Sunday, February 17, 2013

Macam manalah aku nak tolong para peniaga pasar tani...

.

Pagi ahad ini, pagi-pagi tadi, aku cuba bina rutin baru di tempat baru ini.
Bermula sesudah solat, kami pergi ke taman tasek S.Alam, aku berjalan laju, Ariff berjalan laju.
Manakala Mama berlari-lari anak mengejar aku dan Ariff. Ya, mama comel orangnya...






Apabila berjaya membuat satu pusingan di tasek besar - dari tasek di tepi masjid ke Wet World ke depan PKNS ke Laman Budaya lalu menyeberang jalan (tetapi ikut bawah jambatan) dan pulang semula ke tempat letak kereta. Kemudian, kami 'pekena' roti telur dan teh tarik!


Tanpa menukar baju atau mandi, kami terus ke Pasar Tani dekat dengan Stadium Malawati.
Ada beberapa tujuan, salah satunya ialah membeli racun cicak.
Yang lain pula ialah membeli stok barang-barang basah dapur: sayur dan lauk.

Aku juga beli buah tembikai tanpa biji separuh dan sebiji buah betik sederhana besar.
Harganya? RM14.50 !
Macam manalah aku nak beli lagi kalau begitu harganya. Baik aku tanam sahaja.
Oh ya, aku dah tanam pokok betik pun...


Aku juga ada beli kerang sekilo.
Harganya? RM5 !
Seingat aku, masa aku kecil-kecil dulu sekilo kerang cuma RM1.50 sahaja.
Memanglah itu dulu. Tapi kerang masih kerang. Kerang itu masih diternak di laut.
Tak payah beri makanan tambahan untuk membesarkannya.
Masih menggunakan bot untuk menuainya.


Aku juga ada beli sayur-sayuran: kobis bulat separuh, karot 2 batang, seikat kacang buncis, seikat bendi, cili merah, daun sup, daun bawang, terung panjang, mee kuning dan koew teow.
Harganya? RM20.80
Sayur-sayuran yang aku beli itu untuk sekali makan setiap satu.
Kalau di pasar tani pun harga sayur macam itu, di mana lagi aku nak cari sayur murah?
Entah-entah harga sayur naik sebab kos racun serangga perosak.





.

10 comments:

Temuk said...

Assalam. Aduuuh! Dengan harga yang menodai batasan itu, ertinya Nizam sudah "menolong" para peniaga. Kang Temuk teringat zaman kerang berharga 10sen sekati, juga zaman cari kerang sendiri, zaman kerang bersih dari polusi, zaman kerang hidup tanpa penternak. Kebetulan, itulah zaman makan apa pun yo kok enak!

ckLah @xiiinam said...

Assalamualaikum...
Jom...kongsi buka kedai runcit jom!


Maaf ya ckLah dah 2 bulan tak berblog. ^-^

Dr K said...

Bro, pasar tani Ahad kat Shah Alam tu memang mahal..aku pergi sekali aja dulu, dah lama dah....memang peniaga kat situ cekik darah sebab depa anggap org2 Shah Alam ni kaya raya...Lagi satu, kau try pegi pasar seksyen 6 tu..boleh tahan jugak mahal membunuh nya..

Nizam.Ariff said...

Temuk,
Ya, waduh-waduh... harganyaaaa...
Namun aku harapkan keuntungan mereka itu boleh dikongsi sama rata hingga ke akar umbi, Pak... jangan dikaut oleh orang tengah sahaja. Maka kalau gitu maka niat mahu menolong orang kampung bisa kesapeian... jika tidak, tidak sampei... hahahaha



cklah,
kedai runcit kena buli dengan pasaraya besar2... elok kita jadi pembekal la...



Daddy Ziyyad,
Dua dua aku dah cuba... memang dasar mahalnya untuk datuk2 dan datin2 je... huhuhuh...
nampak gayanya beli kat tesco je la...

LydSunshine said...

Mmg le tembikai mahal. Ari tu aku beli 1/4 je tembikai. Harga dia RM9. Kalo ikutkan kepala angin, aku nak je cancel beli. Tapi sbb aku tak suka nak cari pasal, aku bayar je la.

Kerang plak mahal mungkin sebab minyak utk menggerakkan bot tu mahal. So, derang cas la lebih. Selamat le masa kecik2 dulu aku mmg tak penah alert harga kerang. kalo tidak, aku pun akan marah bila beli kerang rebus harga RM5 seplastik kat area umah aku ni.

And, sayur mmg mahal. Sebab tu la aku dah makin suka makan sayur sebab aku suka makan benda2 mahal. [Dushhh]

Unknown said...

Racun cicak tu ko geram2 ko sembur je sumer peniaga tu...biar berbuih depa tu. Pahtu..sayur tu ko tuai je la sayur yg ko tanam. Tak perlu beli beli dah.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Habis tu.. apa yang murahnya?
Pucuk ubi dan cekur manis je la... hahaha




Lola Momon,
Aku dah tuai...
sedapppp.... malam ni nak tuai pucuk keledek la pulak.... hahhaha

ASH said...

kalau lalang boleh kita jual dan kita makan....
.
.
.
.
mesti mahal juga kan?

sepa said...

basic need sepatutnya murah...
baru hidup penuh meriah...!

yang mahal patutnya benda mewah.


:)

Nizam.Ariff said...

Ash,
haah... aku syak pun gitu..


Sepa,
aku tak faham kenapa perlu mahal barang2 tu...sedangkan ia mudah-jual.

aku syak dia orang mahalkan barang2 tu sebab ramai yang beli, nak cepat untung atas dasar 'jualan-penawaran'...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com