Monday, January 21, 2013

Telinga Lintah......!

.

Aku cuba bereksperimentasi selepas makan tengahari pada satu hari dalam minggu ini (tadi). Dalam aku berjalan kaki selepas membayar harga makanan sehinggalah aku ke kereta untuk pulang semula ke pejabat, aku nak dengar apa yang aku boleh dengar di sepanjang aku berjalan itu.

Tanpa ada prejudis atau anggapan yang keterlaluan, mari aku kongsikan apa yang aku dengar...


1. Ketika menunggu giliran untuk bayar bil makanan:

Towkeh kedai: Awak pakai manual je dulu, ramai orang beratur tu...
Juruwang: Baik bos tapi kertas-kertas resit...
Towkeh kedai: ..pakai manual, pakai manual....

Mesin juruwang telah rosak. Juruwang capai kalkulator untuk mengira... sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.


2. Selepas bayar dan berjalan di tepi meja 1:

Pelanggan: Mana minuman saya?
Pelayan: Abang minum apa tadi?
Pelanggan: Saya basuh tangan. Air saya belum habis diminum lagi...
Pelayan: Ooo... takpe.. takpe, abang minum apa tadi?
Pelanggan: Takpe lah... saya minum air suam je tadi..

Pelanggan pergi basuh tangan dan kembali ke meja tadi tetapi pinggan dan gelasnya sudah diangkat pergi oleh pelayan.


3. Bila berselisih di tepi meja 2:

Pelanggan 1: ... aku tak tahulah macam mana tapi awek tu cun...
Pelanggan 2: ... habis tu ko buat apa je?

Perbualan-sambil-makan-nasi oleh dua orang lelaki masih remaja tetapi telah bekerja..



4. Di siar kaki di depan kedai dobi:

Wanita separuh umur: Ah Cai aaa... #$5@ &6%$(*

(Nota: wanita itu bukan mencarut tetapi dia cakap Cina, aku tak faham dan aku tak pandai tulis tulisan Cina. Aku syak niat wanita itu baik)






.

10 comments:

Nur Amirah bt Azri bt dot dot dot said...

Amboiii Hahaha kemain lagi siap hafal pulak tu :D

Nizam.Ariff said...

Nur Amirah,
Memang dah niat nak dengar, deria semua dah tersedia.. tak tak boleh nak faham seluruh cerita kecuali cerita 1 & 2 sebab masa tu memang tengah tunggu cashier dan kedua tu sebab aku tengah masukkan duit baki ke wallet, aku berdiri lama sikit kat meja tu...

kucingorengemok said...

telinga lintah ke telinga capang?

Nizam.Ariff said...

KOG,
telinga aku tak capang tapi lembik macam lintah.... hahaha

tasekM said...

aku blom pernah lagi buat perangai gini... :)



.

Kniedaz said...

hehehe..macam best pulak kalau satu hari buat macam ni...nak test juga telinga ni telinga lintah ke telinga gajah

Nizam.Ariff said...

TM,
Ko cuba la dgr apa yang dia orang sembangkan masa lunch....
esok kalau ada rezeki aku nak buat lagi... hahaha


Kniedaz,
cuba try test dengar... apa yang dia orang sembangkan...

Nida Mohd said...

Hahaha..mcm2 ada kan..

gadisBunga™ said...

superman ke x-man? sila pileh!

Nizam.Ariff said...

Nida,
masyarakat kita memang meriah dengan ceritanya.... hahaha


GB,
aku nak X-man.
Superman tak betul, spender kat luar...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com