Sunday, January 6, 2013

Peti Sejuk tidak memberikan kita makanan yang segar !

.

Peti sejuk bukanlah penyelesaian untuk mendapatkan makanan yang segar. Itu hanyalah persepsi yang diimplan oleh pembuat dan penjual peti sejuk, kononnya peti sejuk mampu memberikan kita makanan yang lebih segar. Itu persepsi salah dan jahat!

Kalau nak benar-benar merasa masakan yang segar, buangkanlah peti sejuk dari dalam rumah dan kita akan mendapat makanan yang segar-segar. Kita akan mencari sayur-sayuran dan protein (ikan, telur, ayam atau daging) yang baru setiap hari atau setiap dua hari sekali. Lebih baik kalau sayur-sayuran itu ditanam sendiri atau sedia tumbuh di hutan.

Contoh sayur-sayuran yang segar dan bebas racun ialah Pucuk Ubi, Pucuk Paku, Pucuk Manis, Paku Rawan (Genjer), Pucuk Labu... dan yang paling koroi tetapi berkhasiat seperti Taugeh. Bosan makan sayur itu hari-hari? Tidak juga kerana setiap sayur itu boleh dimasak dengan pelbagai cara masakan.

Bukankah kita selalu beli sayur Sawi, Broccoli, Kobis Cina, Kobis Bulat, Kailan, Terung, Bendi ... dsb di kedai-kedai makan? Bukankah itulah yang biasa kita beli di pasar-pasar dan kita sumbatkan ke dalam peti sejuk untuk stok satu minggu?

Sumber Protein pula, kalau setakat beli ikan atau ayam di pasar kemudian disejuk-bekukan untuk stok 3-4 hari bukanlah segar pun. Sama saja tempohnya. Lebih baik biarkan kedai atau pasaraya yang sejuk-bekukan ikan dan ayam itu, sekurang-kurangnya tak perlu nak bayar bil elektrik untuk peti sejuk kita.

Cuma satu sahaja, peti sejuk membuatkan kita tak perlu pergi ke kedai atau pasaraya setiap hari. Itu sahaja.

Peti sejuk hanya memberikan 'convenience' dan ia sama sekali TIDAK MEMBERIKAN KITA MAKANAN YANG SEGAR!!!


Baiklah para penonton, mari kita lihat pula apa yang aku beli untuk 3 hari ini. Ya, 3 hari tanpa peti sejuk. Survival tahap asas. Seperti aku putarkan jam kemajuan kembali ke xaman 70an dan 80an dulu di mana ketika itu orang tua aku tak ada peti sejuk. Lagi pun elektrik pun belum sampai ke rumah orang tua aku pun pada masa itu.


Telur Ayam untuk sarapan pagi atau dibuat telur dadar. Telur itik yang diasinkan sebagai lauk tambahan.


Lobak Merah yang boleh dijadikan sup atau bahan tambahan dalam sayur 


Saleri juga sedap kalau dimasukkan ke dalam sayur atau sup



Makanan dalam tin untuk dibuat sandwich atau lauk dan dimakan dengan nasi

Cili Padi. Tak boleh tak ada.

Itu adalah bahan-bahan yang tak perlukan peti sejuk untuk disimpan. Malah ada lagi sayur-sayuran lain yang aku tak perlukan peti sejuk seperti kobis bulat, kacang hijau, sweet peas... Kalau sayur berdaun pula, lebih baik direndamkan akarnya ke dalam besen berisi air atau dibalut dengan kertas suratkhabar yang dilembabkan.

Masalah sikit dengan Ikan dan Ayam. Setakat ini aku temui jalan keluar kepada masalah itu. Isnin hingga Jumaat kami makan tengahari di luar, di kedai-kedai makan manakala Ariff makan di kantin sekolahnya. Untuk makan malam, kami makan ala kadar seperti telur dadar dan sardin sahaja. Kalau aku rajin, semasa balik dari tempat kerja, aku boleh singgah di kedai atau pasaraya. Sama sahaja, dia pun simpan ayamnya di peti sejuk juga. Manakala pada hari Sabtu dan Ahad, aku boleh jadikan membeli-belah di pasar tani sebagai satu aktiviti keluarga. Contohnya, semalam aku beli seekor ikan Tilapia dan kami goreng.

Bagaimana dengan makanan lebih, mahu disimpan di mana? Letakkan sahaja di atas dapur dan panaskan sekali sekala. Atau lebih baik jika dimasak untuk satu hidangan sahaja.

Ada beberapa menu yang boleh disimpan beberapa hari tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk. Nanti kita bincangkan...






.

9 comments:

tasekM said...

ini adalah entri penyedap hati sendiri bagi orang yang tak ada peti ais.
keh2.

peti ais mmg tak pernah menghasilkan makanan yang lebih segar.
cuma nak bg tahan drpd makan terus busuk je.

kalau betul2 nak segar.
hari2 ko kena pergi pasar.
nak cari ikan ayam daging sayur.
itu pun belum tentu segar juga.

ko larat ke...?
aku tak larat.
dan.
buat keputusan makan luar kalau nak makan ayam ikan adalah keputusan orang kaya.

aku miskin.

:)




.

ASH said...

nak pinjam lori tak?
angkut peti es.
.
.

TAS ada..
.
.
aku tak da..

sekian

Nizam.Ariff said...

TM,
Ko ada masa nak masak segala... bolehla makan tengahari masak kat rumah. Kita orang terikat kaki tangan...



Ashley,
tengah pujuk diri untuk kemaskan barang2 dalam peti sejuk tu dulu sebelum boleh dipindahkan.... huhuhuhu

sepa said...

kalau ikut satusatu manual yg ko tulis nih... tak perlu la sangat peti sejuk, kan.?!

*tapi, ko tak rasa pelik ka... rumah ada air-con, tapi tak dak peti sejuk...?! :P

Nizam.Ariff said...

sepa,
rumah aku tak ada pasang aircond.... hahaha... kami guna angin bukit yang sejuk...

Kniedaz said...

Orang sekarang terbiasa dengan sesuatu yg mudah...saya juga begitu...lagi satu...xde peti ais takble sejukkan air masak...xsyok minum air masak xsejuk..huhu

Tijah said...

Aku xleh xde peti ais. Sbb aku biasa prepare brg2 masak utk seminggu terus. Jimat masa jimat tenaga dr nak siapkan hari2. Contoh cili, bwg merah, putih dah siap blend. Aku x pakai cili boh. Semua kena buat from scratch tu nak kena disimpansejukkan. Aku jugak buat frozen karipap, nugget utk bekal sekolah anak. Lagipun kalu pi pasar hari2 nanti penat, bila dah penat aku cepat naik angin. Huhu

Lady Windsor said...

Aku cadang nak beli peti es lebih beso sebab nak isi telor, mentega segala bagai barang buat kuih..

caittt lapar pulak aku baca entry ko neh sebab sebut segala bagai pucuk manis itu ini...lapar tau tak.

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
orang kata tak elok minum air sejuk-sejuk, nanti urat-urat biru cepat timbul atau tersimpul....


Tijah,
Oooo.... keperluan ko dah macam farmasi tu, kena ada sejuk-beku.... takpe, takpe... ko terkecuali sebab ada keperluan yang jelas..



LW,
Alang-alang nak beli yang besaor, elokla yang besar betul-betul... jangan alang-alang...


Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com