Bosan, sakit hati, tiada motivasi, tak nampak kerjaya ke hadapan.
Itu diantara alasan-alasan atau sebab-sebab yang biasa diutarkan oleh mereka yang mahu bertukar kerja, malah mungkin juga bertukar kerjaya. Menjadi dilema kepada pekerja (makan gaji) dalam menimbangkan soal kerjaya ini. Yang di sini bosan, adakah yang di sana lebih menarik atau lebih bosan? Kemelut ini biasanya didalangi oleh satu persepsi ini " The grass (always) looks greener on the other side "
Untuk mencari jawapan cepat, aku teringatkan kawan aku yang telah bertukar syarikat pada tahun lepas. Kebetulan pula dia ada menyapa aku di sesawang. Aku perlu pendapat dia kerana aku tak boleh gunakan data 'apa yang aku nampak/rasa di sini' dibandingkan dengan data 'apa yang dia nampak/rasa di sana'. Ini kerana constant dah berubah iaitu 'aku' dan 'dia'. Apa yang dia rasa tidak sama dengan apa yang aku rasa kerana perbezaaan persepsi, budaya dan cara hidup.
Aku pilih dia kerana dia adalah 'constant' kepada perbandingan yang akan aku buat. Oleh kerana dia pernah bekerja di sini dan sekarang dia pernah kerja di sana, jadi dialah yang mampu membuat perbandingan. Lebih-lebih lagi tugas-tugas yang dia lakukan adalah hampir sama di sini dulu dan di sana sekarang ini.
Soalan aku mudah sahaja: 'Stress Level' di sini dan di sana, mengikut persepsi dia.
Ini jawapan dia:
Katanya: semuanya |
Apakah kesimpulan yang kita boleh buat dalam pemerhatian untuk kajian ringkas ini?
"If the grass always look greener on the other side, maybe it is painted..."
.
12 comments:
Not necessarily bro. In my field, the grass on the other side, memang greneeerrrrrrrrrrrrrrr...That's why I am contemplating to migrate..
The grass (always) looks greener on the other side hehehe.. diterjemahkan ke bahasa melayu bunyinya begini, Isteri jiran di sebelah rumah lebih nampak menawan...
kah2. nk tergelak baca komen SMM.
teringat masa aku pergi pasar bila ntah.
pak cik jual sayur yg aku singgah nyanyi....'bini orang cantik... bini aku tak cantik...'
mengekek2 aku gelak.
bini dia kat sebelah senyum je.
dah biasa gamaknya laki dia bergurau gitu..
.
gurau kasar tu SMM...mungkin the grass on the other side tak greener sebab dah kena racun..hat tu camna pulak? baikla dok di tempat sendiri
Macam kenal katak hijau tu...
Daddy Ziyyad,
ko nampak rumput je... tak nampak ke duri, lalang semut api yang ada kat sana?
SMM,
Isteri jiran yang green ialah berjiran dengan incredible hulk....hahaha
TM,
Kes ko pulak, laki jiran yang greener... hahaha
kniedaz,
hoyeee....ada penyokong...
Cklah,
Ongg... ong... ong...
depa kata itu 'Johari Window'. :)
sepa,
sejak bila Jauhari jadi Johari ek...
dia oran tu suka2 je ubah...
dia ingat jauhari tu nama orang Pakistan ke apa... padahal jauhari tu panggilan untuk orang yang pandai dalam bidang tertentu...
The grass (always) looks greener.. sebenar-benar kalu selalu dijaga, kalau tak, dr greener jd yellower jugk.. hehe...
Aya Yus,
Dia tayang iklan je tuu...
di balik grass tu ada macam2 ulat...
terbaeeekkk lah SMM!
aku plak rasa dia guna rumput tanam kot.... (rumput tanam pun kos tinggi)
BK,
jelingan mata ko tu menakutkan aku la... hahaha
Post a Comment