Monday, February 18, 2013

Tafsir buih pada teh tarik atau kopi tarik...

.

Ianya satu seni melihat buih-buih yang terapung di dalam cawan teh tarik atau kopi tarik. Dikatakan bahawa orientasi dan saiz buih-buih itu dapat menggambarkan apa yang dirasakan oleh bakal peminumnya.


Segelas Kopi Tarik pesanan jejaka macho

Buih-buih di dalam Kopi Tarik itu mempunyai pelbagai saiz dan ketinggiian. Ianya memenuhi segenap ruang permukaan hingga seperti mahu memanjat keluar. Ia menunjukkan keperibadian peminum yang lengkap dan mempunyai cita-cita yang tinggi pada hari itu. Ia mempunyai wawasan yang kekal objektif dan mampu menangani segala masalah dengan tenang tetapi cekal dan konsisten.



Segelas Teh Tarik pesanan gadis si cantik cute muah-muah-muahsss...

Buih-buih di dalam Teh Tarik itu berat ke satu sisi sahaja, ada lopongan di permukaan itu dan tidak tertutup penuh. Ia menggambarkan yang si peminum itu cenderung kepada satu sudut pada kala itu. Kecenderungan itu lebih mengarah kepada kesejahteraan dan keharmonian jiwa malah sanggup mengorbankan sedikit kesenangan duniawi. Namun begitu harapannya untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan diakhirat adalah lebih besar daripada segala-galanya kerana sanggup membelakangi kehendak yang lain.

Itulah serba sedikit ilmu bertajuk "Membaca Buih-Buih di dalam Segelas Kopi Tarik dan Teh Tarik".





PoraaaaaaahhhHHHH!!!

Semua itu karut wa marut! Jangan percaya dengan tilikan... HARAM!

Cerita sebenarnya, Kopi Tarik tu aku minta kurang manis tapi dia bancuh manis berdengung! Sudahlah pekat berdenting, silap-silap susu pun setengah tin dimasukkannya. Itu yang berbuih-buih... Dan Teh tarik pula tak cukup sifat! Teh nya kurang, susu pun kurang... buih pun tak nak timbul.

Aku syak orang yang ambil pesanan tu tersalah dengar. Tak apa, itulah rezeki aku pada pagi itu...




.

23 comments:

Anonymous said...

pekerja yang ambik order tu baru turun kapal kot, kepala biol lagi dengan suasana kat malaysia. tu yang ke laut kau punya kopi & teh!

Nizam.Ariff said...

SM,
Hahahaa... teori ko amat bagus...
Aku rasa pun begitu kut.. restoran 24 jam... pekerja tak sempat nak tidur.. .wenggg je pagi2 tu...

Yunus Badawi said...

Org yg buat tu baru belajar kot .....

Nizam.Ariff said...

YB,
entah.. aku tak kenal sebab aku pun baru kali ke-2 minum di situ...

Kniedaz said...

kalau saya mintak segelas ais..kopi yang manis tu ble jadi kopi ais..teh tu bagus untuk kesihatan kalau macam tu gayanya hehehe

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
lebih bagus kalau minta air suam je... hahhaha

tasekM said...

sikit punya lama aku tak minum yg tarik2 nih.
aku minum limau suam tanpa gula je.


.

Unknown said...

hahaha dgn teh tarik pun ade krisis ke? :D

Su @ Aya said...

macam air basuh gelas... hahaha..

Dr K said...

Manis- berdengung.
Pekat - berdenting.

hahaha...rasa macam belajar BM.

aku amat amat jarang minum kopi susu...kalau kopi, kegemaran aku, kopi O sahaja...hahaha

Nizam.Ariff said...

TM,
Tak nipis ke perut tu nanti?


Hanida,
Takde... krisi dengan orang yang tukang ambik order tu, dia tak nak tulis dengan jelas... hahaha


Aya Yus,
,... dah itu rezeki aku pada pagi itu.... ada hikmahnya, kurang sikit gulanya hahaha


Daddy Ziyyad,
Aku pun suka kopi O...
tapi pagi-pagi biasanya aku brani sikit ambik yang manis2 nih...

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

Kalaulah boleh meniti buih.... juga membayar buih.... menjadi semudah menghirupnya! Lo, opo boleh?

ckLah @xiiinam said...

Kalau dah kreatif tu...
Buih kopi pun jadi!

^-^

ckLah @xiiinam said...

Boleh buat judul naskah buku Nizam. Arif seterusnya ni...

LydSunshine said...

Buih kat teh tarik pun dia nak kaji en nizam ni. Hehe.

Nizam.Ariff said...

Temuk,
Kalau ada ilmu peramping diri atau meringankan diri, bolehlah meniti buaih dan terus lari tanpa bayar di kaunter... hahahaa



CKlah,
Hahaha...mana akak tau ni?
Kadang2 idea ada di depan mata, cuma kena tahu menceritakannya... hahaha

ASH said...

life goes on..
.
.
.
kopi tu ko tak buang kan?
.
.
.
tetap telannnnn...

aza ni said...

seronok sedut teh tarik berbuih...
srrrruuutt....sambil rasa buih pecah dibibir

sepa said...

mungkin teh / kopi tarik tuh jadi alkaline, itu pasal ada buih ar...

*ko tak rasa ko minum teh / kopi tarik ada sabun ker.?! hehehe...


.

Nizam.Ariff said...

Ash,
Tak.. aku minum je... tapi manisss...



azani,
masalahnya buihnya hanya di permukaan...



Sepa,
hoh! takde pulak rasa sabun... ko syak dia bilas tak bersih ek? hahahaha

SuzieLAWAti said...

kita tengah menikmati air teh halia ketika ini bersama seorang teman yang saya sangat selesa.. heheehhh...

Nizam.Ariff said...

CPL,
dah malammmm....
nanti ada yang ngikut balik rumah.. hohohoho

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com