Tuesday, January 22, 2013

Pewangi Sintetik VS Pewangi Asli...

.

"Kalau orang malas ke pantai, kita bawa pantai kepadanya."
*plinggg..*, maka dibuat oranglah akan tempat bernama Sunway Lagoon.


Banyak masa juga dihabiskan di atas jalan, di dalam kereta. Menyedut udara kota yang tercemar dengan asap dari bahan api fosil dan habuk debu dosa kota. Hilang sejuk pahala. Bertambah bahang neraka dunia, hilang sejuk syurga. Lalu kita tutup tingkap kereta dan kita pasangkan pendingin hawa...

Apa kata kalau kita wujudkan udara yang segar di dalam kereta? Contohnya





Aku musykil dengan segala jenis wangian kereta. Mereka berkata ianya 'penyegar udara'. Sejak bila pula segarnya? Ada juga yang kata, 'pewangi udara'. Ok. Ini adalah juga benarnya, baunya memang wangi.

Bukankah segala jenis 'penyegar' atau 'pewangi' itu dihasilkan daripada bahan-bahan kimia industri? Ianya sintetik? Kalau minyak wangi, kalau tak silaplah, prosesnya dipanggil 'pengesteran'. Segala jenis kimia ini kita sedut dan masuk ke dalam paru-paru. Lalu meresap ke kapilari darah.

Kalaulah ada 'penyegar' atau 'pewangi' kereta yang dihasilkan daripada minyak pati, contohnya Serai Wangi, Limau Purut dan Kayu Manis, alangkah bagusnya kerana ianya bukan sintetik.

Mahal tu memanglah mahal tetapi kalau mahu yang murahnya, tanam sendiri pokok-pokok itu. Setiap hari ambil seberkas dan bawa masuk ke dalam kereta. Kalau rajin, cuba hasilkan sendiri minyak pati. Kalau ada banyak duit, bolehlah beli minyak pati dan calitkan pada 'Aircond Vent' sedikit apabila masuk ke kereta. Kemudian, simpan semula botol itu di dalam beg supaya tidak kepanasan jika ditinggalkan di dalam kereta.



Aku pernah beberapa kali memetik beberapa helai daun Limau Purut dan aku bawa masuk ke dalam kereta. Aku ramas sedikit daun itu dan aku sangkutkan dekat dengan 'Aircond Vent'. Berbau Limau Purut kereta aku dan aku-aku sekali. Dapatlah bertahan dalam 2-3 jam.

Ok lah tu sebab kalau guna pewangi sintetik, hidung kita akan 'terbiasa' dengan wanginya dan kita berasa biasa-biasa saja akhirnya. Itu sebablah kita biasanya tercium bau yang amat wangi semasa mula-mula masuk ke dalam kereta tetapi selepas beberapa waktu, ianya seolah-olah berkurangan.

Aku juga pernah ambil beberapa kuntum bunga Cempaka dan aku gantungkan pada cermin pandang belakang. Wanginya juga dapat bertahan dalam 1-2 jam. Yang aku belum buat ialah bawa pokok Serai Wangi masuk ke kereta. Takut miang pula jika terkena daunnya.

Cukuplah 1-2 jam. Kita bukannya seharian duduk di dalam kereta. Kalau setakat pergi balik kerja, puratanya lebih kurang 30 minit ke 2 jam. Selebihnya, jin-jin yang duduk di dalam kereta yang sedut bau wangi itu, bukannya kita pun.



Tapi sebelum itu, kenalah adakan dulu sumber pewangi asli itu.

Kalau tak boleh beli minyak pati atau malas nak tanam pokok, bolehlah singgah dan beli sekalung bunga dari Meenachi di tepi jalan. Kalungkan pada cermin pandang belakang... sebelum itu, lekatkan foto bersaiz passport pada cermin itu buat kenang-kenangan.








.

20 comments:

bukankosong said...

ada satu bau yg kekal lama

cuma ang letak daun pandan dlm kete

serius best bau!

kucingorengemok said...

innalillah, kita datang dari Dia, kita pulang padaNya :)

Nizam.Ariff said...

Bukankosong,
Hah.. elok juga tu...
Aku baru nak tanam Pandan. Belum banyak daun lagi.. nanti aku cuba la...



KOG,
ko merujuk yang mana satu nih?
Tang bunga Cempaka ke?

tasekM said...

cer ko bubuh pandan sepokok.
sumpah wangi.





.

tasekM said...

eh! sama pulak cadangan dgn bukan kosong.


.

Kniedaz said...

cuba buh durian sebijik..sah sah sebulan wangi..muntah hijo kang

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku tengah tanam pokok pandan...
daun belum banyak la tapi..

aku akan cuba, pasti cuba...
juga nak letak daun selasih segala bagai..

Nizam.Ariff said...

Kniedaz,
Hahahaaa..... bila petang terus bau tempoyak!

kucingorengemok said...

tang bubuh gambar kat celah kalung bunga, hehe

Nizam.Ariff said...

KOG,
Oooo... aku selalu kaitkan bunga cempaka dgn langsuir... langsuir dengan kubur... kubur dengan mayat... mayat dengan kematian... hahaha

Temuk said...

Kang Temuk suka dengan saranan-saranan tu. Cun! Yang asli memang baik, dan tidak kita kuatiri kesan sampingannya. Yang Kang Temuk ada di belakang rumah: serai wangi, limau purut, lemon, kenanga, dan (boleh ke?) karipule+kunyit+kencur.

Ellie Mariana Abdullah said...

aku ni musykil dengan penyegar/pewangi rumah. pakai apa benda pun,rumah aku tetap bau kucing.

ada petua tak utk hilangkan bau kucing.selain dari tak bela kucing ha ha..

aku letak bunga cempaka kang, makhluk lain lak datang hihihi..

Tijah said...

arif ke tu?

amn said...

pandan ok, wangi dan anti lipas

Lady Windsor said...

aku letak daun pandan jer..sekali sekala campak roti expired untuk serap bau hapak dalam keta..

fifie said...

Fie paling tak suka kereta ada pewangi kereta, memang pening kepala fie. Fie senang sediakan Airwick yang perfume rumah tu lepas tu shake sikit dan sembur. Fie tak suka letak benda tu di lubang aircond.

Nizam.Ariff said...

Temuk,
Salang Kang...
Karipulai??? Kah kah kah... itu memang sesuai dengan kalungan bunga melati putih tu, Kang.... hahaha



Kak Lily,
Boleh cuba untuk sembur Febreeze kat tempat dia melepak kkut kak... aku tak pernah cuba tapi.



Tijah,
Haah... naper? muka dekat-dekat serupa dgn anak ko ek?



azani,
Ye ke? Aku ingatkan serai wangi je....



LW,
Hah.. satu lagi petua... roti expired boleh serap bau ek... akuingatkan arang kayu je.



Nizam.Ariff said...

Fifie,
Aku pun tak suka yang jenis bau bunga harum2 ni... sakit kepala... aku suka jenis bau fresh, bau rumput baru lepas tebas atau hujan.. haaaa.. cam tu..

sepa said...

bau dari 'sewer' atau dari 'dung' lebih tahan lama... hanya perlu secalit jeh, bang.!

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku ada 'dung' telinga. nanti aku calit sikit kat hidung

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com