Thursday, January 17, 2013

Benggali Jual Roti.... Penawar Rindu

.

Entah angin kus-kus apa pada malam tadi, aku tune kepada Klasik Nasional dari jam 9 pm lebih sehinggalah jam 12 malam. Entah macam mana, pada jam 9 pm - 10pm lagu-lagu ghazal dimainkan.... pergghh!

Aku dah mula jatuh cinta dengan muzik ghazal. Sebelum-sebelum ini pun aku pernah dengar alunan Ghazal tetapi entah apa angin pada malam tadi, muzik ghazal itu sungguh menyentuh kalbu.

Sebenarnya, semasa aku kecil-kecil dulu aku pernah lihat sebuah gambus ghazal buruk di dalam kepok padi di rumah aku. Aku syak itu kepunyaan arwah bapak. Aku kena pastikan dengan abang-kakak aku dulu.

Aku syak arwah Bapak tehu bermain gambus disebabkan dua perkara: Aku pernah nampak beberapa kali arwah Bapak memainkan beberapa lagu dengan gitar 'tong' berjenama Kapok yang berharga (pada masa itu) RM 29.90. Kedua, sebab aku pernah nampak gambus di kepok padi.


Berbalik kepada gitar Kapok tadi, RM10 ialah duit dari tabung aku setelah abang pujuk aku sedekahkan kepadanya, pada masa itu umur aku 10 tahun dan oleh kerana aku ada saham dalam aset gitar Kapok itu, aku dibenarkan mainkan gitar itu. Ya, aku mula belajar memetik tali gitar ketika aku berusia 10 tahun dan seingat aku antara lagu-lagu awal aku petik ialah Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Sekuntum Bunga Plastik dan beberapa lagu dari Sweet Charity. Abang aku yang seorang lagi yang carikan 'kod'nya.


Dan berbalik pula kepada kisah Klasik Nasional tadi, salah satu lagu yang sungguh malar segar ialah Penawar Rindu. Kenapa aku teringatkan sungguh-sungguh lagu ini? Inilah ceritanya....

Pada tahun-tahun 1970an dan awal 1980an, ada seorang 'Bai Singh' menjual roti. Dia berjual dengan berbasikal. Sebuah basikal tua jenis brek jenis besi dan sebuah kotak kayu bercat hijau tua yang diusungnya merata kampung. Pada masa itu, jalan kampung hanyalah jenis yang muat-muat satu tayar motorsikal, selebihnya adalah rumput. Laluan pun ikut celah-celah pokok kelapa, durian, manggis dan kadang-kadang pokok cempedak.

Nama sebenar 'Bai Singh' itu aku syak tak jauh dari "Menawir Singh" atau "Menawar Singh" atau "Munawar Singh". Tapi budak budak sering memanggilnya dengan nama "Penawar Rindu".... sudah tentu disebabkan oleh lagu yang dipopularkan oleh Datin Orchid Abdullah itu.

Apabila di panggil, dia akan berhenti. "Apa mau, kicik...?" tanyanya setelah ditongkatkan basikal tua itu dan dibuka kotak kayu. "Kasi Roti Kaya satu". Lalu, "Penawar Rindu" akan mengeluarkan sebilah pisau pemotong roti yang diselitkan pada getah tiub tayar basikal yang digunakan sebagai pengikat kain yang menutupi kotak kayu berisi roti itu.

Kemudian dia akan memotong dua hirisan/keping roti. Rotinya berasa kayu manis sungguh. Kami panggil itu roti Benggali. Jadi, nama lain kepada "Penawar Rindu" ialah "Benggali Jual Roti". Setelah ada dua keping roti, dia akan menyapukan kaya buatan sediri dengan sebilah pisau kecil dan leper pula. Kemudian, duit 20 sen pun berpindah tangan. Sekarang ini 20 sen setara dengan 80 sen agaknya.


Ada cerita lain tentang "Penawar Rindu" ini....

Nanti-nanti aku ceritakanlah. Buat sementara itu, silalah dengar instrumental dari Otai ini, terimalah .... "Penawar Rindu".










.

11 comments:

Lady Windsor said...

ohoo kat kampung aku dulu pun ada bhai, tapi bhai kg aku ni hensem gilos..mata biru ko..jual roti bulat tempek kaya...setiap hari dia kayuh beskal dengan roti bulat penuh bakul dan balik jauh petang dengan bakul kosong...kayanya sedap pulak tu.

ehh dua posen dulu sama dengan dua hengget skang aa...


aku suka dengar keronchong..nothing compared...keronchong is the best la weiiii! coba ko try dengar...melentok tau!

Nizam.Ariff said...

LW,
Aku suka dengar versi ghazal...
yang u-tube tu saja tampal sebab otai tu main gitar...

SuzieLAWAti said...

awak,

nak kita nyanyi kan untuk awak tak lagu ni...?

tapi kalau lepas tu kilat sambung mengambung petir guruh berdentum ..
nasib lahhh....hahahaaa..

kita naynyi sikit eyh...

penawar rindu pada mu....

larikkk...

kucingorengemok said...

pakcik main gitar tu kamu ke? :D

Nizam.Ariff said...

CPL,
Habis la...
Petang smalam hujan lebat, hari ni banjir pulak kut.... ahhaaa...



KOG,
Haah... .itulah aku (dari segi pengalaman).

Kalau dari segi fizikal dan ketrampilan, lihat sahaja Aaron Ajis, aku adalah bayang-bayang cerminnya...

secangkir madu merah said...

OOO bestnya lagu penawar rindu.. kalau dengar mmg asyik rindu je... huhuhu..
meh cuba sekali kau main gambus aku nyanyikan lagu Penawar Rindu tu..
Dengar lagu tu tak tido malam dibuatnya...

Nizam.Ariff said...

SMM,
kena pulak yang nyanyi tu ada pelat-pelat lidah Hindi... perggh!
bergelek dan bergolek biji mata....hahaha
aku tak tau main gambus, gambus tak nampak 'fret'...

LydSunshine said...

Aku tak sempat plak dgn zaman bhai roti yg potong time tu jgk roti tu then sapu kaya. Aku kenal dgn bai roti pun bila dah besar dan bai pun dah naik motor tak naik beskal. Alaa.. kata je la kat kg aku takde org sigh jual roti. Huhu...

Jambunya nama bhai roti ko = penawar rindu.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
haaaa... dah! Jangan ko pun nak jiwang-jiwang dengan bhai roti ek...
nak bagi tau, Penawar RIndu tu naik beskal pakai kain pelikat je... hahaha

sepa said...

pembetulan...!!!

bai atau singh tak guna nama MUNAWAR...

Munawar itu Malbari, contohnya : Munawar Alwi

hahahahaha.....

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Hahaha.... abis tu apa agak2nya nama dia?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com