Thursday, February 7, 2013

Sayur-sayur tanpa racun serangga...

.

Taman sekebun sayur. Beberapa entri yang lepas-lepas, aku ada bercerita tentang sayur-sayur yang bebas racun serangga. Dan yang pentingnya, sayur-sayur ini boleh ditanam di tempat yang comel kenot, asalkan ada cahaya matahari yang cukup.

Sebenarnya, aku tertarik dengan Blog Ini: Aku Di Fiji Islands. Kegigihannya dan minatnya terhadap kebun kecil telah turut menjangkit pada aku.

Dan ini diantaranya yang sudah boleh dituai di rumah aku:


Kangkung. Walau pun baru 2 jengkal tingginya, ia sudah boleh dituai dan biarkan bertunas lain.


Keledek sayur. Keledek ini tak ada ubinya dan ia cepat membiak.



Sayur-sayur lain yang masih kena tunggu beberapa minggu lagi agar benar-benar mampu bertunas selepas dituai ialah Cekor Manis (hanya 3/10 batang yang berjaya bertunas) dan  Pucuk Ubi (ada 10 pucuk yang tumbuh).     

Baru-baru ini aku ada pergi ke jalan Sg. Buloh membeli pokok bunga. Tiba-tiba aku ternampak beberapa perdu pokok Paku Pakis jenis yang pucuknya boleh disayurkan itu. Di luar pagar 'nursery' bunga itu. Aku katakan aku nak pokok itu sekali, dia kata pokok itu tak dijual. Aku suruh dia cabut 2 perdu dan aku bawa pulang.

Mama kata kalau setakat 2 batang, sekali 'ngap' sahaja sudah habis. Jadi, aku tukar pelan. Paku Pakis itu aku akan suburkan menjadi tanaman hiasan dulu. Tengoklah setahun dua lagi apabila ia sudah membiak, selain cukup nisabnya untuk disayurkan, bolehlah aku main nyorok-nyorok ala-ala komando di bawah rendang daunnya ...






.

19 comments:

kucingorengemok said...

ko tak muat kot bawah paku pakis, hahaha... ada hati!

Nizam.Ariff said...

KOG,
Alaaa.... merangkak la... boleh buat. Dulu masa kecik-kecik boleh je...

shu said...

bestnya mkn ulam fresh..sy ni dh bsar bru cuba2 nk mkn sayur..hehe..

Nizam.Ariff said...

shu,
Baru nak makan?
Makan ulam-ulaman bagus untuk kesihatan, pesanan dari Kementerian Kesihatan... hahaha

tasekM said...

kakaka.... kan KOG kan? mana muat!

:P



.

kucingorengemok said...

ye (merujuk pada komen pada shu), tengok tim-balan men-teri depa, sihat! banyak makan ulam tu ;)

kucingorengemok said...

tas, bawah daun keladi yang besor payung tu mungkin la kaaan... mungkin!

Nizam.Ariff said...

TM,
Ko tak caya ek? Tunggu, satu hari nanti aku tunjukkan...


KOG,
Pokok Paku Pakis tu besar la..., daunnya je dekat sedepa, dia punya batangnya pun dekat sekaki tinggi... tapi keladi besar tu pun ok gak kan? Nanti aku nak cari la kat kampung... hehehe

amn said...

rasanya nak merangkak tak kira tinngi rendah pipih gemok segala


teknik mau tepat...macam masuk dandang...tak semua mulutnya luas...kisahnya ada yang sekeping dari aku, sengkak tak lepas, manusia ni memeri...
ehh

jap jap, zam ko merangkak tinggi ke merangkak nyusur ?

Nizam.Ariff said...

Azani,
kalau nak mengendap orang mandi kena menyusur senyap-senyap sambil bawak twisties dan air kotak, nanti lapar... keh keh keh

Kniedaz said...

keledek tu kira untuk disayur daunnya la ye? Cekur manis ka? wah sedap tu..susah nak jumpa di Penang...blog UmmuAidan di Fiji tu memang seronok dibaca..suka juga tengok kebunnya..

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
keledek tu memang gemuk kat daun je... nampak macam keras tetapi bila disayur lembut sebenarnya... aku pun suka tengok Ummuaidan tu tanam-tanam... menjadiiii jee..

Daddy Ziyyad said...

keledek sayur tu pun bangsa senang jaga macam kangkung kan? tanah rumah saya penuh dgn pokok sayur lalang..sedap buat lalang goreng belacan...;)

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Ya, betul tu. Senang subur macam kangkung. Malah lebih senang daripada kangkung. Akar lalang ada gunanya. Air rebusannya dikatakan diuretik... entahlah.

Lola Momon said...

Muat ke nak main nyorok2 ala komando tu...heheheee

Nizam.Ariff said...

Lola Momon,
Muat je.... golek2 je la... hahaha

Lady Windsor said...

Aku sakit hati, baru jer nak idup pokok limau purut (kira spesies pokok yg boleh dimakan le juga kan) tu adaqnoqaqqqaaqaannnn jer ulat bulu comel dua ekor datang makan daun..cemane nak buat tu supaya ia x ganggu pokok aku??

Nizam.Ariff said...

LW,
Samalah aku pun. Ada 2 jenis ulat bulu, satu hijau dan satu lagi warna macam tahi burung.

Aku jentik je ... hari2 aku periksa daunnya.

sepa said...

aku rasa tahun depan baru ko dapat makan paku pakis tu eh...!!!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com