Monday, February 25, 2013

The Birthday Boy...

.

Selamat Hari Lahir, anakku.
Semoga kamu mendapat yang terbaik di dunia dan di akhirat.


Ini kali yang kedua aku makan di Restoran Windmill, S. Alam. Kali pertama dulu aku buat pesanan course-by-course. Entah bila nak habis course tu. Perut dah kenyang. Kali kedua ini, aku cerdik sikit. Pilih yang kita nak makan sahaja. Kami bersepakat nak makan steak. Oleh kerana ada beberapa pilihan daging (dan aku tak pandai jenis-jenis daging), kami pilih satu jenis daging setiap kami. Aku pilih T-Bone, Ariff pilih entah apa namanya tapi semata-mata daging tanpa ada lemak dan Mama pilih Sirloin.

Rupa-rupanya pesanan itu datang dengan starter dinner bread+butter, salad cocktail, shark fin soup dan desert lagi. Sendat juga perut kami akhirnya...


Shark Fin Soup yang panas. Bila aku makan separuh, sup itu semakin panas sebab api masih membakar. Aku cuba tiup lilin tu tapi tak padam-padam, degil sungguh. Akhirnya aku panggil pelayan. Rupa-rupanya mangkuk itu boleh diangkat. Pelayan wanita itu pun tiup dan serahkan semula kepada aku.... mesti dia ingat aku ni mengada-ngada. Badan je besar tapi nak tiup lilin pun tak padam-padam... huhuhu






Oleh kerana aku bagi tahu pelayan itu yang anak aku sambut harijadinya, aku bertanya jika ada kek yang kecil-kecil atau cup cake atau muffin pun tak mengapa. Dia kata tak ada TAPI dia bagi banana split dan ice cream on the house. Banana split tu siap ada lilin sebatang... dan lagu pun berubah daripada westerners kepada lagu Happy Birthday To You. Aku hanya angkat tangan dan bagi thumb-up kepada mereka.


Aku ingatkan sudah rupa-rupanya sebelum kami bangun dari meja makan untuk keluar, mereka bagi hadiah lagi kepada Ariff. Sesampai di rumah, kami buka dan Ariff mendapat mug Windmill. Terima kasihlah kerana segalanya tidak dirancang oleh aku tetapi mereka masih cuba berikan sebaiknya untuk memberi senyuman kepada Ariff.





.

22 comments:

Dr K said...

hahahahha...pelayan tu mesti igt kau nak bermanja dengan dia..:P

aku tak pernah try makan kat Windmill ni...ada perasan kat dlm Jusco Bukit Tinggi tu...yg kat Shah Alam ni kat mana?

jeb said...

biasa pagi2 dah up entry..harini lambat sket..cemas jugak gua tadi..

Kniedaz said...

mesti ariff seronok makan di sana...awat tak nyanyi lagu besday pastu tiup lilin kat shark fin soup tu hehe

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Aku syak dia dah agak aku macam tu kut... Kat Shah Alam ni ada kat level 1 Plaza Masalam, seksyen 9... kat atas CIMB kalau tak silap.


Jeb,
HAHAHAHAA... Ko jangan nak macam-macam Jeb...


Kniedaz,
Ooo... petua nak tiup lilin kat sharkfin soup tu sampai padam kena nyanyi dulu ek.... HAHAHHA

Umm AA said...

Hepi besday ya ariff.. bestnya dady ariff belanja makan yg pelbagai tuh..siap ngan lilin lagi...

jeb said...

lupa nak ucap selamat hari jadi kepada ariff..selamat hari lahir..

Nizam.Ariff said...

Ummuaidan,
yang berlilin tu pihak restoran yang bagi FOC...aku tak nak berlilin2 ni, adat lain.. tapi dah kasi, takkan nak tolak, kan..?



Jeb,
Aku, bapaknya, mewakili beliau mengucapkan "terima kasih, uncle"

LydSunshine said...

Ari tu aku pegi Masalam. Aku lalu depan windmill tu, tgk menu yang dia tampal kat luar tu. Ingat nak masuk, sekali tgk harga mak aihhh... mahal. Bukan range harga makanan aku ni. Kena ada hari yang betul2 special boleh le makan kat situ.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Yup.... aku pun bukan hari-hari makan kat situ. Ada special occasion baru boleh... tapi kalau dah nak makan western food, memang berbaloi dgn harganya...

ckLah @xiiinam said...

Romantik juga jadinya sambutan hari jadi Ariff.

Selat hari jadi adik Ariff...dari kakak.
Hihi..

ckLah @xiiinam said...

Eh...selamat lah..selat pulak. Tu lah...beradik kakak lagi makcik ni! :)

Nizam.Ariff said...

CKlah,
takpe.. adik-kakak pun ok je, aku pulak terasa mudanya... hahaha

MamaTim said...

HB2U, Ariff dear.. berapa umur dia ehhh..

Happy to hear restaurant staff berusaha menghappykan a bday boy. Budak2 really appreciate dapat special treatment, semoga dia ingat selama2nya :-)

Nizam.Ariff said...

Mama Tin,
PAsal staff restoran tu, aku pun appreciate betul... on the house lagi tu..

ckLah @xiiinam said...

Hehe...okeylah pakcik Nizam. :D

Jahirah said...

hepy besday ariff....moga jadi anak yg soleh..insyaAllah...:)

Nizam.Ariff said...

cklah,
Alaaaa..... kita pun kecik lagi nih... anak bongsulah katakan...




Aishah,
Aminnnn.... semoga doa itu diaminkan oleh para malaikat juga...

Nurr_Rahmah said...

Happy Birthday Ariff.. In Shaa Allah menjadi anak soleh.. Aamiin.

sepa said...

happy birthday Ariff.


.
nasib baik ko tak jirus dengan air.!!!


.

Nizam.Ariff said...

Nurr Kasih,
Aminnnn.... thanks




sepa,
aku tak jirus dgn air... aku tak bodoh sangat sampai nak gunakan air.

aku ludahkan kahak aku je.... hahahahaha....

aza ni said...

nak ariff
salam ulangtahun semoga diberkati dan dirahmati hendaknya

Nizam.Ariff said...

azani,
aminnn... terima kasih

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com