Thursday, December 27, 2012

Lewat Disember 2012 ini...

.



Kelam kelabu berjujuk-jujuk menyangkut langit
Menghujam titis-titis sejuk di subuh dingin
Penari kacak di tiang neon kuning hilang kepak
Suara lunak penyanyi malam bersuara serak
Lopak-lopak kembali penuh
Subur serumpun buluh


Tengkujuh tahun ini memberi kesan abadi
Aku hilang dalam runtuhan rintik hujan
Cair, namun aku tak gigih menghenti waktu
Kubiarkan bersatu dan hanyut ke longkang, ke sungai
Nantikan aku di muara, jika aku tak pecah membusuk
Aku pasti menjadi pulau, jika bukan, aku hanyalah beting berpasir.






.

11 comments:

Embun Melati said...

InsyaAllah apa2 saja yang lebih baik menanti di tahun baru..:)

Nizam.Ariff said...

Embun Melati,
Aminn... aku aminkan doamu itu.
Semoga tengkujuh dalam hidup aku bersidang dan renyai pun berhenti untuk beri laluan kepada cahaya matahari...

fifie said...

Selamat menempuhi usia baru dan tahun baru. hehe. Rumah banjir tak?

Nizam.Ariff said...

fifie,
kita orang belah barat ni tak de banjir-banjir... banjir kilat longkang tersumbat adalah... nuuu kat KL... hahaha

Aishah Jahirah said...

wuu skang musim banjir....hujan kan rahmat...:p

ckLah @xiiinam said...

Salam Zam....
Nak melaporkan, ckLah hidup lagi. Hehehe....

25 Disember lepas, ckLah berwinter dalam rumah iklim sederhana Bukit Cerakah. Lepas tu sewa basikal, meronda anak beranak...

ASH said...

Ujan sedap beradu...
katak jer main ujan...haha

Nizam.Ariff said...

Aishah,
kalau lebat2 sangat, musibah jadinya...


cklah,
wah....hujan2 masuk rumah 4 musim... gigil tu.... kak, kita nak pindah tak jauh dari rumah 4 musim tu...



Ash,
Hujan lagi sedap kalau termenung sambil tgk rintik hujan tu..... nostalgik...

sepa said...

ini aku dah baca.! salam...

Aya Yus said...

aku baru baca.. dan aku suka dan baca ulang ulang... salam. :)

Nizam.Ariff said...

Aya Yus,
salam.
ko suka puisi ek..?
aku ada banyak puisi, sila tekan 'label' puisi ...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com