya sebab bila cari tak pernah jumpa. tak pernah jumpa sebab tak pernah buat 3S sebelumnya?

LydSunshine said...

Sama la dengan saya. Kalo selongkar barang lama, selalunya jumpa brg2 yg mmg tak pernah pakai pun dah. Dalam erti kata lain, dah tak berguna. Cuma mungkin sbb saya ni pompuan, emosi terlebih. Wp dah tau tak pakai, tapi sentimental value punye pasal, tetap jugak nak simpan lagi.

Tukar le ke Celcom.

amn said...

kami di pasir gudang ni dapat bantuan dari anai anai

Ellie Mariana Abdullah said...

Sini line Celcom tak mengancam.

Aku lagi suka bandar BBB dari B. Kadang aku rindu rumah kuarters sempit aku tu,sebab aku suka tingkat atas dan kedudukannya buat aku rasa selamat.

Kat sini,asal gelap je nak buka sliding door pun ngeri semacam.

Nizam.Ariff said...

SM,
hah... complete satu cycle tu... hahaha


LyDS,
memamg betul.. kebanyakkannya disebabkan sentimental value...


Azani,
tak payah bayar untuk lupuskan.. hahaha


Waterlily,
Takut? Hahaha..... pasang pelita la kak kat luar malam-malam, macam orang dulu2...

sepa said...

ini aku dah baca.! salam...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com