Monday, December 3, 2012

Oit kome, durian udah luroh...

.

Buat dua hujung minggu berturut-turut aku menghala ke T.Intan. Sambil berziarah sambil memenuhi jemputan kenduri. Dan selain daripada itu, juga ada durian-durian yang melambak di kanan kiri jalan. Seolah-olah di sepanjang jalan dari S.Alam ke T.Intan itu ditanam dengan pokok durian.


Bukan aku mahu perkecilkan durian versi lain tetapi dari pengamatan aku, aku dapati durian ini walau pun ada bermacam jenis yang aku tak kenal dan tahu, aku perasankan 2 perkara tentang teksturnya. Satu, ia lebih lembik dan manis melekat. Dua, kurang berair dan kurang manis tetapi lebih lemak. Dan aku suka yang ke-Dua.


Oleh itu, walau pun durian di sekitar T.Intan dan Kg. Gajah banyak melambak, aku masih berhenti di Behrang untuk beli dan makan. Kerana apa? Kerana di sebuah gerai buah-buahan yang wujud secara cendawan tumbuh selepas hujan itu ada durian yang mempunyai tekstur ke-Dua. Aku syak semua durian di Behrang dan kawasan sekitarnya mempunyai kualiti tekstur yang sama.


Dan aku mengagak ianya berkaitan dengan jenis tanah dan jenis pokok durian. Tetapi aku lebih kaitkannya dengan tanah Behrang yang rata-rata adalah berbukit dan bertanah merah yang lebih kering sedangkan tanah di T.Intan dan Kg. Gajah lebih kepada lembah sungai dan sawah padi yang lebih berair.


Lokasi gerai buah-buahan yang menjadi kegemaran aku?
Diantara Slim River ke Behrang lalu jalan dalam. Dari Slim River, ia sebelum sampai ke sebuah kolej di Behrang. Di belakang gerai itu ada sebuah sungai yang mempunyai lubuk yang sangat 'ngam' untuk memancing tetapi aku tak berani kerana lubuknya memang jenis berpusar. Di sebelah gerai itu juga ada pondok menunggu bas yang aku jadikan tempat untuk aku mengopek dan makan. Kopek juga nama lain kepada 'nenen' tetapi tak bermakna aku mengopek itu bermaksud aku menyusu. Harap maklum.





.

19 comments:

aza ni said...

ikut jalan kuala slim kan ron,,,,lalu area sg bil....lama betul aku tak jejek sungai tu.....

tasekM said...

apa kes mengopek kat pondok tunggu bas...

keh2.



.

Nizam.Ariff said...

Azani,
aku tak ikut jalan kg. slim....
jalan belok-belok.. takut aku...



TM,
kopek durian pun kira ok daripada mengopek buah kelapa.... hahaha

Lady Windsor said...

baru semalam aku makan pulut durian jam 12 malam...ketagih gila...D24 pulak tu..

kat area rumah aku depa jual RM20 sebekas besar..

Nizam.Ariff said...

LW,
dah balik Meysia?
Makan pulut kul 12 malam?

Aku pun nak buat pulut durian gak la nanti... semalam makan durian tak habis... ada baki 3-4 ulas dalam plastik...

Jahirah said...

jarang lalu jalan dlm kecuali kalau singgah slim dulu sblm blk kl.wuu tak terlarat makan durian tahun ni...

Nizam.Ariff said...

Aishah,
makan kena berpada-pada...
semalam selepas makan, seharian aku kena migrain... huhuhuu

sepa said...

aku suka yang ke-Dua, jugak.!

...dan aku perasan (nak tambah...), nak dapat durian yang ke-Dua, durian itu kulitnya berduri (memangla kan.!), tapi durinya lebih pendek dan agak rapat2 sikit duri2 itu... dan warna kulitnya agak kehijauan sikit...
dan selalunya susah nak di kopek...!!!

kopek, jangan tak kopek.!
'nenen', jangan tak nenen...!!

tak salah jugak selepas makan durian, kita minum pulak susu...! (tak caya, ko tanya sama TasekM...!!!)


:)

Nizam.Ariff said...

Sepa,
haah.. bener banget pengamatan ko. Durian yang isinya lemak-lemak gitew biasanya sukar untuk dikopek... agak-agak 'I tak rela youu' gitew, kan?
kenapalah agaknyaa...

tasekM said...

sepaaaaaaa.... dh kenapa pulak nk tanya aku...?







krehhhhh krehhhh krehhhh...



.


Nizam.Ariff said...

TM,
tu bunyi ko tengah parut manjakani nak buat makjun ke?

sepa said...

TM...

sebab ko lebih mengetahui... hehehe

Dino, tuh bukan tengah parut-memarut eh...
itu mencakor lantai...
.. .dan kalau kena orang, bulih berparut...!!!
ko tak seriau...?


.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
dia cakau aku, aku cakau dia balik...
macam.. .you scratch my back, I scratch your back... tak gitu ke?

tasekM said...

ko cakau aku... sepa cakau ko balik... kah2.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
mana boleh
kat Borneo tak ada rimau...

aza ni said...

bahagianya suasana blog ini....ceria

aku lebih risau dengan batang pokok melintang jalan ,seingat aku pernah 3 kali bertembung kejadian...mujur siang

Nizam.Ariff said...

Azani,
itu pun satu..
kalau bertolak malam dan hujan ribut, adalah dinasihatkan ikut PLUS..

Su @ Aya said...

komen mengomen sgt meriah.. macam duk ramai2 tgh makan durian. :)

Nizam.Ariff said...

Aya Yus,
hahaha.... inilah masyarakat berbilang keturunan dan ragam di blog ini....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com