Sunday, January 20, 2013

The Alien Invaders...

.

Hah! Sekarang aku dikerumuni oleh sejenis hidupan yang berkaki halus dan banyak pula. Geli mak taw..!


Selepas aku 'kobak' tanah di sekeliling rumah dan tembok, aku dapati berbondong-bondong binatang ini keluar dari dalam tanah. Aku teringatkan salah satu siri X-Files tentang sejenis hidupan yang dormant di dalam batang balak selama beratus-ratus tahun dan apabila pembalak menebangnya, hidupan kecil itu terbebas lantas menguasai penduduk setempat.


Sejenis ulat gonggok..


Dah pandai panjat tembok....!


Masing-masing keluar dari dalam tanah...


Sedang bersosial.... mungkin sedang bersembang tentang FB atau Tweeter terbaru..


Setakat ini, aku gunakan sejenis benzin yang aku semburkan tepat padanya. Kalau aku dah tanam pokok nanti, benzin itu bukanlah satu penyelesaiannya. Kena cari penyelesaian lainlah nanti...





.

13 comments:

tasekM said...

habis la mlm2 ko tidur dia masuk telinga...

:p




.

Nizam.Ariff said...

TM,
orang tua-tua kata dia suka berlingkar dalam pusat... huhuhu

smbotak said...

bela ayam kampung...

Ena's Palace said...

Yerrkk ...geli la...
Mmg menatang suka dok kt tanah

Kniedaz said...

huhu....kat luar rumah takpe..jangan masuk dalam rumah

Nizam.Ariff said...

SM,
Hoh... bagus idea tu...
tak mati ke ayam makan menatang tu?


Ena,
Kalau dududk kat tanah je takpe la.. ini dah merayap ketuk pintu, masuk kelambu.. huhhuh


Kniedaz,
dah masuk...!
Tapi tak banyaklah yang masuk... yang sesat2 je tu..

ckLah @xiiinam said...

cer korek agak agak 7 kaki ke dalam....kit kot ada sesiapa tertanam kat situ. ^_^

amn said...

aku tak dapat nak bagi buah fikiran, ron, maaf, aku tak mahir ,harap ada kawan kawan yang arif pasal ni...

aku memang seriau kaki kaki anyak ni.

sepa said...

menatang nih suka d tanah yg hancing, hangat dan kering.

Nizam.Ariff said...

cklah,
Hah? menatang tu makan mayat ke?


azani,
aku pun geli geleman... lebih2 lagi lipan... eeiiyuooo...!



Sepa,
Oooo.. patutlah menatang tu suka hurung bekas jamban kucing!

Watercolour said...

Tudiaa, banyaknya gonggok. Tapi, ulat ni tak cun. Kat rumah aku, kaler dia merah terang lagi cun.

fifie said...

Kat kawasan rumah fie penuh benda nie, tak tahu lah datang dari mana. Tapi after banjir nie dah takde dah. Ke rumah jiran kot.

Nizam.Ariff said...

Watercolour,
Warna merah aku geliiiiiiiiiiii...



Fifie,
After banjir semua dah hanyut atau lemas, tu sebab tak ada kut... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com