Sunday, January 27, 2013

Rumah kecil tingkapnya seribu...

.

Rumah Bapak rumah papan.
Rumah Bapak rumah papan dua tingkat. Itu yang aku ingat lagi semasa kecil dulu. Sekarang ini rumah yang dua tingkat itu sudah tiada lagi. Sekarang rumah itu sudah jadi setingkat sahaja. Kenapa aku teringatkan rumah Bapak? Ketika senja tadi aku tawaf di dalam rumah untuk tutup tingkap di bawah dan di atas.


Rumah Bapak (arwah) rumah papan.
Tapi tingkap-tingkap rumah Bapak bercampur jenisnya. Ada bahagian rumah yang bertingkap kaca banyak keping (Nako?) dan ada juga tingkap papan. Tapi kesemua tingkap tak ada jeriji besi mahupun kekisi kayu. Pada masa itu kalau pencuri mahu masuk rumah pun dia masuk ikut pintu papan yang boleh diumpil atau ditetak menggunakan kapak sahaja. Mungkin sebab itulah tiada maknanya berjeriji segala. Malah sudah banyak kali aku 'pecah' masuk ikut tingkap kaca itu kerana pintu berkunci (Bapak taida di rumah). Aku akan umpil sedikit besi yang memegang kaca itu di kanan dan kiri dan aku tarik keluar keping kaca itu. Aku keluarkan 2 lagi. Bila aku dah dewasa sikit, aku kena buka 3 keping baru boleh lolos. Kemudian, aku pasangkan semula kaca-kaca itu dan aku rapatkan besi itu semula. Hampir tiada kesan pecah masuk pun.


Rumah arwah Bapak rumah papan.
Rumah arwah Bapak ada banyak tingkap, di tingkat atas dan di tingkat bawah. Apabila senja, lebih kurang jam 6.30 pm, menjadi rutin harian aku sebagai yang bongsu untuk melakukan ini:
  • Siram pokok bunga di sekeliling rumah (yang berpasu sahaja). Pada masa itu tiada pili. Yang ada hanyalah kolam tanah, kolam ikan dan gegelung konkrit yang biasanya dibuat telaga konkrit tetapi disimenkan salah satu lubangnya untuk dibuat takung air hujan. Aku akan gunakan penyiram bunga untuk angkut air berkali-kali dan aku siram semua pokok yang ada.

Inilah takung air itu, masih menakung air hujan yang turun dari cucur atap...


  • Hidupkan ubat nyamuk. Mula-mula dulu kami gunakan ubat nyamuk cap Ikan Emas. Kemudian Bapak tukarkan kepada Fumakila sebab baunya tak kuat sangat. Yang lebih penting, Fumakila pada masa itu ada saiz gajah (jumbo) yang berwarna merah atau maroon. Ia boleh bertahan hingga 10 jam. Tetapi kami taklah berjaga sampai 10 jam. Aku pasangkan pada jam sekitar jam 7 pm dan kami semua tidur pada jam 11pm. Menjadi tugas yang paling lewat tidur untuk padamkan api ubat nyamuk itu. Kalaulah aku, biasanya aku akan ludahkan sahaja. Kalau air ludah aku asyik tersasar dari api ubat nyamuk setelah mencuba beberapa kali, barulah aku patahkan hujungnya. Patahkan sehampir ayng mungkin dengan api. Kalau tersilap, jari akan melecur kerana tersentuh dengan bara api. Banyak kali juga aku terkena. Oleh sebab itu jugalah aku lebih suka cuba meludah dahulu.
  • Tutup semua tingkap. Aku akan mulakan di tingkap atas dahulu. Oleh kerana abang-abang dan kakak-kakak (pada masa aku membesar) tidak tinggal di rumah kerana telah bekerja atau abang yang tinggal di asrama, aku, Emak dan Bapak jarang naik ke tingkat atas. Jadi, rutin menutup tingkap di tingkat atas adalah rutin yang sangat menakutkan. Lebih-lebih lagi apabila memijak lantai papan yang berkeriut bunyinya. Oleh kerana elektrik dari jenerator akan dihidupkan kemudian sedikit dari jam 7pm, tingkat atas rumah papan itu sudah kelam dan seram. Biasanya aku akan cepat-cepat tutup tingkap dengan jantung berdegup kencang. Apabila siap di tingkap atas barulah aku tutup tingkap di tingkat bawah.

Kerana rutin itulah, kini, aku teringatkan rumah Bapak...




.

13 comments:

fifie said...

Itu semua kenangan yang tak mungkin kau dapat balik.

Nizam.Ariff said...

Fifie,
ya, kenangan dan pengalaman...

sepa said...

ooo labour intensive ar...!!!

la nih rumah mungkin dah 'smart' yer.?!
bila dah nak senja, mgkn tingkap tutup secara automatic, guna system hidraulik, kot.!


:)

Temuk said...

Kenangan boleh mengusik jiwa, meruntun jiwa, menusuk jiwa, juga bawa gembira. Kang Temuk jangka, yang dilalui itu tentulah yang bawa gembira. Itu kenangan amat manis.... di suatu kala.

tasekM said...

kenapa dipadam api ubat nyamuk...?
kalau aku kena pasang sampai ke pagi.
kalau tak tgh mlm bergaru.

ke sbb ko tidur dlm kelambu..?



.

Nizam.Ariff said...

sepa,
bila lagi nak exercise... kan?



Temuk,
Ya, teringin juga nak buat sebuah rumah papan gaya kampung macam tu... tapi kayu dan papan mahal... kalahkan simen.




TM,
Nak berjimat cermat.... hahaha.
Kita orang tidur pakai kelambu la beb...

Qashmere said...

Kenangan dan pengalaman itu mematangkan diri dan jiwa kita

Nizam.Ariff said...

Qashmere,
Ya... tapi kadang-kadang memenatkan dan menakutkan...

محمد رازيق said...

kenangan indah bro. salam kenal

SuzieLAWAti said...

dulu kekecik kita tido katil double decker along kat bwh kita kat atas... ibu pasang ubat nyamok.. sebab kalau pasang kelambu panas x de kipas...
nak jadi cerita ... bantal kakabu buchuk kita telah tercampak dan terkena ubat nyamuk..maka habis lah berasap satu bilik.. dengan kepulan asap2 dari kekabu yg terbakar... lantai rumah pon terbakar sikit...tak teruk lah tapi...
yang teruknya adalah kena marah... hehehee...

Nizam.Ariff said...

Mohd R,
Salam kenal jua...
Kenangan mengusik jiwa.


CPL,
Wuih.... kalau tidur nyenyak, boleh lemas hidu asap tu...

Lady Windsor said...

rumah arwah bapak aku adalah rumah arwah mak aku juga, rumah pusaka, pasti banyak nostalgia dan rahsia..

Nizam.Ariff said...

LW,
nostalgia tu pasti.
rahsia itu tak pasti kerana rahsia kekal rahsia... kan?
hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com