Sunday, February 24, 2013

Entri terakhir seorang blogger

.

Malam masih muda tetapi tidak ada satu pun rancangan TV yang boleh menarik minatnya. Cerita-ceritanya sedap-sedap juga tetapi bukan masalah cerita-cerita itu. Masalahnya pada minatnya. Hasri tiada minat. Untuk lebih tepat, pada malam yang masih muda itu minat Hasri pada TV telah terganggu. Ada sesuatu yang menarik minatnya.

Minat Hasri telah ditarik ke arah lain. Dia berjalan ke biliknya, ke meja kecilnya, ke kamputer ribanya. Dia perlu berblog. Walau pun dia baharu sahaja selesai menulis entri tadi, dirasakan perlu dia tuliskan sesuatu tetapi dia sendiri tidak tahu apa yang patut ditulisnya.

Hasri alihkan pandangan dari monitor komputer ribanya kepada deretan pil yang perlbaai warna berterabur di atas meja. Dia kira satu persatu dengan matanya, Banyak. Itu sahaja yang dia boleh kira. Matanya kini semakin kerap kabur. Deretan pil itu kejap dilihatnya kejap ada kejap tak ada, kejap kecil kejap besar pula. Jadi, kesimpulannya, memang ada banyak pil di atas mejanya.

Dia perlu lakukan sesuatu untuk memastikan blognya nanti dapat dikemaskini. Masa semakin cepat berlalu. Sementara matanya masih boleh dipejam-celik, masih boleh difokuskan pada skrin yang dekat itu, dia buka gmail. Mana tahu kalau ada sesiapa rakan blognya yang masih on-line. Ada. Nita.

Me: Salam.
Nita: Salam.

Me: Update blog?
Nita: Tak.

Hasri tidak kenal Nita. Dia hanya 'kenal' Nita di dunia blog sahaja. Dia tidak pernah bertemu dengan mana-mana rakan blogger. Dia malas nak berjumpa.

Me: Aku nak minta tolong sikit. Boleh?
Nita: No problem, bro. Tolong apanya?

Me: Aku nak bagi kau ID dan Password blog aku.

Nita tak membalas beberapa detik. Hasri tunggu beberapa detik itu dengan tanda tanya. 'Aku tersilap tuliskah?'.

Nita: Kenapa? Apa cerita ni?
Me: Adalah.... nak minta kau back-up.

Hasri ambil sehelai tisu lalu mengelap bibir basahnya. Kahaknya semakin banyak akhir-akhir ini. Dia campakkan tisu tadi ke dalam bakul sampah. Dia lihat bakul sampahnya sudah separuh penuh. 'Patutlah billik aku berbau'. Tisu-tisu basah dengan lendir bercampur darah sudah banyak di dalam bakul itu.

Nita: Back up? Awak nak pergi mana? Sibuk kerja ke?
Me: Tak... aku rasa tak sihat sangat ni.

Akhirnya Hasri berterus terang sahaja.

Me: Nah... ini ID- Hasri1234@gmail.com, Pwd-hasri1234. ID dan Pwd sama, senang nak ingat.
Nita: Ok. Tapi bagi tau dulu apa yang awak nak aku buat?

Hasri termenung sebentar. Dia garu-garu dagunya yang tak gatal. Dia takut permintaannya nanti agak keterlaluan buat Nita. Walau pun mereka sering bertegur sapa di dunia blog tetapi mereka tidak pernah berjumpa. Malah, mungkin Nita itu lelaki yang menggunakan nama perempuan. Hasri tidak tahu. 'Ahhhh...!' Akhirnya Hasri pasrah.

Me: Tolong umumkan kematian aku di dalam blog aku. Boleh?
Nita: MATI????? Apa awak cakapkan ni?

Me: Yup.... tolong?
Nita: Awak jangan main-main!

Me: Tak. Aku tak main-main dengan kematian aku. Tolong?
Nita: Kenapa awak niiiiiii....???!!!

Me: Tolong?
Nita: Suruh orang lain. Aku tak mampu nak buat. Aku tak sanggup.

Me: Tolong?
Nita: Walau hanya di dunia blog, aku rasa aku rapat dengan awak.

Me: Tolong?

Senyap seketika. Nita ambil masa untuk menjawab.

Me: Aku tak nak hilang begitu sahaja tanpa berita. Aku tak mahu rakan-rakan blog tertunggu-tunggu.

Me: Tolong aku, Nita. Awak kena tolong aku. Aku tak ada sesiapa lagi.

Me: Tak lama, Nita. Aku rasa aku dah tak lama dah.

Me: Aku kena selesaikan perkara ini.

Me: Mana ada orang mati pacakkan batu nesannya sendiri. Orang lain yang tolong pacakkan.

Me: Awaklah yang tolong pacakkan batu nesan aku. Boleh?

Me: Tolong? Tolong? Tolong? Tolong? x100

Lambat jawapan balas dari Nita. 'Tak mengapa, aku tunggu...'. Hasri keluar sebentar untuk mengambil segelas air suam. Apabila dia masuk semula, Nita telah membalas gtalk.

Nita: Ok. Tapi ada satu masalah.
Me: Apa dia masalahnya?

Nita: Macam mana aku nak tau yang awak dah meninggal dunia?

Kini giliran Hasri pula yang berfikir panjang. Dia campakkan lagi sehelai tisu basah dengan lendir kahak bercampur darah. 'Hah.... ada idea!'.

Me: Aku akan pastikan blog aku diupdate setiap hari. Kalau 3 hari tak terusik, aku tak ada.
Nita: Ok. Apa mesejnya? Aku tak pandai...

Me: Aku draf siap-siap.
Nita: Walau permintaan awak tu amat janggal aku rasa, Insha Allah aku buat.

Me: Thanks dan salam.
Nita: Salam.


Hati Hasri terasa lega. Lega sungguh-sungguh. Cepat-cepat dia masuk ke dunia blog lalu menulis draf.

 








[ini hanyalah cerita rekaan]


.

16 comments:

Umm AA said...

Alaaa drp srh nita buatlah schedule nyer entry..kalo tak mati leh tukar lg schedule nyer...

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
Haah laaa.... lupa lak cra tu pun boleh..

tasekM said...

ooo... hasri ni lahir tahun 72 rupanya...




.

sepa said...

.
aku agak Hasri makan sireh eh, maklumla mata dah berpinau, dan pandangan kabur-kekaburan, ayaq lioq sireh nampak seruper darah.!!!

.
...aku syak Nita lahir tahun naga... hahaha.!


.

weh brader, aku baru pos entri baru. bacala wahai sahabat.! :)


.

ewanthology said...

permintaan yg sukar utk ditunaikan

Unknown said...

Rasa macam nak nangis je,Hmm sedihnya cerita niiii

Nizam.Ariff said...

TM,
Hasri yang tu memang la dah tua....



Sepa,
Takde.. .takde...
Memang Hasri tengah tunggu masa je tu... ko jangan nak ubah jalan cerita... hahahaa



The malay male,
Ya, seperti meminta sembelih kambing yang kita bela dari anak...


Nurul,
Ceritanya memang sedih tapi olahan ayat tu tak nampak sedih pun.... jenis bersahaja konon2nya Hasri tu seorang yang cekal dan dah bersedia untuk mati...


Unknown said...

Ada ke realiti macam ni?

Lily Abdullah said...

Ya. Aku pernah terfikir nak bagi ID & password kepada salah seorang dari kaku.

Ya ko salah seorang yang dalam pertimbangan hihihi :p

Lily Abdullah said...

Er..salah eja ...kamu.

Mata aku memang rabun sejak akhir2 ni

Eh.eh..tak solat lagi ha ha..

Lady Windsor said...

ada lagi tak orang macam nita tu, aku nak bagi password dan id aku..kebarangkalian aku termeninggal sendirian adalah tinggi sebab aku menetap di sebuah rumah seorang diri kan..hahaha...ini idea bagus. nampak gaya aku kena start searching for someone yg macam nita..seminggu jer aku tak up blog, makna aku dah tak de..

Nizam.Ariff said...

embun melati,
kita yang ciota realiti itu.
kalau ko buat, maka jadilah ia realiti


Waterlily,
ia seumpama wasiat juga la kan...
apa salahnya kita buat...


LW,
Hah... secocoklah dengan cerita tu... hahaha. Bolehlah bagi wasiat tu....

LydSunshine said...

Ha ah, betul kat ummuaidan, kalo buat auto publish kan boleh. Atau pun hasri tu saje nak attention daripada Nita.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
mungkin juga boleh tapi mata Hasri makin lama makin kabur... takut dia tak boleh nak massuk blog pun... ahaha... ala, citer rekaan je...

Jahirah said...

adeh....nak mati pun kena umum kat blog..mmg blogger tegar hasri ni..

Nizam.Ariff said...

Aishah,
Jangan marah dia... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com