Saturday, February 16, 2013

Sebuah kotak teh hijau dan sebiji kepala

.

Aku letak beg galas di atas kerusi boleh pusing2.
Aku buka zip beg galas itu, aku keluarkan 4 benda: laptop charger, USB broadband, laptop dan pas pekerja.
Kesemuanya aku letak di atas meja berbentuk L, satu persatu.
Laptop pula aku letakkan di atas platform khas yang berkipas tiga dan aku tekan punat 'ON'.
Sementara menunggu laptop sedia, aku buka laci dan keluarkan tali leher.
Aku kalungkan tali leher dan kemaskan dengan melihat biasan pada skrin laptop.
Kalau aku terlambat buat dan skrin laptop telah menjadi biru, aku berpaling kepada kaca kubikel.
Kalau laptop sudah sedia, aku masukkan kata kunci untuk masuk ke dalam Windows.
Kalau belum, aku akan kalungkan pass pekerja kilang pada leher.
Kemudian, aku silangkan tali leher dengan tali pas pekerja kilang (lanyard) agar pas itu tertutupkan tali leher.
Ya, aku elusif. Aku tak nak orang kenal. Biarlah aku kekal seorang pekerja kilang yang bukan siapa-siapa.
Ketika laptop sedang memasuki windows, aku akan capai gelas...
Kesemua ini aku buat dalam keadaan berdiri, aku belum duduk lagi.
Kerana beg galas aku masih ada di atas kerusi.
Aku ambil dan letakkan beg galas di atas meja sisi di belakang kerusi boleh pusing.
Tapi aku tak duduk juga....

Aku akan berjalan ke pantri untuk ambil segelas air panas.
Semasa berjalan pulang ke kubikel, aku akan sapa siapa-siapa yang telah hadir... "hai.. salam... good mourning..!'
Sesampai ke kubikel, biasanya laptop sudah sedia untuk diperapa-apakan.
Aku akan cucuk broadband, tunggu sebentar dan aku aktifkannya.
Apabila telah aktif, aku akan buka dua perkara ini: Blog AkuYangAkut melalui Firefox dan MS Office Outlook.
Kemudian aku duduk...

Lihat. Aku lakukannya mengikut tertib seperti itu selama bertahun-tahun. Rutin yang kalau aku tengah berangan-angan pun tangan dan badan aku masih boleh berjalan melakukan kerja itu. Itulah rutin.

Setelah itu, aku buka semula laci dan aku keluarkan ini:





Oleh kerana stok sudah habis, aku beli stok baru. Masih berbalut plastik.
Aku cuba koyakkan plastik menggunakan jari sahaja tetapi gagal. Plastik itu kukuh sangat.
Aku pelik kenapa plastik itu terlalu kukuh sedangkan nak balut kotak teh saja pun.
Aku cuba cucuk menggunakan pen, gagal.
Aku cuba cucuk menggunakan sudu plastik, juga gagal.
Kena guna pisau juga nampaknya.
Pisau...?

Baru aku perasan, tiada pisau di pejabat aku. Kenapa aku tiada pisau?
Adakah aku fikir pejabat aku ini adalah tempat yang selamat?
Selamatkah sangat pejabat aku tanpa ada adegan cucuk mencucuk
dan aku tak perlu mempertahankan diri aku dengan sebilah pisau?
Sampai bilakah pejabat aku ini akan selamat?
Sampai bila?
Sampai bila?

Persoalan itu terus mengiang-ngiang dalam kotak kepala aku.
Persoalan yang terapung keluar dari kotak teh lalu masuk ke kotak kepala aku.
Aku rasa sudah sampai masanya aku sediakan pisau.
Bukan untuk menyerang tetapi untuk bertahan.




.

15 comments:

tasekM said...

teringat aku dekat kawan aku masa study dulu.
kitorg balik kampung.
dlm beg baju dia ada pistol mainan.

nk buat apa aku tanya.
buat pertahankan diri kata dia.

ok.
aku terima.
mana org tau pistol tu betul ke tidak, kan..?

yg aku aku tak tahan.
bila aku tekan picu.
pistol tu berbunyi wiungggg wiungggg wiunggg...

kah2.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Hahaha,....
elok la tu... siap pistol dan bunyi siren kereta polis lagi....

ASH said...

Pekerja kilang pakai TIE..
.
.
.
.
.
FuYOOOOOO...!!!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
mutu,gaya, keunggulan... katanya... keh keh keh

Daddy Ziyyad said...

hahahahah...gelak aku baca cerita Tas..

ko minum green tea...bagus utk metabolisme...

aku dah lama tak pakai tie..yelah, nakgi noreh aja pun...

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Orang lain menoreh keluar susu,
ko toreh keluar darah... hahahaha

Granny Hani said...

agaknya kerana akak sedang mengantuk, pertama kali baca tajuk tadi ingatkan 'Sebuah kotak teh hijau dan sebiji kelapa'..heran jugak, resipi baru ke hapa ni...hehehe

sepa said...

tertib sungguh eh... terpegun aku.!

*nak tanya. kalau ko terasa nak terkencin atau nak terberak, macam mana pulak.! bulih tak tertib tuh diubah.


satu lagi...

*aku tak paham. kenapa nak mempertahankan diri, ko guna pisau.?! sepatutnya ko guna baju besi, dan ada perisai dan excalibur...
pisau depa guna lebihlebih pun untuk sembelih tin. tin sardin.

.

Kniedaz said...

Bagus rutin ko ni...tapi kalau dah bertahun...xperlu tgk biasan bayang dlm laptop utk pakai tie...pejam mata pun jadi..kihkihkih...takyah guna pisau..guna gunting je

gadisBunga™ said...

susah la nak potong buah kalo xde pisau!

Ellie Mariana Abdullah said...

Barangkali sudah tiada tempat yang boleh dijamin 100 persen ttg keselamatannya. Rumah buruk mak aku pun dipecah masuk malam tadi.

Aku rasa mcm dah komeen entri ni semalam.heh.

Nizam.Ariff said...

Granny Hani,
Eh.. kalau buat kek teh hijau lepas tu taruk grated coconut sedap gak kut? resepi baru tu..... hahaha



Sepa,
berak pun ada tertibnya. Nak aku cerita?
Mula-mula kena ada rengsa secukupnya.
bila dan ada rengsa, baru bukak seluar.... dan seterusnya.... hahaha


kniedaz,
gunting pun tak ada.... hahaha


GB,
Ya... ya...
kena ada pisau gak.
Kalau tak, buat stail aku... kokak je lepas tu pas kat Mama, kokak lagi pas kat Ariff. Kokak kali ke 3 baru aku kunyah... aku makan buah epal macam tu la.. sebab kalau hiris epal dengan pisau nanti rasa tak sedap (kata Mama)... hahaha


Waterlily,
Orang sekarang tak kira.
Main masuk je lepas tu baru tengok apa barang ada...

amn said...

lighter ada tak?

teringat masa aku kadet dulu, buka tin sardin pakai sudu...garit garit pada tin sambil tekan, bila dah temuk sikit barulah mudah menggergaji tin

amn said...

err talileher kau patent stripe, plain atau batik?

Nizam.Ariff said...

Azani,
ada..! ada lighter! pesalla aku tak teringat nak guna api je... hahaha

tali leher aku ada garis-garis... garis pemisah antara aku dan mereka. aku tak ada tali leher kaler biru atau merah atau hijau... tak ada dacing atau bulan atau roket atau mata setan.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com