Monday, February 4, 2013

Rokam...

.

Mungkin tak ramai yang pernah dengar tentang buah rokam.

Ianya sejenis 'plum' yang masam. Setakat ini, aku belum pernah rasa rokam yang manis. Bentuknya bulat seperti buah ceri. Warnanya ketika muda ialah putih kehijauan dan akan beransur-ansur pink... kemudian merah terang... kemudian merah hati... kemudian merah gelap atau hampir-hampir hitam.


Disajikan ketika 'retreat' hari tu, rasa masamnya mungkin untuk menyegarkan mata-mata kami yang melayu...

Semasa aku kecil dulu, di kebun Kak Besah adan 2 batang rokam. Kami secara kolektifnya dan berjamaahnya telah meminta izin 'kalau pokok rokam tu berbuah, kami nak makan buahnya'... dan permintaan itu kekal selama 999 tahun lamanya.

Aku geram dengan warna dan jambak rokam itu. tak padan dengan rasa masamnya. Walau pun penuh berjus (juicy), rasa masamnya masih belum dapat mengatasi kegeraman aku kepada warna merah dan hitam itu. Orang kata kalau rokam sudah berwarna merah kehitaman, rasa masamnya berkurang. Jadi, rokam ranum yang berwarna merah kehitaman biasanya dah tak ada.

Selain dimakan dengan mencicahnya dengan sedikit garam atau gula, aku dan kawan-kawan ada juga pernah buat jeruk rokam. Biasanya kami gunakan rokam yang masih berwarna merah jambu (pink) kerana ia masih keras dan berisi pejal.... tetapi masam.

Jeruk rokam dibuat dengan merenih buah rokam muda beberapa minit di dalam air panas. Kemudian, sediakan air gula batu dan sedikit garam di dalam balang kaca. Kemudian masukkan buah rokam tadi ke dalam balang. Biarkan lebih kurang 3-4 hari sebelum mencubanya.

Sekarang ini, rokam payah dicari. Atau mungkin aku yang dah malas nak masuk kebun orang, terutamanya kebun Kak Besah (yang dikatakan ada orang pernah terserempak dengan harimau jadian yang tempang sebelah kakinya)...







.

16 comments:

Kniedaz said...

Pernah dengar nama tempat Sungai Rokam je kat Ipoh..buah rokam tak pernah lagi tengok..huhu

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
sekarang ni pokoknya pun aku tak mandang....

tasekM said...

aku tak pernah makan gamaknya nih....

shu said...

sedap! kcik2 dlu suka mkn..

Lola Momon said...

Buah apo tu.....mcm susah btl di dapati

sepa said...

ko tanak tanam.?!

CiKPuaNLawA said...

masam.... perut kecut..

LydSunshine said...

Tak kenal buah ni. Mcm sedap je kalo buat jeruk.

fifie said...

Pernah makan dekat rumah banyak tapi tu dulu sekarang dah pupus dah.

Nizam.Ariff said...

TM,
Rokam? Takkan tak pernah...



Shu,
Sedap???
Masam la...


Lola Momon,
Haah... sukar didapati. Mungkin namanya Ceri Malaysia kut... hahaha


sepa,
pokoknya boleh membersar. Kalau kecik2 je aku dah tanam dah... hahaha



CPL,
boleh kuruskan badan tak?
ke... gastrik je nanti...?



LyDS,
kalau jadi buatnya, memng sedap...


Fifie,
macam mana boleh pupus? kena tebang pokoknya la tu...

kucingorengemok said...

aku bayangkan kak besah tu orangnya gemok

Nizam.Ariff said...

KOG,
tak gemuk tapi gempal...
lebih kurang ek? hahaha

Lady Windsor said...

sungai rokam kat ipoh tu aku tau le..

Nizam.Ariff said...

LW,
aku pun tau... tapi tak tau kat mana... hahaa

Aya Yus said...

rasanya ni buah ceri malaysia tu kot.. tk pernh dgr lak rokam. kalu ceri malaysia, daun dia halus-halus dan panjang2. pokok rokam camner?

Nizam.Ariff said...

Aya Yus,
pokok rokam ni besar... boleh dipanjat... daunnya macam pokok mata kucing tapi lebih lembut.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com