Monday, February 11, 2013

Magik Buah Lemba...

.

Ada sesiapa kenal sejenis pokok yang aku panggil Pokok Lemba?
Soalan kedua, ada sesiapa yang pernah makan buah Lemba?


http://3.bp.blogspot.com/-AZ3Eg1pRRjg/UKjuWX4ZVOI/AAAAAAAACmo/45ciHSMFee8/s1600/LEMBA1.bmp
Kredit foto kepada pemilik blog: herbadantumbuhan.blogspot.com kalau nak tahu lebih lanjut tentang Buah Lemba dan khasiatnya, sila ke blog beliau melalui link yang ini.

Semalam aku balik ke kampung, ke rumah abang. Aku merayap ke kebun di belakang rumahnya. Aku dapati ada banyak Pokok Lemba. Bila aku tanya dia, sememangnya dia tanam. Dia ambil anak pokoknya di hutan lalu ditanamnya di kebunnya.

Ada nostalgia tersendiri aku dengan buah Lemba ini. Semasa aku kecil-kecil dulu, apabila mengikut makcik dan anak-anak jiran mencari ubi kayu dan kayu api, aku akan tercari-cari Buah Lemba ini. Begitu juga kalau aku masuk hutan untuk memancing, kalau terpandang pokok Lemba ini, aku akan cuba cari buahnya di pangkal rumpunnya.

Semalam, aku ambil beberapa biji buah Lemba di kebun abang aku. Aku panggil Ariff dan Mama. Aku tanya sama ada pernah rasa buah Lemba. Mereka gelengkan kepala. Kemudian, aku katakan "... nak buah magik. Nak tengok magik tak?" Pada kali ini mereka tak geleng tetapi anggukkan kepala.

Aku minta mereka hulurkan jari telunjuk. Kemudian, aku picitkan sebiji dua buah Lemba yang telah masak pada hujung jari mereka dan aku suruh mereka hisap dan kemam. Selang beberapa saat, aku tanya lagi, "... ada rasakan perubahan?" mereka menjawab, "tak ada pun?". Aku kata "... tunggu sedikit masa lagi."  Kemudian, aku picitkan lagi beberapa biji dan pada kali ini aku suruh mereka kunyah bijinya yang bersaiz biji sawi berwarna hitam. Aku juga turut makan sebiji.


Kemudian kami terus berjalan-jalan di sekitar kebun itu. Sehingga aku terjumpa pokok Limau Purut. Aku ambil sebiji buah Limau Purut yang besar. Aku belah dengan parang panjang buah itu.

Kemudian aku bertanya lagi "... nak rasa magik tak?" Mereka angguk-anggukkan kepala. Kemudian, aku minta mereka hulurkan jari lagi. Pada kali ini aku titiskan air Limau Purut (yang terkenal masamnya). Kemudian aku suruh mereka hisap. Kedua-duanya gelengkan kepala, tak mahu.

Kemudian, aku perah air Limau Purut itu ke dalam mulut aku. Bila melihat muka aku tak berkerut kerana masam, mereka pelik. Kemudian aku titiskan lagi pada hujung jari mereka, aku kata "... kalau nak rasa magik, jilatlah."

Dengan rasa penuh curiga, mereka pun jilat jari mereka... "MANISSS...!!!" jerit mereka hampir serentak.

Kemudian, apabila kami masuk ke dalam rumah abang aku, aku suruh minum air kosong. Mereka juga kata "eh, manislah!"


Itulah magiknya buah kecil berwarna putih yang aku panggil Buah Lemba.







.

18 comments:

tasekM said...

sila tanam tepi rumah.

Nizam.Ariff said...

TM,
nanti2 aku tanam.
buat air kopi tak yah letak gula.
gigit buah ni je, lepas tu terus minum kopi... hahaha

amn said...

manis pengetahuan

ummuaidan said...

pokok lemba yer namamnya...cam pokok palas sikit kan...agaknya buah tuh mmg manis yer sampai minum air terasa lagi manisnya

Daddy Ziyyad said...

Tak pernah tahu pokok lemba ni..

So buahnya boleh merangsang deria manis di lidah kita? Bagus buah ni..especially utk diabetic..buat air tanpa gula, sebelum minum, kemam buah nya..hahaha

Jna marcello said...

uikss 1st taw pasal pokok ni..pelik je name nye..lemba GA ;)

sepa said...

nko kalau tulis crita pengalaman yg camnih, terpukau aku membacanya...!!!

*eh. ko tanamla kat rumah ko (bak kata TM tuh...)


:)


.

Nizam.Ariff said...

azani,
jangan ko dakwa ko tak pernah makan... ko pernah kan? hahaha



ummuaidan,
sebenarnya, rasa buah lemba tu tak manis. rasa macam tawar je tapi bila makan benda lain, terutamanya yang masam, lidah jadi manis.... pelik.



Daddy Ziyyad,
kalau ikut kajian, protein yang merangsang rasa manis tu musnah pada suhu 50 degCelsius ke atas...



Jna,
Ko cari dan cuba buah magik ni... mesti tak akan lupa... hahaha



Sepa,
takkan selalu ke hutan tak pernah jumpa? mentibang suka makan buah ni... kena kutip dulu buah tu sebelum mentibang makan dulu... hahaa


sepa said...

eh eh... aku kan city-boy dan anak nelayan, yang kebetulan berkarier di dalam hutan... manala aku nak kenal itu semua...!!!
nak makanpun kita 'sembelih' tin sardine dan tin kari ayam jeh...!!!

hehehe

myjourneymyphoto said...

you got about the same experience with me bro..

later will try to find this Lemba and teach my kid about it

Aya Yus said...

pernh tgk pokok ni, dan rasanya selalu nampk tumbuh melata (ntah2 pokok lain... haha), tp tk tahu plak buah dia boleh di makan..

Nizam.Ariff said...

sepa,
kaya ko... 3 ekor sardin dalam tin harganya dekat2 4 ringgit tu..


myjourneymyphoto,
yup, jom ajar anak2 kita rasai khazanah alam... sebelum hilang


Aya Yus,
hati-ati memilih. Pokok lemba bunganya sejambak di pangkal pokok, bunga kecil2 warna kuning.

Lady Windsor said...

errr aku nak rasa buah lemba ni, mana nak cari eh?

Nizam.Ariff said...

LW,
di dalam hutan hujan primer atau sekunder....
banyak melata... tapi dalam hutan la..

ASH said...

Yeob,
Aku tak boleh sebut word MANIS...
aku sedih..
.
.
.
.
sangat..

linDa said...

Nizam,
boleh bagi saya cara untuk dapatkan benih & buah lemba ni. nak buat ubat. Please..
Terima Kasih.
:)

linDa said...

Nizam, boleh tak bgtau camana nak dapatkan buah dah benih pokok lemba ni. nak buat ubat. tolong yer.
Thanks,
Linda

Nizam.Ariff said...

LinDa,
Maaf sebab tak nampak komen awak ni.. masuk ke 'moderation mode'..

Saya tak pasi dimana awak boleh dapatkan buah ini di tempat awak sebab saya tak tahu awak tinggal di mana. Kalau awak tinggal berdekatan rumah abang saya, sudah tentu saya suruh awak berjumpa abag saya sahaja.

Kalau tidak, awak kenalah pergi ke dalam hutan mana-mana... atau pergi ke taman botani atau cuba masuk ke Taman Cahaya. Saya tak kata ada tapi boleh cuba cari di dalam hutan...

kadang-kadang di dalam ladanng / kebun getah juga ada...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com