Tuesday, February 26, 2013

Kapal terbang terhempas.... landing kat tebing...

.

Adakah aku mengambil kesempatan di atas keadaan/situasi atau kesengsaraan / ketewasan pihak lain?

Itu dipanggil opportunis. Ada baik dan buruknya menjadi seorang yang opportunist. Baiknya, ia mendapatkan sesuatu dengan jalan yang memerlukan usaha yang paling minima. Tak baiknya pula, jika ia sesuatu yang melanggar agama atau adab sopan, sudah tentu dia berdosa atau mengundang cemuhan orang.

Mendapatkan sesuatu dengan jalan yang paling minima bukanlah satu sikap yang terasing. Melalui satu kajian, ia adalah jalan yang diambil oleh majoriti kita manusia. Malah, bukan manusia sahaja. Ia termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Itu kata kawan aku yang sedang membuat persiapan akhir thesis PhD. Katanya, ada satu teori yang digelar 'Principle of Least Effort ', atau dipanggil juga 'Zipf's Law' sempena nama orang yang membuat kajian itu pada tahun 1949, kajiannya dalam bidang liguistik pada asalnya.

Saban tahun berlalu, teori tersebut berkembang dan diguna pakai dalam banyak cabang ilmu, dari evolutionary biology sehinggalah kepada rekabentuk web. Teori tersebut juga didapati merangkumi manusia, malah haiwan atau tumbuhan secara fitrahnya akan mencari jalan yang paling kurang rintangannya / halangannya atau jalan yang paling mudah baginya.

 
Jadi, kita semua adalah opportunist. Kita mempunyai sikap opportunistic. Cuma sama ada kita buat atau tidak. Ia bergantung kepada 'up-bringing', nilai-nilai adab susila dan budaya (manakala agama merangkumi kesemuanya).


Jadi, apakah kaitannya diantara tajuk entri dengan ayat pembuka kata kerana isi di atas tidak menceritakan kesempatan telah diambil ke atas sengsara orang lain secara spesifik?


Seekor Chatcibor yang tewas


Seekor chatcibor yang tewas kejung di atas situ. Kematiannya menjadi tajuk entri aku, ceritanya menguntungkan aku dari segi idea untuk membuat entri.. .apa yang dia dapat?

Bicara selanjutnya aku serahkan kepada yang sudi membacanya...

(psst: Aku memilih tajuk yang 'catchy' untuk menarik pembaca semua. Adakah ini bermakna aku mengambil kesempatan ke atas pembaca? Itu belum suratkhabar harian dan tabloid)





.

13 comments:

Umm AA said...

Sebetulnya tajuk selalunya dipilih yg catchy kerana dpt menarik orng membaca wpun isinya belum tentu camaner lagi kan..cuba ko buat tajuk 'pepatung mati dan terjatuh'..best ker?

sepa said...

catchy eh tajuk ko...! hehehe.


aku ada stu tajuk entri :

"Pengalaman pertama menaiki kapal terbang AirAsia"...

entri nih, entah camner, menjadi entri alltime favorite. jadi aku heran la kan.! kenapa.?! ruper2nya, bila org gugel dan taip AirAsia, pasti entri tuh dalam list...!!! nak kata aku tulis menarik.! takla jugak.!

aku rasa, kalau ko buh AirAsia kat mana2 dalam tajuk tuh, mesti hit, bang...!!!


:)

Kniedaz said...

mati-mati ingat kapal terbang betul...oooo..itu sibu-sibu la

Nizam.Ariff said...

Ummuaidan,
huh.. tak best langsung kalau tajuk pepatung tu... hahaha




Sepa,
kat tempat aku, tajuk yang mistik dan seram2 yang jadi pilihan all time...



Kniedaz,
Sibu kat sarawak la... itu bukan.
Itu Chatcibor.... hahaha

Unknown said...

haha, punya eksaited baca dok cari laa perkataan kapal terbang xjumpa plak.hee..btw nice entry..tajukk sgt mmbuatkn pembaca suspend.. :P

Nizam.Ariff said...

seneorita Baharin,
jangan rasa terkena pulak ye... hahaha

Lily Abdullah said...

Cuba ko bandingkan tajuk entri aku

Antara " Demi bebaris puisi yang selalu kau bilang puitis' . Bandingkan kalau aku letak tajuk " Rindukan kamu, sayang"

Bunyinya buat ada yang termuntah kan?
hehe..

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Tapi.. tajuk yang termuntah itulah yang orang cari kak oooiii.... tulis je tajuk yang muahs-muahhhss ni je.. hahah

tasekM said...

ko tau dak 2-3 minggu lepas dekat melaka ni mmg ada kapal terbang terhempas tepi tebing.
kiri tebing adalah apartment.
belah kanan jalan raya.

hohoho...

nasib baik budak tu dalam kawal kapal terbang tu sebaik mungkin walau jentera bermasalah.


(aku rasa aku la nih tak pilih tajuk yg catchy dah sekarang. tajuk aku berkonsep jujur dan ikut dan. haha)


.
.

Nizam.Ariff said...

TM,
aku rasa kalau tajuk yang lucah2 lagi la orang cari kut ek... hahaha

Anonymous said...

n3 yg lari dari tajuk ni hehehe

Dr K said...

Harian Metro/Kosmo adalah contoh opportunist bangsat yang pandai gunakan kelemahan bangsa Melayu..kelemahan malas membaca bahan ilmiah, tapi teruja membaca bahan gossip/seks

Nizam.Ariff said...

KA,
mencipta kelainan... hahahah



Daddy Ziyyad,
Hmm... mungkin mengikut perkiraan mereka, Melayu suka seks.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com