Friday, February 8, 2013

Bersumpah...

.

"Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;"

"Dan bulan apabila ia mengiringinya;"

"Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;"

"Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita);"

"Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);"

"Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);"

"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);"

"Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;"

"Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat);"

       

(Asy-Syams ayat 1-9)



Dalam satu surah ini sahaja, Allah telah bersumpah 7 kali di atas kejadian 7 jenis makhlukNya: Matahari, Bulan, Siang, Malam, Langit, Bumi... dan Manusia. Kesemuanya adalah kejadian-kejadian yang besar. Ini menunjukkan betapa seriusnya Allah kepada Manusia kerana Dia telah bersumpah sebanyak 7 kali di dalam satu surah.

Apakah yang menjadi sumpahanNya?
Sesungguhnya manusia yang mengotori dirinya akan merasa sungguh-sungguh hampa.


Seperti sumpahan Allah atas satu makhluk yang bernama Masa. Apakah sumpahanNya?
Manusia itu senantiasa lalai dan dalam kerugian kecualilah....

Mungkin ramai yang lebih hafal atau faham akan sumpahan Allah di dalam surah Al-Asr kerana surah itu sering dibaca pada setiap perjumpaan atau perkumpulan. Namun tak ramai yang faham dan menghayati sumpahan Allah di dalam surah Asy-Syams itu.

Padahal sumpahan Allah di dalam surah Asy-Syams itu ada sebanyak 7 kali. Dan semestinya ianya sesuatu yang sungguh serius...



(untuk mengetahui tafsirannya, boleh klik di sini...)




.

9 comments:

Lady Windsor said...

Kalau tengok pada individu aku suka nak skodeng jari dan kuku, kalau kuku bersih...maybe kat rumah juga orang tu pembersih. Tapi banyak lagi faktor lain yg perlu dilihat sblm boleh judge pembersih atau tidak kan..!

Nizam.Ariff said...

LW,
errr... kuku aku panjang. malam tadi (Mama) lupa nak ketip(kan). Jadi, peluang untuk jadi hitam adalah tinggi pada hari ini...

Ujie Othman said...

terus nak ternyanyi..nasyid kumpulan Snada.

diakui, tahu tapi blm cukup memahami dan menghayati.

Nizam.Ariff said...

Ujie,
samalah aku pun...

aza ni said...

terimasih Nizam

tasekM said...

aku ini selalu rugi...

Nizam.Ariff said...

azani,
sama-sama...



TM,
start la menabung...

sepa said...

assalamualaikum ostaz...!

Nizam.Ariff said...

sepa,
waalaikum salam....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com