Tuesday, December 18, 2012

Kisah sebuah jasad hitam yang terlepas ke dasar bumi...

.

2010 di CERN.

Sekumpulan saintis dan beberapa orang profesor fizik bersorak kegembiraan apabila buat pertama kalinya dua butir proton telah berjaya dipecutkan hampir kepada kelajuan cahaya melalui medan elektromagnet mesin LHC dan berlanggar sesama sendiri. Hasil perlanggaran itu telah menyebabkan kedua-dua proton itu pecah berderai dan menghasilkan beberapa partikel baru yang lebih kecil serta sejumlah tenaga yang amat besar, seperti tenaga sebuah matahari, walau bagaimana pun tenaga itu hanya wujud dan lenyap tidak sampai pun sesaat.

Perlanggaran itu juga telah menghasilkan sebutir jasad hitam yang amat halus, sehalus partikel-partikel yang terhasil akibat perlanggaran tadi. Kewujudan jasad hitam itu telah pun dijangkakan secara teori dan secara matematiknya kewujudan jasad hitam itu hanyalah beberapa pecahan daripada sesaat sebelum jasad hitam itu mengewap dan lenyap. Dengan kata lain, ianya sangat singkat.

Namun, tanpa mereka sedari, jasad hitam itu telah mendapat cukup tenaga dari pemecahan atom proton tadi dan menyerapnya untuk ia wujud lebih dari beberapa saat. Dan beberapa saat itu sudah cukup untuk jasad hitam itu terpelanting dan jatuh ke dasar bumi.

Jasad hitam yang sekecil tidak lebih daripada elektron itu sebenarnya adalah seperti satu sel kanser yang bersifat parasitik. Ia hanya tahu menarik dan mencerna apa-apa bahan yang ia sentuh dan tarik ke dalamnya. Menarik apa-apa molekul hatta molekul foton, menyebabkan cahaya yang masuk ke dalam lingkarannya tidak akan terlepas lagi. Cahaya itu akan berpusaran menuju ke tengah-tengah pusat jasad hitam. Oleh kerana tiada cahaya yang terlepas dari cengkaman jasad hitam itu, tiada cahaya yang terbias untuk dapat dilihat oleh mana-mana alat optik mahu pun visual. Oleh itu, jasad itu kelihatan hitam sedangkan jasad itu sebenarnya adalah cerah secerah-cerahnya.

Jasad hitam yang terlalu halus itu menuju ke tengah-tengah perut bumi akibat tarikan graviti. Semasa ia jatuh dan membenam ke pusat bumi, ia memakan segala bahan-bahan yang berdekatan dengannya. Bahan-bahan itu tadi dipulas-pulas dan dihimpit padat-padat sehingga menjadi sebahagian darinya. Bukan sahaja bahan, malah segala hukum fizik turut lenyap dimamahnya. Tiada hukkum fizik yang mampu digunakan untuk menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku di tengah-tengah pusaran jasad hitam itu. Segala hukum fizik turut musnah dan ranap seperti mana bahan-bahan yang dimakannya.

Jasad hitam yang halus itu kini menjadi sebesar hujung jarum peniti. Ia tidak terhenti di situ sahaja. Jasad hitam itu rakus mencekau apa-apa yang mampu dicekaunya. Nafsu hitamnya sungguh besar dan tiada ada tanda-tanda ia akan berhenti setakat itu. Kini ia telah berada di tengah-tengah perut bumi dan ia telah menjadi sebesar guli. Kemusnahan yang dibawa bersama-sama jasad hitam itu pada mulanya perlahan tetapi kadar kemusnahan itu menjadi eksponensial pada setiap detik yang berlalu. Tanpa manusia sedari, jasad hitam itu sedang memusnahkan teras bumi dan memampatnya.



Penghujung tahun 2012...

Di tepi pantai...
Hasri sedang duduk berehat di atas kerusi panjang sambil menikmati bayu laut, jiwanya hanyut di hembus angin petang yang damai. Kedamaian itu turut dikongsi oleh beberapa kanak-kanak kecil yang sedang sibuk dan tekun bermain istana pasir. Namun damai yang Hasri nikmati itu tidak lama apabila topi yang diguna Hasri untuk menutup mukanya dari sinar matahari telah terjatuh akibat dihembus segugus angin yang tiba-tiba menampar wajahnya. Hasri membuka mata. Dia tunduk ke kanan untuk mencapai topinya, pada ketika itulah matanya berlari ke tengah-tengah laut apabila tiba-tiba sekelilingnya menjadi kelam. Dia terpegun tidak percaya. Sejalur ombak gadang yang amat besar dan tinggi telah menghadang matahari petang, dan sedang meluru laju ke arahnya...


Di puncak sebuah gunung...
Nita sedang duduk berehat menikmati biru langit dan awan yang putih setelah penat mendaki selama beberapa jam. Suasana sejuk di puncak gunung itu akibat tingginya dari paras laut benar-benar menyamankan. Namun ianya tidak lama sebelum tiba-tiba awan-awan putih itu menghilang dan lenyap. Kemudian Nita dapati sinar matahari menjadi terlalu terik, seperti sedang membakar kulit wajahnya. Mukanya yang putih kini menjadi kemerah-merahan...


Di perut kapal terbang A380...
Kamil yang sedang dalam perjalanan ke Osaka terjaga dari lelap-lelap ayamnya apabila dirasakan kapal terbang itu beroleng dengan kuat. Dia tidak percaya kapal terbang sebesar dan segah A380 itu boleh menyebabkan penumpang terasa olengannya. Tidak lama kemudian, kapal terbang itu dirasakan senget ke sebelah seperti sedang menukar arah. Yang Kamil tidak tahu ialah juruterbang dan para pembantunya seramai 3 orang sedang kebingungan apabila kompas magnetik dan kompas eletronik, termasuk GPS tidak berfungsi dengan betul. Seolah-olah kedudukan mereka tidak dapat dipastikan lagi, seperti jaluran magnetik bumi telah terganggu atau hilang ... atau melemah...


Jauh di perut bumi...
Jasad hitam itu terus mengumpul dan mencerna bahan-bahan batuan cair perut bumi lalu memadatkannya sehingga benar-benar padat, memulas-mulasnya sehinggakan batu-batu cair sebesar gunung menjadi hanya sebesar hujung pensel 2B... dan itu menyebabkan teras bumi menjadi kosong... menjadi ompong...

Kasihan, tiada manusia yang masih sedar dengan apa yang sedang berlaku di perut bumi.... sehinggalah bumi memuntahkan tanggungannya dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya...





.

21 comments:

Lady Windsor said...

mak aihh pergi Osaka, jauhnya...
bila la aku nak sampai Osaka ni..

Nizam.Ariff said...

LW,
boleh je kalau nak sampai... jalan kaki, cukup 2 tahun sampai la...

LydSunshine said...

Ni petikan drpd kecubung jugak ke? Masa ni Nita idop lagi.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Hahaha... ko terkeliru nih.
Aku kerap guna-semula nama-nama dalam cerita aku. Sebenarnya, Hasri Nita dan Kamil dalam entri ini tak ada kena mengena dengan entri yang lepas-lepas hatta Kecubung...

sudipVSsenduk said...

~ speed, velocity,acceleration & newton law of motion ( F=m(d(v)/dt & v d(m)/dt)

~ tok adi dalam cerita Tanah Kubur tengah ukur mayat Hasri guna tali rafia utk korek lubang kubur... :(

~ Nita melomor kulitnya dengan losen yg tertulis 'remove sunburn peeling' sebelum keluar menjemur keropok ikan tamban yg tak gatal kalau dimakan

~ teringat dulu, sorang stewardess terduduk atas riba akak masa tengah ribut kuat. Oh, kenapa la stewardess...

Nizam.Ariff said...

Sudip,
Oooo... keropok tamban tak gatal ek? Cemana nak kenal keropok tamban tu?

Dan.... tengah2 ribut yang gawat itu pun masih berharap sang pria pramugara duduk di atas riba.... hahaha...

cinta said...

Mohon singgah, td nampak kat blog cik puan lawa..

Nizam.Ariff said...

cinta,
silakan bertandang.
bacalah cerita-cerita merapu aku yang tak seberapa ni...

ASH said...

jeng jeng jeng...
.
.
.
.
.
tirai cerita apa pulok ni?
pembuka ke atau penutup?

Nizam.Ariff said...

Ash,
takde kene mengene dgn cerita sebelum2 nih...

tasekM said...

ni cerita pra-kiamat nih...

21 ni kiamat eh?

:)




.

Nizam.Ariff said...

TM,
tiap-tiap bulan ada 21...
yang aku tahu, kiamat hari jumaat...

Lady Windsor said...

amboiii nak soh aku jalan kaki pi osaka? nak jalan pi cokit pun haku tak lepas...kehkehkeh!

ASH said...

Hasri tu tukar la nama jadi Hasrul ke..
Nita tu tukar la jadi Niti ke
Kamil tu jadi Kamal
Tasz jadi Tis
Tij jadi Taj
.
.
.
baru le tak keliru!
.
.
.
ini guna nama sama...nak suruh jadi watak lain...pening la kami ni...follower setia.

Jna marcello said...

CONFUSEDDDDDDDDDDDDDDDD LAAA AWAK

Nizam.Ariff said...

LW,
aku hanya nak bagi salah satu penyelesaian yang mungkin tetapi tidak boleh... .hahaha




Ash,
Hahaha... pelan-pelanlah kak... nanti akak faham punya....kalau satu cerita guna satu watak, jenuhlah aku nak cipta watak banyak2... dah beratus-ratus cerita aku tulis dalam blog aku ni...



Jna,
Hahaha... lupakan tentang nama... bayangkan ianya hanyalah Lelaki A, Wanita A dan Lelaki B. Barulah tak konpius....

Kesuma Angsana said...

n3 yg selalu buat KA conpius hehehe

Nizam.Ariff said...

KA,
hahhaa.. kadang2 aku suka kalau orang konpius...

sepa said...

Armageddon...

dramatis nih.


*kejap. dah dekat 2minggu aku tak jengah blog. byk ke yg aku terlepas.?!

Aya Yus said...

wow! hebat!

Nizam.Ariff said...

sepa,
banyak sangat ko dah terlepas..... cepat baca balik...



Aya Yus,
Thanks...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com