Thursday, January 17, 2013

Benggali Jual Roti... sambungan ceritanya...

.

"Penawar Rindu" atau "Benggali Jual Roti" bukan sahaja terkenal di kampung kami malahan dia juga terkenal dengan kesedapan roti kayanya itu di kampung-kampung lain di bawah jajah-takluknya. Dan dengan rasa jahatnya pada ketika itu, aku syak nama "Penawar Rindu" itu telah diberikan gara-gara ramai anak dara atau mak dara yang rindu-rinduan akan roti kayanya atau 'roti' kayanya...


Kemudian, keluar cerita pada akhir tahun 70an itu bahawa ada orang suka culik kanak-kanak. Maka berkatalah makcik-makcik sekampung kepada anak masing-masing yang berdegil masih mahu bermain di tengahari rembang tanpa mahu pulang ke rumah untuk makan nasi atau bermain hingga lewat senja, bahwasanya ada benggali Jual Roti suka culik budak.... budak itu tadi akan dimasukkan ke dalam tong kayu yang dibawanya.


Maka takutlah budak-budak yang percaya cerita fitnah itu, manakala yang tidak percaya masih dapat menikmati keenakkan roti dan kaya yang berperisa kayu manis itu. Dan mak bapak budak-budak itu akan susut 20 sen dari kocek masing-masing.. .yang kebanyakannya diambil tanpa ketahuan orang tuanya, dengan alasan " Hari raya nanti boleh minta ampun dan halalkan makan minum ".


Ada terjadi 2-3 kes nakal yang dilakukan oleh anak-anak muda pada masa itu. Bagaimana aku tahu? Sebab ada yang menceritakannya sendiri...

Apabila Penawar Rindu itu masuk ke kampung kami, ada seorang dua anak-anak muda itu yang menahannya lalu mahu beli sekeping dua roti kaya yang lazat itu. Maka dengan tekunnya, Penawar Rindu pun berhenti lalu menyediakan pesanan roti kaya itu. Semasa mahu membayarnya, anak-anak muda tadi akan buat-buat menyeluk ke dalam seluar... kemudian mereka akan meletakkan 2-3 helai 'duit' ke atas tangan "Penawar Rindu"... lalu mereka cepat-cepat lari ke dalam semak hutan! "Cheitt..!" jerit Penawar Rindu.


Kemudian keluar pula satu cerita lain dari mulut budak-budak sebaya kami. Mereka mengatakan pernah nampak Penawar Rindu berhenti di tengah-tengah jalan lalu beliau menyorok di rimbunan pokok pisang. Kawan yang tadi itu mengintainya.

"Dia kencing berdiri....." ceritanya dengan muka serius. " Lepas tu dia goyang-goyangkan saja... betul." tambahnya, juga dengan muka serius.

"Lepas tu dia bawak basikal, dia berjual roti kaya balik kat kampung ni..." sambungnya lagi...


.... dan seketika itu juga kunyahan kami menjadi perlahan. Kami terpaksa berfikir sama ada mahu telan atau luahkan roti kaya Penawar Rindu yang masih berbaki di dalam mulut kami...






.

9 comments:

NM02 said...

hahaha

pengotor!

fifie said...

Hahaha sama dengan cerita umi ayah fie bagitahu. Kalau nak beli aiskrim atau roti dari penjaja guna motor macam nie.

Nizam.Ariff said...

NM02,
.... tapi roti kaya dia sedaaaaap... hahaha




Fifie,
Maka betullah cerita-cerita tentang itu. Almaklumlah, zaman dulu mana ada tandas awam kat kampung-kampung... main lepas kat semak samun je... hahaha

tasekM said...

aku syak ni cerita rekaan mak2 tak nk bg anak2 mengadap org berjual la.
macam sama je 'cerita kencing' tu di mana2...




.

SuzieLAWAti said...

haaa... hujan tak petang ni.... nak nyanyi nehhhhh.... ahhhaaaaa.....

Kniedaz said...

Eiii...yukkk!

Nizam.Ariff said...

TM,
mungkin ada betul juga tu... mana-mana cerita lebih kurang sama je pasal kencing berdiri tu...



CPL,
Maaf, petang ni tak hujan.... ahhaaa...



Kniedaz,
cepat luahkan balilk roti tu... hahaha

sepa said...

kena cium tangan 'Penawar Rindu' sebelum beli, ambik restu. :p

Nizam.Ariff said...

Sepa,
tak sangguupppppppp.....
Kena ada bau hancing cemana? hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com