Thursday, January 10, 2013

Seram... dikejar binatang pelik yang mahu menggigit daging betis...

.


"ummphhh!... ummphhh!....ummphhh!"      (bermaksud 'monyet! monyet! monyet!'), kemudian bahu aku ditepuk-tepuk orang. Aku buka mata dan aku dengar azan baru berkumandang.


 Oooooooooooooopps! Sebelum itu...


... dan kami berdua pun sampai di tepi hutan sekunder di tepi laut. Tiada pantai yang berpasir. Yang ada hanyalah tanah berlumpur dan paya. Kira-kira 50 meter dari gigi ombak Lautan Hindi / Selat melaka, tanah sudah tinggi. Ada beting tanah liat dibuatkan orang supaya air masin tidak melimpah ke tanah kebun orang kampung. Juga ada parit sedalam 2m dan selebar 3 meter (lebih kurang) yang aku kira dikorek untuk diambil tanahnya dibuat beting tadi.

Pokok-pokok di sepanjang beting tanah itu sudah besar dan tinggi, terdiri daripada Pokok Berembang dan spesis-spesis pokok berdaun lebar yang biasa tumbuh di tanah tepian pantai berselut. Senang cerita, lebih kurang seperti Hutan Simpan / Rekreasi di Kuala Selangor tidak jauh dari Bukit Malawati, tempat dimana ramai orang mengendap burung hijrah itu.

Aku dan seorang tua berpakaian seperti Panglima atau Pahlawan Melayu Melaka atau mungkin juga seorang pembesar Melaka yang mempunyai iras-iras seperti seorang pelakon Anak Mami (yang sudah meninggal di Mekah 1-2 tahun lepas). Manakala aku berpakaian seperti zaman sekarang ini.


Kami berjalan meninggalkan pantai. Di lorong pejalan kaki di sepanjang beting tanah itu masih ada kesan air masin, menunjukkan air pasang besar malam tadi. Dalam kecah-kecah itu, aku terlihat seekor ikan yang panjang, berbadan nipis, bergigi tajam dan berkulit warna perak. Ikan itu ada di pasar-pasar malam dan ada juga dibuat ikan jeruk (telah dipotong). Rupa ikan itu lebih kurang begini...


... tapi taklah sebesar dan sepanjang ini.

Dia berjalan di hadapan aku dengan gaya orang besar-besar sambil bercerita itu ini dengan gahnya (dan dalam hati aku berkata dia seorang yang riak dan bongkak) dan dia hampir-hampir terpijakkan ikan tadi yang seolah-olah telah mati akibat terdampar di laluan kami akibat air surut.

Dia memaki hamun ikan itu kerana terkejut setelah aku hampir menjerit kepadanya agar tak terpijakkan ikan yang malang itu. Bukan setakat itu, dia keluarkan golok tajam lalu mencencang ikan itu kepada beberapa bahagian. Setelah itu, kami sambung berjalan kaki.

Ketika aku berselisih dengan ikan itu, tiba-tiba ikan yang dicencangnya itu bergerak-gerak seolah-olah hidup semula. Aku mahu memberitahu dia tetapi suara aku tersekat. Ikan itu tiba-tiba melompat-lompat seperti mahu menggigit kaki aku, turut sama ialah bahagian-bahagian badannya yang telah terpisah.

Aku berjalan dengan lebih laju tetapi ikan itu masih melompat-lompat mendekati aku dengan mulut yang ternganga luas menampakkan gigi tajamnya. Apabila ikan itu hampir kepada aku, aku mengelak ke tepi agar tidak digigitnya.

Rupa-rupanya ikan itu bukan mahu menggigit aku tetapi sedang mengejar dia. Ikan itu semakin laju melompat-lompat dan akhirnya ikan itu dapat melompat ke bahunya. Gigi tajam ikan itu terus dibenamkan pada daging bahu lelaki itu lalu menyedutnya seperti sedang menghisap darah. Lelaki itu cuba menepis, seperti menepis tebuan atau lebah kerana dia menyangka itu mungkin tebuan tanah yang menggigitnya.

Aku berlari mendapatkannya dan aku katakan ikan tadi yang sedang menggigit belakang badannya. Dia pun terus berlari tetapi lariannya tidak laju kerana sambil dia berlari itu tangannya sibuk menepis-nepis ikan itu yang melekat di belakangnya manakala kakinya kelam kabut mengelak dari badan ikan yang turut melompat-lompat seperti sedang menghurungnya.

Aku terus berlari meninggalkannya lebih kurang 10 kaki di belakang. Dia menjerit-jerit agar menunggu dia dan supaya jangan tinggallkannya seorang-seorang berlawan dengan 'bangkai' ikan yang masih hidup itu.

Ketika dia terjerit-jerit itulah aku sempat menoleh kebelakang melihatnya dan aku terkejut... sangat terkejut kerana tiba-tiba wajahnya dipenuhi rambut-rambut yang panjang. Juga tangannya. Kemudian dia berlari merapati aku sambil meminta aku memperlahankan larian aku... agar kami dapat bersaing berlari.

Tetapi dek kerana terkejut dan takut, aku cuba menjauhinya dengan berlari lebih laju sambil menunjukkan isyarat bahawa wajah dia sudah berubah menjadi seperti seekor monyet!

Hati aku masih mahu menolongnya tetapi rasa takut mulai mencengkam perasaan. Aku cuba memberitahunya tetapi suara aku tak mahu keluar....! Sambil aku berlari itu, aku cuba juga untuk memberitahunya...


"ummphhh!... ummphhh!....ummphhh!"     (bermaksud 'monyet! monyet! monyet!'), kemudian bahu aku ditepuk-tepuk orang. Aku buka mata dan aku dengar azan baru berkumandang.






.

15 comments:

kucingorengemok said...

takde la reti nak baca ayat qursi ke ek? *geleng kepala*

(benci tak? hehe)

Lady Windsor said...

karang aku baca, panjang neh...

tasekM said...

teh boh ada umpphhh...!

(bermaksud teh boh ada monyet...!)



.

Embun Melati said...

Mimpi sokmo dio...

Kniedaz said...

Tu dia...mimpi apakah ini? Bahagian ikan tu semua kejar org tu ke? Kena gigit terus jadi monyet..mmmm dahsyt

Nizam.Ariff said...

KOG,
trak boleh nak kawal dalam mimpi la... hahaha


LW,
sebuk bebenor tu...



TM,
ladang teh dia kat puncak gunung, mungkin ada gak monyet2 tu...



embun melati,
seronok mimpi tau...



Kniedaz,
aku pun tak faham sangat mimpi tu dan apa kena mengena dengan kehidupan aku...



amn said...

lain tu aku tak ulas
pantai...

ada laut

laut ada air


banyak


InsyaAllah rezeki besar bro.

alhamdulillah.


Kesuma Angsana said...

selalu mimpi yg pelik2 ker

Nizam.Ariff said...

azani,
aminnn... aku harapkan yang baik-baik je...



KA,
selalu gak... lagi pelik lagi seronok.... hahaha

CiKPuaNLawA said...

x penat lak larik2 eyhh...

fifie said...

Nie dah mengigau nie, pelik gila mimpi kau Nizam.

Nizam.Ariff said...

CPL,
Penattt... bangun pagi-pagi tu sengal kat tangan (bukan kat kaki... hahaha)



Fifie,
Seronok hape mimpi pelik2 ni... tak payah bayar tiket wayang nak tengok scifi-horror movie... hahaha

sepa said...
This comment has been removed by the author.
sepa said...

ahhh... aku ingatkan ko berlari sambil terkencing.! :p

Nizam.Ariff said...

sepa,
nyaris kut.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com