Tuesday, February 5, 2013

Percepatkan PRU13 untuk kemakmuran rakyat...

.

Lebih lama PRU13 ditangguhkan, lebih banyaklah usaha kerajaan melabur duit.

Aku rasa kalaulah PRU13 dimansuhkan, terus kepada PRU14 (yakni 4 tahun lagi), mau bankrap Malaysia.

Memanglah kalau kerajaan tabur duit pun akhirnya nanti sedikit peratusan akan kembali sebagai cukai, selain daripada memastikan roda ekonomi domestik terus berputar ligat tetapi bukankah elok jika ditaburkan duit tersebut dalam bidang-bidang yang strategik, contohnya memastikan pelabur (syarikat-syarikat tempatan mahu pun multi-national corporations) yang ada sekarang dapat terus bertahan untuk beroperasi selain daripada memikat pelabur asing untuk terus datang ke Malaysia? .... (wuihh... panjangnya ayat majmuk ni)


Mungkin mereka yang berada di sektor awam tidak menyedarinya, mereka yang berada di sektor swasta dapat merasai bahawa telah banyak syarikat-syarikat tempatan ditelan oleh gergasi asing atau berlaku penggabungan syarikat (M&A - merger & acquisition). Memanglah M&A itu menunjukkan perniagaan sedang rancak dan dinamik tetapi sedia maklum bahawa setelah syarikat mengambil alih satu syarikat lain dengan puluhan juta ringgit, menjadi keutamaan pengurusan baru yang mengambil alih akan cuba sedaya upaya 'mengembalikan' pelaburan yang dilakukan dan membawa syarikat itu ke aras yang lebih baik.


Kesilapan yang sering berlaku ialah apabila fokus mereka hanyalah kepada P&L (profit & loss) tetapi tidak kepada kesejahteraan jangka panjang (long term benefits). Contohnya, memotong perbelanjaan dan memberhentikan projek-projek yang sedang berjalan kononnya untuk dinilai semula sedangkan niatnya hanyalah untuk memindahkan pembiayaan projek tersebut ke tahun kewangan berikutnya (deferment). Memotong perbelanjaan itu ada bermacam jenis. Contoh yang bagus ialah mengawal penggunaan elektrik dengan pelbagai usaha seperti mematikan lampu ketika rehat, pendingin hawa hanya dihidupkan selepas jam 9am atau melakukan operasi pada waktu malam kerana tarif yang lebih murah. Contoh yang kurang bagus ialah menukar spesifikasi atau standard pembangunan kepada yang lebih rendah agar lebih murah dan menggugurkan beberapa projek dengan tujuan mengurangi pendedahan kepada risiko pelaburan (risk exposure).


Dan kesilapan yang lebih besar ialah mengurangi pekerja syarikat. Mereka yang tidak percaya kepada human capital akan menyenaraikan tahun perkhidmatan dan akan melakarkan satu garisan pemisah. Mana yang di bawah akan digugurkan (LIFO - last in first out). Mungkin takrif human capital mereka ialah mereka yang berkhidmat lama semestinya mempunyai pengetahuan lebih (retained knowledge). Ini hanya benar jika organisasi itu mempunyai khazanah ilmu (organizational knowledge) yang telah terkunci dalam proses, pembuatan, budaya, rutin, lambang atau struktur organisasi (Horvath 2000, Gamble & Blackwell 2001) digelar embedded knowledge dan  ilmu yang tersimpan dalam bentuk pengalaman bekerja yang digelar tacit knowledge atau embodied knowledge (Brown & Duguid 1998).
 
Jikalau syarikat itu telah mempunyai asas yang kukuh dan stabil, tindakan di atas itu mungkin berkesan. Tetapi jika asas syarikat masih belum kukuh, budaya pun masih belum cukup ampuh dan betul, tindakan membuang pekerja yang baharu akan menjadikan syarikat itu jumud. Syarikat tidak akan mendapat cara dan idea yang baharu.


Err.... err....  oleh itu, eloklah dipercepatkan  PRU13.

Janganlah ditunggu selepas Chap Goh Mei.
Tak perlu cucuk PM, sendiri mau faham.







.

19 comments:

kucingorengemok said...

soalan lazim- ini blog entri ke, kertas kerja untuk persidangan?

penjimatan kat ofis aku adalah sorang cuma boleh dapat 1 set (bukan kotak) staples baru bila yang lama dah habis... kelakar tak?

tasekM said...

selepas atau sebelum chap goh mei pun ko tetap tak mengundi, kan..?

:D



.

Lady Windsor said...

kalo ko nak cepat, aku kalau boleh lagi nak cepat dari ko..selagi tak PRU, selagi tu lah kilang kertas tempat aku keje tak boleh shutdown, selagi tulah kami yg keje kat kilang tu tak boleh cuti walaupun ada antara kami belum layak mengundi...

Lola Momon said...

Janji dicapati....hidup abg jip.....

amn said...

cost reduction.aku setuju, sekali PRU banyak juga yg keluar.tapi kalau dicadangkan di parlimen 10 sekali PRU, mau terpelanting kerusidewan ke speaker dewan...yg memerintah suka, tapi yang tnggu turn...?

aku dulu terlibat secara langsung pasal jaga facilities,setiaappukul6 petang tukat chiller setting 7 deg C untuk jimat kW,pukul 8 pagi 5 deg C,Cooling Tower s/d $ unit malm dan on pagi, jimat.

amn said...
This comment has been removed by the author.
Nizam.Ariff said...

KOG,
Ini luahan hari seorang rakyat je bila tengok berita banyak duit ditabur...
Dawai kokot tu cuma perlambangan je. Kalau dah sikit dawai kokot yang dia bagi, seidkit jugalah kertas yang akan digunakan... sedikit kertas diguna, sedikit jugalah printer / fotokopi yang diguna... hahaha




TM,
Mana ko tau nih?
Hahaha....



LW,
kilang jalan duit masyukkk...
nanti lepas PRU13 dapatlah bonus seorang sedikit...



Lola Momon,
capati pun aku belum merasa...



Azani,
cost reduction terbaru ialah guna LED untuk pejabat. Walau initial investment tersangatlah mahal tapi dalam setahun dua dah dapat mengatasi lampu konvensional....

sepa said...

masih belum diumumkan lagi ke tarikh pru13.?! aku ingatkan depa nak buat lepas raya cina...!!!

eh. ko nak bila.?!

aku rasa, baik layan openhouse raya cina dulu... mungkin depa ada bagi angpaw.!

pastuh baru pikiaq.!

.



kucingorengemok said...

ps: aku tak bagitau tas tau!

LydSunshine said...

Penjelasan pasal penjimatan kos tu kemain lagi panjang. Aku bila masuk bab syarikat-syarikat tu aku dah lost terus sebab tak paham dgn terms yang digunapakai teww.

Tapi aku setuju PRU13 dipercepatkan. Sebab aku bosan dengan provokasi daripada 2-2 belah pihak. Masing2 takmo kalah memburukkan pihak lawan.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
aku tak kisahlah bila nak PRU13 tu.. aku tak ngundi.. hahhaa



KOG,
Hah?! bagi tau pasal apa?

Nizam.Ariff said...

LyDS,
aku pun.... dah rimas dgr provokasi politik ni.. semua yang dia buat dah macam tak de keikhlasan, dan memburuk2kan lawan...

Inilah contoh oranbg2 yang mahukan kuasa, tak kira cara busuk macam mana sekali pun.... kalau inilah peribadi mereka, patutkah mereka jadi pemimpin kita?

Tak layak langsung. tu sebab aku tak nak megundi... dia orang tak layak jadi pemimpin aku...

secangkir madu merah said...

Keluarlah mengundi di hari mengundi nanti.. Undian anda akan menentukan kerajaan yg dipilih. Maaf aku tak gi mengundi, daripada rosak undi adalah lebih baik klu aku tidak membuang masa dan kertas undi..

Nizam.Ariff said...

SMM,
malas kak...
dia main kotor, macam tak ikhlas je nak jadi pemimpin... rebut kuasa...

Ellie Mariana Abdullah said...

aku pernah dapat sms yang berbunyi antara BN & PR siapa yg lebih anda percayai.

Aku kata , sapa pun aku tak percaya.

Harap2 cepat la mengundi. Bosan aku dengan fitnah dan provokasi.

Bukan aku buta, kebulur sgt duit brem-berem tu.

Sebagai warganegara, aku minta baiki infrastruktur awam. Baiki jalan, baiki bangunan rosak, pasang lampu awam mana2 tempat yang patut pasang.

susah sangat ka? takat nak bagi gula kopi,kain batik aku rasa zaman tu dah terkebelakang sgt.

Kniedaz said...

Nizam ngan KOG satu opis ka???
Soalan lari topik ni

Daddy Ziyyad said...

Saya dah lama kritikal tentang pembaziran WANG RAKYAT ni, terutama gula gula pre-PRU ni....habis sampai ke pembelian telefon pun nak di beri...kejadah apanya ini?

Kesuma Angsana said...

KA pun x sabar2 nak mengundi ni lagi cepat lagi bagus hehehe

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
SETUJUUUUUUUU......!!!!!!!!!!



Kniedaz,
Tak sama opis...
tak pernah jumpa
tak pernah call...
hahaha.... semuanya main tulis di alam siber...




Daddy Ziyyad,
Memang sungguh jenis jadah apa ntah.. bagi anak muda telefon bimbit... lepas tu mintak top up kat mak bapak...



KA,
lagi cepat PRU lagi jimat...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com