Monday, January 14, 2013

Kisah 2 Ekor Kambing dan Facebook....

.

Semalam. Ada kenduri di Senawang. Kenduri Aqiqah anak buah. Tumbang juga 2 ekor kambing. Bapanya seorang chef. Kambing dimasak kari apa-ntah-namanya, selain ulam-ulaman kampung yang segar. Simple and nice.

Aku yang datang sebagai tetamu, aku hanya duduk di luar sahaja, di bawah khemah yang disediakan untuk tetamu makan tengahari. Aku datang agak awal juga tetapi agak lewat untuk bersama-sama dengan majlis yang berlangsung di dalam rumah. Jadi, aku lepak-lepak sambil menadah tangan mengaminkan doa yang dibacakan di dalam rumah. Sambil-sambil itu, aku belek-belek dan makan oren dan tapai pulut.







Apabila jemaah keluar untuk makan, aku pun turut beratur untuk mengambil makanan dan aku makan di bawah khemah bersama-sama dengan penduduk di situ. Biasalah, majlis yang macam ini, yang tak ada sanding-sanding, tak ada tepung tawar, tak ada jenguk-jenguk bilik pengantin, hanya makcik-makcik dan pakcik-pakcik sahaja yang datang. Aku terkecuali.

Aku pasang telinga kerana mahu tahu cerita setempat, sambil-sambil makan itu, aku dengar macam-macam cerita tetapi sama.... dan aku hairan.

Makcik-makcik dan pakcik-pakcik di situ bercerita tentang FACEBOOK masing-masing! Tentang foto-foto yang disiarkan, tentang sembang-sembang dengan anak-anak. Dan sempat juga seorang pakcik meminta 'friend' kan dirinya kerana dia baru daftar Facebook. Dan di salah satu sudut di meja sebelah, ada seorang pak aji sedang minum sambil menaip sesuatu di komputer riba yang kecil (netbook).

Tagging you, tagging me, liking you, liking me... perghh! Aku rasa anak muda di khutub utara pun tak bersembang pasal Facebook ketika makan.


Itu baru guna PC dan netbook atau notebook. Masing-masing hanya bercerita. Kalaulah dia orang dah ada Galaxy Note atau iPad, silap-silap dia orang makan kenduri sambil snap foto ..." nak update facebook, nak bagi tau status kat anak-anak" katanya nanti.

Dunia tanpa sempadan...






.

13 comments:

aza ni said...

server ok,kot di sana.

Nizam.Ariff said...

azani,
maka trbukalah pandangan ceruk rantau akan betapa sempitnya dunia ni...

tasekM said...

dah ketagih tu...

Nizam.Ariff said...

TM,
bende baruuu....

LydSunshine said...

Maju pakcik2 dan makcik2 kat tempat tu. Tapi part anak2 muda kat kutub utara tu lawak. Mana ko tau derang tak sembang pasal FB masa makan. Kekeke.

ibundo said...

kahkahkah.. macam terkena kat batang idung aku je.

fifie said...

Betul ke pakcik pakcik dengan makcik makcik dekat kampung kau macam tu? hebat lah tu wey, celik IT diorang

Lady Windsor said...

aku sampai la ni tak mahir nak taging sana sini, poke sana sini...aku masuk skodeng jer apa gossip depa sembang..

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Dia orang kat kutub utara trak sembang2 masa makan, sebab masing-masing menggigil ketap2 bibir sebab sejuk .... hahaha



Kakpah,
Hahaha... takpe, kakpah FB untuk anak2 juga kan..?



Fifue,
Ih ihhh... betulll, Fie...!

Awak tau tak, dia orang semua dah celik IT... sok sek sok sek.. aku dapat tau.. sok sek sok sek..... ishh.. betul, Fie!
Hahaha..



LW,
Aku dah tutup FB sebab aku tak banyak menulis dan lenih menyakitkan hati, FB suka-suka je introduce aku dengan orang entah sapa-sapa... pandai2 dia je nak ganggu privacy aku... aku dah la anti-sosial...
ada ketikanya tu aku punya frens dan sampai dekat 100! Ish.. anti sosial mana ada kawan seramai tu... tu yang aku tutup cepat2.. .karang hilang identiti aku sebagai seorang yang anti-sosial...

Su @ Aya said...

bahaya tu.. bila pakcik2 dan makcik2 dah ketagih fb.. diaorg org lama yg baik2, fb tu yg pengaruh tidk baik!

Nizam.Ariff said...

Aya Yus,
FB adalah gerbang kepada nilai baik dan buruk.... hahaha

sepa said...

bulih la guna uang BERIMdua buat beli tablet yer pakcikmakcik... hehehe

*eh depa kata BERIMsatu, jualan rokok meningkat berkadaran... iyer ke.?!

Nizam.Ariff said...

Sepa,
aku tak pasti lagi.. aku belum beli lagi...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com