Tuesday, February 19, 2013

Sebuah kampung, basikal buruk dan perajurit...

.

Ingin aku tatahkan di sini, sementara ianya masih segar dalam laci ingatan, picisan mimpi aku tentang sebuah kampung, basikal buruk dan perajurit. Aku dah katakan ini hanyalah sebuah mimpi, nanti jangan pula ada yang serasa terpedaya pula..

Ini hanyalah picisan, sedikit picisan daripada mimpi malam tadi, yang aku boleh tulis. Bahagian-bahagian lain agak melompat-lompat jalan ceritanya dan ada juga yang agak 18SX, ada juga yang aku tak boleh ingat. Namun, bahagian ini aku dapat ingat dengan jelas sekali, siap dengan dialognya... begini:



Aku masih di kampung itu, sebuah kampung yang seperti asing bagi aku tetapi ada beberapa elemen di situ yang memberikan petunjuk bahawa ianya adalah daerah kampung aku juga. Cuma, tanahnya bukan seperti tanah kampung aku yang bertanah liat. Tanah kampung itu lebih berpasir dan berbatu berbanding tanah liat. Aktiviti ekonomi juga tidak serasi dengan imej kampung aku kerana kampung aku adalah sawah bendang sedangkan di kampung itu lebih kepada kebun kelapa (bukan kelapa sawit) dan dusun. Kampung aku pula adalah tanah lot bendang manakala kampung itu tidak tersusun dan lebih kepada lot pusaka.


Aku singgah di kampung itu dalam perjalanan yang aku tak pasti dari mana dan mahu ke mana, mungkin jawapannya ada dalam awal-awal mimpi tadi. Aku singgah di situ kerana hari itu ialah hari Jumaat. Aku menaiki motorsikal berkuasa rendah meredah jalan kampung yang selebar sehasta dan tiada berturap. Ianya hanyalah jalan tanah mampat dan berpasir. Aku mencari-cari masjid di kampung itu untuk singgah bersolat Jumaat.


Akhirnya aku terlihat budak-budak muda dan orang tua kampung menaiki basikal dan motorsikal dengan berkopiah atau bersongkok dan berkain. Itu petunjuknya. Aku ikut mereka dan akhirnya sampailah aku ke satu masjid tua satu tingkat yang dibina dengan batu-bata separuh dan papan separuh. Masjid itu kecil, boleh memuatkan lebih kurang 100 jamaah sahaja.

Sesampai di perkarangan masjid kecil dan tua itu, aku lihat perkarangan berpasirnya dipenuhi rumput-rumput dan disulami pokok-pokok kelapa tua dan beberapa batang pokok mempelam. Masjid itu seperti tidak terurus. Tidak jauh di belakang masjid tua itu kelihatan bercacak-cacak batu nesan tua. Perkarangan masjid tua itu juga dipenuhi  basikal-basikal tua dan motorsikal tua. Ada beberapa basikal tua yang aku berminat sungguh hingga aku belek-belek basikal itu sebelum aku masuk ke masjid.

Zohor belum masuk lagi. Selepas berwudhuk, aku masuk ke dalam masjid itu dan aku dirikan tahiyyatul masjid, kemudian aku cari pojok kanan-belakang untuk duduk dan bersandar. Aku dagang menumpang lalu, biarlah aku duduk di belakang sahaja. Manakala di saf-saf hadapan, aku lihat ada 20-30 anak-anak muda berpakaian komando yang lengkap kecuali tanpa beret mereka. Dengan baju celorang-celoreng, mereka kelihatan amat tegas dan berani. Ada diantara mereka yang lebih senior yang aku kira itu mungkin ketua atau pun jurulatih mereka, manakala mereka semua adalah para rekruit muda yang dalam perjalanan (berjalan kaki).


Kemudian aku terdengar sayup-sayup azan dikumandangkan tanpa corong pembesar suara. Aku pisat-pisatkan mata, aku lelap sebentar. Azan itu dilaungkan oleh salah seorang rekruit komando itu. Aku lihat sekeliling, ruang utama masjid kecil itu masih kosong dengan orang kampung, sedangkan tadi ada banyak basikal dan motorsikal ada di luar. Aku hairan, kemanakah mereka semua?

Lebih kaget lagi apabila di sebelah aku ialah seorang wanita warga luar negara yang aku pernah jumpa di dalam awal-awal mimpi (tempat mimpi dan tajuk mimpi berlainan). Cuma, tadi wanita Inggeris itu hanyalah berseluar jeans dan memakai baju tanpa lengan yang nipis. Sekarang ini, wanita Inggeris itu bertudung-selendang dan menyarungkan Cardigan hitam-kelabu yang menutupi lengan hingga ke tapak tangan.

Aku bertanya kepada wanita Inggeris itu, apa yang dia buat di masjid itu. Dia kata, dalam bahasanya yang aku faham, dia mahu turut bersolat Jumaat. Aku mahu bertanya sama ada dia islam atau tidak tetapi aku batalkan hasrat itu kerana takut aku dianggap prejudis.


Sehinggalah khutbah habis dibacakan, ruang solat masih agak kosong. Selain daripada kami (termasuk para rekruit komando) hanya ada beberapa orang tua dan budak yang duduk bersila di dalam. Kemanakah yang lainya? Aku bangun, wanita Inggeris itu juga bangun. Aku fikir oleh kerana itu pertemuan kami yang kedua dalam mimpi, kami sudah jadi 'geng'.

Aku pergi ke pintu masjid dan aku dapati orang-orang kampung ramai sedang berdiri dan berbual di luar, sambil duduk-duduk di atas motorsikal dan basikal, juga ada yang mencangkung di bawah pokok kelapa dan mempelam. Kenapa mereka tidak masuk sedangkan solat sudah mahu dimulakan?

Kemudian aku lihat para rekruit komando sudah bangun dan sedang meluruskan syaf. Aku terus mendapatkan mereka mahu bersolat tetapi aku lihat jamaahnya tidak cukup untuk bersolat Jumaat. Tidak lama kemudian, seperti ada pergeseran kecil (commotion) di ruang solat itu diantara para rekruit itu juga diantara para rekruit dengan beberapa wakil orang kampung.


Aku dan wanita Inggeris itu mendekati mereka. Sebelum sempat aku bertanya, salah seorang dari rekruit komando itu cakap mereka semua bersolat Zohor sahaja. Wanita Inggeris itu tidak faham lalu mencuit-cuit bahu aku sambil angkat-angkatkan dagunya. Aku katakan, mereka semua bersolat Zohor sahaja kerana tak cukup makmum untuk solat Jumaat. Kemudian para rekruit itu pun bersolat zuhur, dengan bacaan yang senyap. Kami pun adalah musafir, jadi aku tidak mahu masuk campur dengan hal yang berlaku. Lalu aku mengajak wanita itu ke belakang lalu bersolat jamak sahaja - solat asing-asing, malah aku tak perasan sama ada wanita Inggeris itu bersolat atau tidak.

Sebaik usai solat jamak dan qasar sekali, aku keluar masjid. Aku dapati orang-orang kampung masih berdiri menunggu di luar masjid, seolah-olah menunggu kami semua selesai bersolat... mereka tidak mahu bersama-sama kami. Aku tunggu seketika kerana mahu tahu kisah sebenar. Tidak lama kemudian, para rekruit komando pun keluar dan menyarungkan kasut boot masing-masing. Ketika itulah berlaku lagi pertikaman lidah di antara orang kampung dan para rekruit itu.

Aku cuit bahu salah seorang rekruit itu dan bertanya, apa yang berlaku sebenarnya sehingga orang-orang kampung tidak mahu sama-sama bersolat sehinggakan kami tak dapat bersolat Jumaat.

Rupa-rupanya, isi khutbah yang dibacakan oleh wakil rekruit komando tadi menyentuh bab khurafat dan bidaah yang berselindung disebalik adat, termasuklah kisah puja-puja kubur lama kononnya untuk mendapat restu dan mustajab dalam berdoa. Khutbah itu telah menyinggung perasaan orang-orang kampung, menyebabkan mereka memulaukan solat kami tadi. 


Kemudian aku cuba mengingatkan kembali isi khutbah tadi... aku tak ingat! Aku pelik, kenapa aku boleh tak ingat isi khutbah tadi? Ohhh...! Aku tertidur di sepanjang khutbah... so typical!





[ada sambungan sikit lagi sebelum aku terjaga tetapi itu tidak penting. Ianya tentang aku melalui kawasan kampung dan titian yang banyak telah terhakis oleh tanah dek hujan lebat akhir-akhir ini. Banyak tanah mendap dan beting yang rebak. Ketika melalui rumah Wak Hud (arwah), titi kayunya hampir rebah dan aku tidak dapat lalu. Nasib baik  Wak Hud (arwah) datang bawa cangkul dan menambak titinya dan membantu aku lepasi halangan itu]



.

15 comments:

LydSunshine said...

Mimpi ko sungguh bermanfaat. Siap mimpi khutbah jumaat. Ko kata ko tak ingat isinya tapi cemana ko bleh tau khutbah tu berkenaan dgn bidaah dan khurafat?

Kniedaz said...

dia tau sebab rekrut tu bagitau rasanya khutbah tu pasal bidaah dan khurafat...

Umm AA said...

hmmm pelik jgk mimpi nie...

Su @ Aya said...

Pertemuan dlm mimpi yg berbeza pun, boleh jd 'geng' tu... hebat ah..

Anonymous said...

KA pulak takut kalau bab2 mimpi ni !

secangkir madu merah said...

Lain kali nak tido basuh kaki.. asal tido je mimpi, asal mimpi je tido..

secangkir madu merah said...

Lain kali nak tido basuh kaki.. asal tido je mimpi, asal mimpi je tido..

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Seperti kata Kniedaz tu, aku tanya komando tu... tapi dia tak cakap sangat pun, dalam mimpi bila tanya jawapan tu datang sendiri macam ada telekinetik... ye la, jawapan tu pun datang dari sudut otak yang sama...



Kniedaz,
haah, betul tu.


Ummuaidan,
mimpi ni tak ada maksud tersirat apa-apa, cuma mimpi mainan tidur je...


Aya Yus,
hahaha... pelik tapi itulah mimpi, sebab aku rasa mimpi aku tu panjang... cuma aku tulis yang bab itu je...



KA,
Alaaa... bukan ada Freddy Krueger pun kat mimpi orang Melayu... hahaha


SMM,
Dah basuh dan masih ada wudhuk Isya'...

Dah nak mimpi, dia mimpi gak ... hahaha

tasekM said...

asyik penat2 je ko nih...



.

tasekM said...

mimpi penat2 maksud aku.

apa je la jari aku nih.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
jari ko kenapa?
saraf masih short circuit lagi ek?
Pi la jumpa doktor....

sepa said...

dari cerita nko, tempat itu mungkin :

Manong, Perak.

dari cerita nko, awek omputeh tuh, mungkin :

Jennifer Lawrence.


.
*sambung balik mimpi ko... sbb ada awek cun.! :p

Nizam.Ariff said...

sepa,
eh.. aku rasa macam kat daerah Kampar atau Temoh je... sebab kawasan tu berpasir.. macam bekas2 lombong...

kisah mimpi aku dgn awek minah salleh tu biarkanlah aku simpan sahaja ek.. hahhaa

Unknown said...

ermm...panjang sungguh mimpinya..boleh pulak buat geng setelah bersambung-sambung..

#agak2 minah salleh tu ada iras2 megam fox tak? LoLs..

Nizam.Ariff said...

cik kaki ketawe,
ada gaya2 Lady Diana.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com