Tuesday, January 29, 2013

Potensi kekuatan wanita...

.

As-salam buat semua.
Pagi ini matahari menyinar garang, satu permulaan yang panas. Esok-esok tidak pasti. Adakah kini telah tiba musim panas di negara kita? Nun di penjuru dunia balik sana, ada yang bermain salji tebal, ada yang bermain sampan kolek di atas bumbung pasaraya, ada yang bermain layang-layang kanvas atau payung besar. Bersyukurlah kita semua.


Dalam perjalanan ke tempat kerja tadi, aku mendengarkan U.FM (radio rassmi UiTM). Ada sebuah lagu permainan budak Sleeq dan Najwa. Aku tak pasti apa judulnya tetapi diantara rangkap yang aku ingat ialah " ... memberikan segala kerana aku mampu... untuk dia ...". Lirik yang menunjukkan bagaimana seprang wanita mampu 'menundukkan' lelaki sehingga si lelaki sanggup 'melakukan apa-apa saja'.

Lalu aku pun terfikir. Lirik lagu itu agak kontras dengan beberapa kejadian yang sering berlaku di alam percintaan mahu pun rumah tangga. Kejadian-kejadian di mana sepak terajang menjadi makanan harian si wanita, atau menjadi hamba pemuas nafsu bagi yang masih 'berkapel-kapel'.

Persoalannya, wanita dianugerahi dengan satu kekuatan yang mampu memegang hati lelaki. Jadi, dimanakah perginya kekuatan itu?


Jika hati lelaki telah dipegang erat, memang si lelaki akan berbuat apa-apa saja, malah jika perlu, si lelaki juga mampu menangis meraung, lebih kurang sama raungannya dengan si wanita yang terkena sepak terajang atau ditinggalkan setelah madunya ditelan habis.

Jika si wanita tahu menggunakan kekuatan itu, ketika remaja dia boleh tawan hati si jejaka tampan (atau kurang tampan), ketika berkeluarga dia boleh memegang hati suami dan ketika tua dia boleh memasak hati anak-anaknya.

Itulah potensi kekuatan wanita.






.

18 comments:

smbotak said...

masalahnya, ramai jugak wanita yang sama cair dengan lelaki ni. baru nak susun strategi menawan kota konkrit hati lelaki, dia sendiri dah kena tawan dalam kota tu...

Nizam.Ariff said...

SM,
Ko dah beri salah satu sebab musababnya... wanita cair dengan pujuk ray lelaki. Tapi bukankah pujuk rayu wanita itu lebih mencairkan? Itu sudah ada dalam DNA wanita, seperti Hawa memujuk Nabi Adam...

tasekM said...

aku rasa aku tak ada kekuatan tu...


.

Kniedaz said...

memang pujuk rayu wanita itu mencairkan lelaki tapi lepas berkahwin lelaki telah meningkatkan tembok pertahanan mereka dan menyediakan telinga kebal untuk menangkis pujuk rayu wanita...so wanita kena tambah ketebalan sabar pulak..sebenarnya wanita kena ada tali pinggang hitam kuning biru untuk mempertahankan diri..hehe

DrSam said...

wanita memang ada banyak potensi. Lelaki yang mengenal, menghalusi dan memahami potensi-potensi tersebut jarang tidak, selalunya dapat mengambil hati wanita. Cuma dua fasa hubungan i.e sebelum (kapel) dan selepas kahwin pun ada kalanya menjadi penentu potensi kedua pihak.

❤Kamsiah❤ said...

salam kenal & follow sini

LydSunshine said...

Ye..ye. Wanita ada kekuatan tu. Tapi selalunya dia dulu yang tewas. Kadang2 lelaki takyah pujuk rayu pun dia sendiri yg angau dan serahkan diri.

Daddy Ziyyad said...

apa frequency radio UiTM tu bro?

CiKPuaNLawA said...

sebenarnya... kekuatan itu ... menjadi satu kelemahan .... bila wanita itu terlalu menyayangi lelaki yg tak tahu menghargai kasih sayang...

Nizam.Ariff said...

TM,
Mana ko tau... entah2 ada suara terpendam yang berbakat... hahaha



Kniedaz,
Ooo... awal-awal dah ada persepsi tu, nanti si lelaki pun ada persepsi yang sama...


DrSam,
Ya, cabaran @ dugaan sebelum dan selepas kahwin berbeza...



Kamsiah,
Thanks... nanti saya follow sana juga ek..



LyDS,
Ia bergantung kepada kekuatan diri... pihak mana yang beralah dulu. Biasanya, wanita ni lebih lembut hatinya... lebih cepat beralah...



Daddy Ziyyad,
Freq. 93.6
Tapi kat lembah kelang je... kalau luar lembah kelang kena ikut internet... tak pasti apa link dia....




CPL,
Jenuh juga aku baca berkali-kali nak fahamkan falsafah peringkat tinggi tu. Tapi apa yang aku faham, kekuatan itu ialah kesabaran, pemaaf, kasih sayang dll... dan dimanipulasi oleh lelaki yang mengambil kesempatan pula...

CiKPuaNLawA said...

paham pon.... itu la maksudnya... yg kita tulis tu secara ringkasss... hehhh..

Nizam.Ariff said...

CPL,
aku dianugerahi satu kelebihan dalam cepat memahami....

Mohd Pk said...

singgah tambah ilmu

Nizam.Ariff said...

Mohd Pk,
Sila... sila...

Lady Windsor said...

pada pandangan aku le kan, wanita yg membenarkan dirinya disepak terajang oleh lelaki adalah sangat malang sebab dia sanggup jadi punching bag. Dan dia juga malang sebab tak tahu hak diri sendiri...dua tiga kali malang gitu. Walhal kalo laki dia jentik sket pun dia dah boleh report polis sebenarnya...kamon la wanita pls gain a knowledge for ourself ..jangan jadi mangsa lelaki yg sebenarnya setan! eehh aku teremo kah? hikhikhik...

Nizam.Ariff said...

LW,
Err.... aku blah dulu la
(lari laju-laju... kakaka)

amn said...

rahim itu anugerah Tuhan pada wanita,demi Arrahim,Tuhan yang Maha penyayang, anugerah Tuhan pada kaum hawa,syurga lelaki di bawah kaki ibu, Maha Adil Tuhan,syurga isteri pada redha suami.

Nizam.Ariff said...

azani,
wanita adalah sangat kuat.... kekuatannya mampu melemahkan fizikal lelaki yang paling gagah...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com