Friday, January 11, 2013

Mencari ruang di dalam ruang...

.

Aku kesiankan kawan aku ini. Dalam kepalanya masih banyak yang perlu ditulis tetapi ruang dinding kaca yang ada sudah hampir penuh.


Dalam proses membina 'end-to-end process mapping'


Kalau tak penuh pun, kadang-kadang 'process flow' yang dihujung perlu bertemu dengan proses yang di tengah-tengah (disebabkan 'process dependency'). Sudah banyak garisan, sampai dah jadi macam IC Diagram (Integrated Circuit Diagram) pula. Masalah.

Kalau kita guna kaedah TRIZ, salah satu prinsipnya ialah 'space' atau ruang. Aku katakan kepadanya, dia hanya menggunakan satu satah pada ruang 2 dimensi. Dia boleh gunakan 2 satah dalam ruang 3 dimensi pula kalau dia mahu. Kalau dia nak, boleh guna ruang 4 dimensi (dimensi ke 4 ialah masa).

Ruang 3 dimensi?
Gunakan satu cermin lagi yang dilekatkan secara bersudut tegak (perpendicular) kepada dinding cermin sedia ada. Cermin itu menjadi satu ruang untuk dia lukiskan 'process flow' yang berkaitan. Bagaimana pula kalau dia mahu sambung ke kotak proses yang lain? Gunakan plastik yang fleksibel dan lengkungkan supaya kedua-dua hujung plastik itu boleh menyentuh kedua-dua kotak proses yang dia mahu sambungkan. Kemudian, lukiskan garisan beranak panah di atas plastik itu.

Lebih kurang begini:




Ruang 4 dimensi?
Gunakan kamera video untuk merakam lukis-edit-lukis-edit sebeberapa kali banyak yang dia mahu. Jika ada yang mahu tahu, 'rewind - pause' pada masa yang berkenaan untuk lihat.



Moral:  
Kadang-kadang kita terlupa bahawa ruang yang kita lihat itu sebenarnya lebih luas daripada yang kita sangka.






.

15 comments:

tasekM said...

kiut pulak aku tgk dia sampai panjat kerusi.

:D


.

Ena's Palace said...

sampai da tak muat da tuh...sambung kat cermin umah saya nak?..hahahaha

gadisBunga™ said...

siling ado!

Kniedaz said...

bagusla idea dinding bercermin ni...boleh conteng ikut suka..anak2 pasti gumbira...
(saya faham tentang ruang tiga dimensi guna plastik fleksibel tu...dengan bantuan gambarajah..)

jeb said...

TRIZ ni apa bezanya dengan Visual Stream Mapping?

Nizam.Ariff said...

TM,
semenjak dua menjak ni ko tengok semua benda kiut ek... kerusi pun kiut... errr... ko cakap kerusi tu yang kiut kan?



Ena's Palace,
Lorr... buat kotorkan rumah je jadi grafiti...



GB,
Siling tu nanti tak bleh padam... hahaha


Kniedaz,
Ya, selain guna whiteboard, kalau ada modal bolehlah guna cermin sebegini sebab kalau disekalikan dengan aspek pencahayaan ianya memang cantik....



Jeb,
TRIZ ni problem solving method. Antara langkah awal TRIZ ialah Functional Mapping.
Aku tak tahu pasal Visual Stream Mapping (VSM) tapi yang aku tau ialah 'Value Stream Mapping'... mungkin ini maksud ko agaknya?

Value stream mapping biasanya nak lihat apa value pada setiap process stages dan bagaimana ia dipindahkan. Kalau kat production, yang biasa aku tengok ialah cycle time dan buffer stock sebab kat situ dua benda tu membawa 'value' (yakni kos).

Sedangkan TRIZ menggunakan FUnctional Mapping iaitu fungsi bagi setiap benda itu e.g. memanaskan air (api), memotong (pisau)... dsb. Functional Mapping ni juga digunakan dalam VA/VE.

Yang dalam foto dalam entri tu bukan VSM atau TRIZ atau VA/VE... ia hanyalah process flow atau process mapping je...





Kesuma Angsana said...

serius KA angkat tangan kalau disuruh buat mcm ni

Nizam.Ariff said...

KA,
Tapi kalau disuruh tuliskan resepi masak memasak, boleh je kan? sebenarnya, ia ikut bidang masing-masing...

amn said...

kagum

tak terfikir langsung guna cermin

CiKPuaNLawA said...

tolong jawab kan kertas exam saya ahad ni...

instrument n controll... plisss... "sambil mata kejip.. manja macam kucin garfield"...

Nizam.Ariff said...

Azani,
Skrg ko boleh gunakan...


Cpl,
Hah! Diagram tu dah dkt2 sama tu...hahaha
Jgn lupa feedback loop,kalau tak tak bleh kontrol ... good luck ek...

Jna marcello said...

walaweyyyyy mcm pening jeee hahahaha

Nizam.Ariff said...

Jna,
dia tgh pening ler tu... hahaha

sepa said...

eh mamat tuh sampai panjat kerusi ar... kalau ko, part yg paling tinggi, cuma paras bahu dak.?

Nizam.Ariff said...

Sepa,
aku dah berdiri... tak sampai.... 8 kaki lebih...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com