Friday, February 1, 2013

Perangai manusia menggunakan teori DISC Behavior...

.

Salam pagi Jumaat. Kepada para lelaki Islam tanpa ada keuzuran syari'e, jangan lupa Solat Jumaat hari ini. Kepada para wanita, bolehlah bershopping (pre-judgmental... hahaha).


"Boss aku tu bossy la, nyampah! " ... " Laki I buat rumah I macam kem tentera"... " Laki I bila balik rumah je jadi lembik, entah-entah dia ada perempuan lain?", " Laki I kata dia kat opis garang tapi I tak percaya sebab bila kat rumah dia diam je, rileks je..."


Itu antara yang kita mungkin pernah dengar... kepada kaum lelaki dan wanita, silalah kenali pasangan anda dalam alam kerjaya dan rumahtangga.


Aku nak kongsikan sedikit maklumat tentang perangai manusia dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberi. Mungkin anda boleh google sendiri tentang "DISC Behavior". Kepada yang malas nak google, mari aku ceritakan sedikit di sini.

Pertama sekali, ingin dinyatakan di sini bahawa perangai manusia yang akan dipaparkan di sini lebih kepada 'Management Style' tetapi ianya bagus juga untuk diketahui supaya kita kenal orang-orang yang jumpa, dan mungkin juga pasangan kita yang bekerja. Lagi pun, tugas yang dijalankan bukan hanya tugas di pejabat, malah cara menguruskan rumah tangga atau jadi AJK atau apa-apa cara memberikan dan menerima arahan juga adalah 'Management Style'.

Kedua, juga dinyatakan di sini bahawa ada banyak teori perangai manusia ini. Bermacam-macam. Boleh cari dan baca sendiri tetapi aku nak kongsikan yang ini: DISC Behavior.



Mengikut teori ini, jenis manusia yang menjadi bos (sama ada di pejabat atau di rumah) ada 4 jenis: Dominance, Influence, Steadiness dan Conscientious. 

Matrix di atas sebenarnya dibina dalam 2 dimensi. Dimensi pertama (paksi menegak) ialah Passive - Active manakala dimensi kedua (paksi mendatar) ialah Task - People.

Passive ialah cara ia menguruskan sesuatu tugas itu lebih perlahan dan sabar sedangkan Active pula segala-galanya mahu cepat, sekarang juga dan tak sabar-sabar. Task ialah cara pengurusannya lebih fokus kepada tugasan yang diberikan manakala People pula lebih fokus kepada manusia ketika menguruskan.

Contoh untuk Task - "kita dapat tugas baru. Perlu disiapkan dalam masa 2 hari. Sila hantar deraf sebelum pulang. Pastikan semua kriteria dipenuhi".

Contoh untuk People - "kita dapat tugas baru dan perlu dihantar dalam masa 2 hari. Pastikan anda semua bersedia. Kalau ada yang perlu pulang awal, sila beritahu dan kita kena cari pengganti kerana deraf pertama perlu disiapkan sebelum pulang nanti" - People.



Ini pula ciri-ciri setiap D. I. S. C:




Untuk lebih lanjut tentang setiap jenis ciri itu, sila lihat foto2 berikut:








Bacalah dahulu.
Nanti aku ceritakan satu persatu dan aku berikan contoh-contohnya.

Bukannya apa, apabila kita kenal jenis manusia-manusia ini (tak mestinya bos, dia mungkin juga pasangan kita) sekurang-kurangnya kita faham manusia jenis apakah dia ... atau kita ini.




.

8 comments:

Lelaki said...

bagus info ni...

Unknown said...

info yang baik..salam ziarah n follow =)

Dr K said...

Hmmmm..great entry...macam zaman aku belajar subjek psychology dulu masa di university...

Kita semua pemimpin, so kena ambil berat tentang DISC ni

Nizam.Ariff said...

lelaki semalam,
kalau bagus, kita baca sama-sama ek...



Emma Hasnah,
thanks.. sharing is caring...




Daddy Ziyyad,
Aku tak ambik elektif psychology ... kalau aku ambik, aku dah jadi doctor gak kut... hahaha


Lily Abdullah said...

Aku, aku bencikan rutin.

Bosan!

Lily Abdullah said...

Tapi tak syak lagi aku pesen yang S tu.

Boleh ke manusia ada multiple personality he he..

sepa said...

aku nampak... sekiranya seseorang ada keempat-empatnya, dan seimbang semuanya...

...maka seseorang itu, bulihla kawin empat.!

*eh. nak tanya... ko ada ke4-4, tak?! kalau ada, silalah kawin sampai empat... heheheheeee...

Nizam.Ariff said...

waterlily,
kadang2 aku suka gak rutin sebab aku nak buat benda lain lak... hahaa


sepa,
tak pe, ko try dulu ... aku tgkkan je.. ada brani?
hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com