Thursday, February 21, 2013

Agenda Transformasi Negara mesti diteruskan...

.

Dalam berita di TV3 malam tadi, Pakcik Najib ada menceritakan tentang kisah Program Transformasi Negara. Maka aku terpanggil untuk menulis sedikit mengenai agenda transformasi itu.


Lalu secara terbuka, aku menyeru kepada sesiapa sahaja yang singgah atau lalu lalang di sini agar membenarkan agenda transformasi nasional ini diteruskan. Pangkahlah yang mana sekalipun tetapi benarkanlah agenda penting ini diteruskan sehingga selesai.


Ini sebab musababnya:
  • Negara sudah ditadbir sendiri selama lebih 50 tahun. Telah sampai masanya 'renovasi menyeluruh' di lakukan. Perubahan setapak demi setapak (incremental change) sudah sampai ke penghujungnya. Perubahan radikal (radical change) diperlukan untuk melonjak negara ke satu aras yang baharu. Seperti mana teknologi, akan sampai pada satu masa teknologi itu menjadi tepu dengan penambah-baikkan dan perlu ditukar. Seperti mana model kereta kesayangan anda juga, model kereta tersebut menjalani pelbagai perubahan kosmetik (cosmetic change) dan akhirnya model baru perlu dikeluarkan. Jika tidak, ianya akan ketinggalan.
  • Agenda transformasi itu bukanlah agenda politik. Walau pun ianya diteraju oleh kerajaan yang memerintah, ia sebenarnya adalah agenda negara, agenda untuk kita semua. Ia adalah agenda untuk memecut ke arah Wawasan 2020. Melihat kepada kadar kemajuan sejak wawasan itu dilaungkan, negara mungkin tidak mencapai wawasan itu pada masa yang sasarkan. Atau, oleh kerana dunia semakin memecut laju, wawasan itu mungkin perlu dipercepatkan seawal 2015 kerana jika tidak wawasan itu mungkin sudah menjadi lapuk pada 2020. Seperti mana agenda transformasi itu, Wawasan 2020 bukanlah wawasan politik, ia adalah wawasan negara, wawasan kita semua.
  • Agenda tarnsformasi itu memang diterajui oleh kerajaan yang memerintah pada ketika ini namun segala idea dan projek-projek yang dirancang dan dibuat bukanlah dari kantung fikiran kerajaan semutlaknya. Idea dan projek-projek itu adalah dari buah fikiran pakar-pakar dan mereka yang berpengalaman dari industri atau bidang-bidang yang berkaitan. Mereka itu semua dijemput, malah dipanggil, untuk menyertai banyak makmal atau 'Lab' dimana mereka diberikan segala maklumat yang perlu dan dalam beberapa minggu mereka 'berkurung' di situ, mereka perlu 'keluar' dari situ dengan idea, cadangan projek (business case dan business plan), pelan pelaksanaan sehinggalah bagaimana pelan itu dibiayai dan mendapat habuannya (benefit). Beberapa kawan aku telah turut serta dalam makmal itu untuk bidang automotive dan bidang-bidang lain yang berkaitan.
  • Dalam sebuah Program, struktur organisasinya amat penting kerana ia akan juga menentukan bidang kuasa (limits of authority). Kerajaan adalah peneraju yakni 'Sponsor'. Ia menentukan apa yang negara mahukan dan memberikan wang dan kuasa kepada 'Program Manager / Champion' untuk menjalankan projek-projek yang dipersetujuinya. 'Project Team' ini bertanggung jawab penuh untuk melaksanakan sehingga berjaya seperti mana yang dicadangkan di dalam "business case / business plan". Dalam hal ini (DS) Idris Jala menggalas semua tanggungjawab pelaksaannya. Manakala pelaksana dan pelaksanaannya ialah badan-badan kerajaan, agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta (yang setuju untuk terlibat sama). Kebanyakkanya bukan atas sebab imbuhan tetapi atas rasa semangat, rasa percaya ianya sesuatu yang mesti dilakukan negara untuk terus mara ke hadapan dan rasa tanggung jawab kepada negara.
  • Manakala antara tugas penting ahli-ahli politik kerajaan sekarang ini ialah melaksanakan 'Change Management'. Mereka adalah orang yang terpenting untuk memastikan semua rakyat dan pihak-pihak yang berkepentingan (dipanggil Stakeholders) boleh menerima perubahan (receptive to transformational change). Bukankah mereka itu pandai berpolitik? Mereka itu berada di barisan hadapan semua 'stakeholders'. Itulah sebabnya pasukan (DS) Idris Jala tidak dikenali sangat dan jarang kelihatan di kaca TV, mereka berada di belakang tabir. Jika 'Change Management' ini gagal, transformasi ini tidak akan berjaya dan menjadi projek gajah putih. Namun, mereka semestinya mendapat tentangan. Sama ada tentangan dari ahli politik berhaluan lain atau pihak-pihak yang berkepentingan yang terjejas akibat pelaksanaan projek-projek itu. Menjadi tugas pak-pak menteri ini (juga digelar Change Agents) untuk memastikan perubahan dapat dilakukan dengan berjaya dan lancar.
  • Antara lain tugas pasukan (DS) Idris Jala dalam Change Management ialah melakukan propaganda untuk perubahan. Ini termasuklah memberikan maklumat melalui iklan-iklan dalam semua saluran (channels) seperti radio, TV, internet, telefon bimbit...dsb. Juga lagu-lagu. Banyak tenaga dan usaha telah ditabur.

Aku, melalui pengalaman dalam program transformasi kecil-kecilan, menyeru agar program transformasi ini perlu diteruskan kerana telah terlalu banyak usaha dan wang ringgit ditaburkan dan kita perlu dapatkan hasilnya.


Setiap program atau projek mempunyai risikonya. Terlalu banyak risikonya. Namun risiko yang terbesar ialah hilang kelangsungan dan kepercayaan pihak peneraju (Sponsor Group) dalam meneruskan program/projek itu!


Aku bercakap melalui pengalaman. Biasanya, apabila peneraju baru masuk, kadang-kadang menjadi satu agenda awal mereka untuk menutup 'kesan'kesan' yang dibuat oleh peneraju lepas-lepas. Lebih-lebih lagi apabia peneraju lama telah mengaitkan kejayaan program/projek itu dengan kepentingan politik mereka (political mileage). Dengan kata lain, program/projek itu berkemungkinan akan ditamatkan sebelum habis (premature closure /  scrapped).

Jika program / projek itu ditamatkan sebelum habis, alangkah ruginya masa, tenaga, usaha kawan-kawan aku itu. Alangkah ruginya wang negara dibazirkan begitu sahaja. 






.

9 comments:

Anonymous said...

Persetan dengan program itu dan ini, agenda itu dan ini, wawasan itu dan ini. Aku punya agenda dan impian yang berlainan, agar tiada lagi rakyat yang tak mampu membeli susu untuk anak kecil mereka.

Binalah bangunan setinggi mana, harap tiada rakyat yang tidur di bawah kaki tangga.

Anjurlah perayaan semeriah mana pun, harap tiada rakyat yang mengutip sisa makanan para tamu buat sarapan keesokannya.

(Harap faham maksud aku)

Nizam.Ariff said...

SM,
itulah sebabnya aku tak nak pembaziran yg maha besar berlaku ... duit dah byk keluar tapi dibuang begitu saja. kemiskinan tak boleh dihapuskan. tapi boleh diringankan. kemiskinan hanya boleh terhapus bila dah dekat2 kiamat nanti... bila tiada penerima wang zakat yang layak.

sepa said...

aku paham,
disebabkan ko duduk di kerusi 'transformasi', maka memang wajarlah ko menyeru agar tiada campurtangan atau pencelahan-yang-menyibukkan (absurd-intervention), supaya nanti agenda transformasi itu diteruskan sesuai dengan tenaga dan uang-yang-telah-dibelanjakan, dan masa.

aku jugak paham,
betapa pentingnya 'Agenda Transformasi Negara' ini kepada si pelaksana dan agent2nya, dan paling penting kepada sesebuah negara. untuk negara ini nampak maju, hebat, seangkatan dengan jiran2nya, dan jugak tercetak dalam buku rekod kecemerlangan dunia (yg depa gelar - Guiness Book of Record), dan berada dalam peta dunia bersama dengan negara2 yg berpapan tanda negara maju...

tapi...

aku cuba nak paham,
bila aku tanya kepada ramai orang, tentang kereta misalnya, (kerana aku berada dalam persekitaran yang ada ramai orang - bukan terperap di makmal), apakah pandangan mereka tentang kereta, keperluan dan kepentingannya... kata mereka : kereta adalah kenderaan yang boleh membawa kita dari satu tempat ke satu tempat, dengan selamat... dan menjimatkan. paling penting mampu dimiliki.
aku tanya pula tentang adakah patut kita ada kereta Ferrari. mereka jawab : apakah itu Ferrari...?!!!! mereka tak tau sejauh itu dan tak mau tau apa itu Ferrari...!!!


kadang2 aku cuba nak paham,
apabila orang di kota besar (kerana aku adalah orang yg kehidupannya berada di luar kota besar), ada coli dan depa bulih pakai dan tukar 2 kali sehari, sedangkan masih ada (dan mungkin dalam kelompok yg besar) yg hanya ada satu coli, tp hanya mampu di pakai ketika perayaan... dan selain dari pada perayaan, kita menganggap mereka sengaja tidak mau pakai coli supaya nampak menggiurkan dan seperti untuk menarik perhatian...

Maka itu, 'Agenda Transformasi Negara' mesti diteruskan.

Aku setuju.!!! dan Aku sokong.!!!


.

Nizam.Ariff said...

sepa, juga SM,

ia perlu diteruskan kerana telah pun berjalan, duit cukai dah banyak dibelanjakan.. bak kata orang "alang-alang seluk pekasam..."

aku benci jika mereka mempolitikkan agenda transformasi ini... baik yang ada sekarang (cuba ambil political mileage) dan yang itu (cuba memperdajalkan)...

dua gajah bergaduh, kita pelanduk mati kat tengah-tengah... dan akibatnya, kita pakai seluar dalam sehari sekali je basuhnya...


kalau mereka-mereka semua mahu berpolitik, silakanlah... tapi jangan membazir...


agenda transformasi itu perlu. kepada sesiapa yang pernah tahu tentang apa itu strategi, kita akan dapat andaikan begini:

kita melihat sebuah rumah terbakar, dan kita padamkan. Esok, ada sebuah rumah lagi terbakar, kita padamkan juga. Selang seminggu ada lagi rumah lain terbakar, dan kita pun padam.. begitulah kita memerangi api dan api itu mungkin masalah sosial atau kemiskinan.

kita perlu ada seseorang daripada penduduk di perumahan itu yang mampu melihat sesuatu yang lain... mencari satu penyelesaian yang lain. Mungkin orang ini dapat membuat analisa dan berfikir kenapakah rumah-rumah di situ kerap terbakar, atau mudah sangat terbakar... kajian di lakukan, pakar2 dipanggil dan akhirnya satu rumusan di buat. Untuk menghentikan gejala rumah terbakar ini, ada beberapa perkara perlu di lakukan:
1. Rumah-rumah perlu dijarakkan
2. Bahan-bahan membuat rumah perlu di tukar.
3. Satu lorong penampan perlu diwujudkan.


Maka dalam ramai-ramai penduduk sedang memadamkan api di rumah yang terbakar seterunya, mereka terlhat beberapa pemuda sedang membuat satu projek yang selain daripada memadam api... malah sedang membina satu rumah lain yang berlainan daripada rumah-rumah yang telah terbina...

Setiap idea yang mereka lakukan itu pasti mengundang tidak puas hati penduduk lain. Paling jelas... "orang sedang sibuk2 padamkan api, yang dia orang buat kerja kat sana tu buat apa? Habiskan beras mak bapak je, tak membantu langsung" atau... " mana dia orang cekau duit nak buat rumah baru tu? BAIK BAGI DUIT TU KEPADA ORANG YANG RUMAHNYA TELAH TERBAKAR!!!" Berilah duit kepada orang yang rumahnya telah terbakar itu.. tetapi carilah sumber dari kewangan yang lain... itu gunanya budgeting..


Sedangkan apa yang kumpulan pemuda/pemudi itu buat adalah membina satu penempatan untuk masa hadapan...

jika penduduk itu dan ketua kampung dan tok imam tak paham tentang itu lantas memaksa kumpulan pemuda itu hentikan kerja2 membuat rumah itu, maka percayalah... para penduduk kampung itu akan terus membina dan memadamkan rumah terbakar seterusnya dan seterusnya... sampai bila2....

tasekM said...

tapi memang dah jadi budaya di negara kita ni bila kepala berubah maka ada sahaja benda baru yang mahu dibuat.
itu kita tak kisah.
yg kita kisah kenapa yang lama itu diabaikan.

aku bg contoh negeri tempat aku hidup nih.
dengan kepala-sekarang dia naik-bangunkan m_itc.
buat itu ini. bina itu ini.
sedangkan kepala-sebelumnya telah naik-bangunkan jl_n Hang_T dan satu tempat lagi yg dinamkan ta_pak e_xpo (kalau aku tak silap namanya)

jadi.
bila kepala-sekarang menggantikan kepala-dulu, dia membelakangkan pembangunan 2 tempat yg aku namakan td.
akibatnya tempat2 tersebut hampir mati.

peniaga2 susah nk berniaga kerana banyak bangunan pentadbiran dipindahkan.
(sampai dah masuk tv baru nak gerakkan sesuatu)
malah ta_pak ex_po telah mati terus.
dan segala bangunan dan itu ini yg dibina dibiarkan.
yang akhirnya pd tahun lepas segala bangunan dirobohkan terus dan dalam proses dibina semula.
entah apa yang dibangunkan aku pun tak tau.

maka.
aku beranggapan begini.
setiap kepala hanya mahukan nama utk diingati 'nanti'.
soal praktikaliti, wang rakyat, pembaziran mereka peduli hape...




.

Anonymous said...

Cuma, aku cukup tak senang melihat pihak yang create sesuatu agenda (transformasi, wawasan, reformasi atau apa nama sekali pun) semata-mata sebagai alat untuk mengangkat diri sendiri sebagai hero di mata rakyat. Jelik.

Nizam.Ariff said...

TM,
Itulah maksud aku.... rugi dan rugi...


SM,
Ya, itu pun salah satu maksud aku...
tapi aku tak berani nak tulis terang-terang dalam entri... ko dapat tangkap juga.

Aku tak suka bila agenda transformasi dipolitikkan... kalau tidak jadi terus memerintah, jadilah apa yang TM cakap, jadilah apa yang berlaku kat Lembah Beringin dan beberapa tempat lagi...

dan bayangkan kalau projek itu bersaiz nasional, laaaagiiii membazirrr ....

ASH said...

entri kobar kobar...
.
.
siapa pun yang dilantik jadi orang atas dan pemimpin negara, kalau aku boleh bagi belanja kat anak anak seposen sorang...utk makan dan minum kat sekolah kira hebat ler orang tu...

sekian

tang tranformasi ka.. reformasi ka..
aku tak faham..

tranformer pun aku tak berapa nak ambik tau..
hihihi..
jgn marahhh, en nizam yang arip lagi bijaksana..kikikiki

Nizam.Ariff said...

Ash,
sampai bila nak bagi seposen je kat budak2 sekolah dan tadika? dan yang lebih penting, dia tu datangnya dari mana? memanglah datangnya dari kerajaan tapi kerajaan cekau duit tu dari mana?

Aku takut nanti disebabkan nak bagi duit seposen tu, kerajaan naikkan cukai untuk dapat duit lebih (sekarang ni pun asyik defisit je balanjawannya). Maka cukai pendapatan pun naiklah 2-3% daripada biasa, cukai perniagaan pun naiklah 4-5%.... atau senangnya... kerajaan kuatkuasakan GST!!!!!

Hah, bila dah ada GST, maka silap2 air mineral pun kena cukai 4%... pada masa tu, barulah kita tepuk kepala... dapat cuma seposen seorang tapi semua barang kena cukai... buat nyesal je...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com