Monday, January 7, 2013

Kisah Katil versus Sofa, mana satu lagi syok...

.

Aku masih ingat, dulu-dulu kalau mak bapak kita beli sofa biasanya tilam menjadi hadiahnya dan diberikan secara percuma. Pada masa itu tilam jenis span bujang boleh dibeli dengan harga RM30-RM40 sekeping.

Zaman berubah...

Dan kelmarin aku ada jalan-jalan di Giant Sect. 13, S.Alam. dan aku terserempak dengan ini:






Bukan setakat beli tilam dapat katil percuma, dia beri sofa secara percuma juga. Dan ia bukan sofa kayu getah dan kusyen. Ia adalah sofa 'L Shape' berkaki-kaki panjangnya dan fabrik penuh pula tu. Huh!

Dan aku minta kebenaran dari awek yang jadi promoter untuk ambil foto itu. Aku tanya awek itu lagi, kalau aku nak beli tilam sahaja harganya dalam RM2K lebih. Mahal juga.


Ini adalah contoh bagaimana nilai sesuatu barang itu berubah mengikut masa. Kalau dulu katil itu lebih penting dari tilam, sekarang tilam itu lebih mahal daripada katil, mahu pun sofa. Apa yang menyebabkan nilai itu berubah:
  • Kesedaran terhadap kesihatan yang lebih tinggi dalam masyarakat. Dalam kes tilam ini, ianya tentang kesihatan tulang belakang dan mendapatkan tidur yang nyenyak walau pun seketika.
  • Teknologi pembuatan dan kajian yang dilakukan ke atas tilam sudah berubah.


Aku tak beli tilam itu sebab aku dah ada tilam. Kalau aku beli tilam itu, aku tak akan tidur nyenyak pun sebab memikirkan berbaloi atau tidak untuk beli tilam dengan harga sebegitu mahal, tak kisahlah bagaimana dan apa fungsi tilam itu. Tilam adalah tilam dan ia kekal menjadi tempat untuk tidur dan ehem-ehem... tidak lebih daripada itu.


Aku lebih selesa tidur diatas tilam kekabu yang aku beli di tepi jalan dekat Kampung Gajah, Perak... dari seorang penjual bantal dan tilam kekabu buatan orang kampung. Tilamnya padat dengan kekabu setebal 3 inci dan bersarungkan kain belacu sahaja. Sarungnya aku jahit sendiri menggunakan kain kapas nipis berharga RM 2.50 seela, kain lebihan di kedai kain.

Aku beli tilam itu dengan harga RM90 (tilam bujang 3' x 8' ia tak lebar tetapi memang panjang)... sudah 5 tahun aku guna. Apabila sudah bangun, aku gulung tilam kekabu itu dan aku tolak ke sudut. Macam aku buat semasa aku kecik-kecik dulu.


Bagi aku tak ada tilam yang sedap ditiduri lebih daripada tilam kekabu padat setebal 3 inci...






.

20 comments:

aza ni said...
This comment has been removed by the author.
kucingorengemok said...

weh, kirim satu tilam tu, pastu tolong jahitkan sarung sekali... nanti bagi no akaun maybank aku transfer duit, kih kih ;)

Dr K said...

gua jenis kekabu ni, pernah try bantal dia aja..tak serasi dgn gua la...lebih prefer bantal bulu angsa..ahhahahaha

sepa said...

tilam dah macam rega jam Rolex... ada satu kedai perabut, depa jual tilam sampai puluhpuluh ribu reganya...

:)

Nizam.Ariff said...

KOG,
Aku memang nak beli satu lagi... nanti kalau aku pegi lagi dan ada, aku beli..



Daddy Ziyyad,
Bantal kurang sikit sebab keras kalau tak betul tingginya, sakit leher... tapi tilam still the best bagi aku...

Nizam.Ariff said...

sepa,
itu aku syak tilam yang dibuat daripada memory sponge kut....

sudipVSsenduk said...

kalau tilam kekabu tu kena kencing anak, jenuh nak menjemur... boleh melendut pagar dawai

tasekM said...

tilam aku.
belah aku elok keras kejang springnya.
belah laki aku melendut.
berat dia tu..




.

Nizam.Ariff said...

Sudip,
itu kalau budak yang kencing..
kalau bapak budak yang kencing, mau kena buang terus tilam tu ek... hahaha


TM,
Aku syorkan ko tukar tempat tidur dgn laki ko... (bukan tukar laki tau)

Anonymous said...

baru je melayang duit beli matress baru ntuk anak dara KA tu huhuhu

Nizam.Ariff said...

KA,
pompuan tak bleh pakai kekabu, keras sangat. pompuan elok tilam yg gebu2 je...

LydSunshine said...

Ko pakai tilam kekabu saiz bujang ke? Ye ke ko ni? Sarung pun ko jahit sendiri? Hebat jugak DIY skill ko ni.

wisata outbound malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Nizam.Ariff said...

LyDS,
tilam tu dijahit guna kain belacu je... tau kain belacu? kain jenis guni tepung gandung saiz 50Kg tu... hahaha. Kenalah sarung dengan kain lain. Tak boleh guna cadar untuk lapik sebab nak gulung. dan tak boleh guna cadar beli-pakai ni sbb saiz tak sama,... so, buat sarung sendiri je mcm jahit sarung tilam baby tu je...



Wisata,
sudah, sobat.

ASH said...

Tilam bujang bujang jer?
.
.
.
.
ish....

Jna marcello said...

KANNNNNNNNNNNNNNNNNNNN mahal kemain lagi tilam skrng boleh buat duit hantaran ;D

gadisBunga™ said...

aku tidur atas sofa pun boleh. Sofa bed la tapi. Huhuu.

Nizam.Ariff said...

Ash,
yang ada cuma versi bujang je... huhuhu... kesejukkan...huhuhu



Jna,
Entah apa yang dimasukkan ke dalam tilam tu sampai harga ribu-ribu aku pun tak tau.... takkan getah sekerap pun sampai harga ribu-ribu....



GB,
Sofa bed tu dah tahap tilam mewah tu... siap boleh sandar2 lagi.... hahaha

Lady Windsor said...

cakap pasal tila, teringat arwah bapak aku..cemane sekalipun dia nak landing atas tilam kekabu dia juga yang sedap katanya..

Nizam.Ariff said...

LW,
tilam kekabu de best.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com