Wednesday, February 6, 2013

Wahai suamiku, jangan tonton TV lama-lama ya...

.

Aku terbangak sebentar apabila baca artikel ini:


Menonton TV jejas sperma

London: Pemuda yang menonton televisyen cuma tiga jam sehari berisiko kehilangan kualiti sperma sehingga separuh.
Kajian menunjukkan kualiti sperma terjejas kerana kurangnya seseorang itu melakukan aktiviti fizikal.

Lelaki yang suka lepak pasti kalah kepada orang sederhana aktif, menurut kajian Universiti Harvard yang diterbitkan dalam Journal of Sports Medicine di sini.

Pakar berkata, kesannya boleh disebabkan kurang bersenam atau kepanasan melampau buah **** disebabkan duduk lama. Lelaki yang mahu memiliki anak kini digalakkan tidak memakai seluar ketat untuk menjaga kualiti sperma. Pemandu dan penunggang basikal juga berisiko berdepan masalah kesuburan...





Baiklah. Selepas ini, kaun lelaki yang nak tonton TV mestilah...
  • dengan berbaring di depan TV
  • dengan berkain pelikat dan tanpa seurat benang di bawah kain itu
  • dengan kipas angin berputar ligat atau pendingin hawa tahap 20 darjah Celcius
  • gerak-gerakkan kaki untuk perbaiki 'air circulation' 

(nota: pastikan jangan tonton rancangan yang rangsang-rangsang kalau nak kekal berbaring di depan TV, takut nanti kain pelikat jadi khemah Badwi)




.

11 comments:

Anonymous said...

aku harap pengkaji dari harvard tu ada rujuk kitab tajul muluk. baru la aku percaya 90%...

Dr K said...

hahahaha...

konsepnya bro, kena physically active...tu yg researchers tu tekankan...So kalau melepek depan TV 3- 4jam sehari, tapi mmg aktif bersukan everyday, no hal...Satu lagi, rokok tu, sila buang(buat yg smoking).Tu mmg jelas lagi nyata punca sperm jadi hampeh

tasekM said...

tapi.
kalau bersenam pun panas jugak la celah situ dah berpeluh segala, kan..?
ke nak kena bersenam pakai kain pelikat nih...?


kah2.


.

Kniedaz said...

maka lakulah segala kain pelikat yang ada..kalau kurang juga, pinjam kain batik isteri..moga2 rangsangan lebih huhu

Unknown said...

Spesis komputer tak masuk la kot eh..boleh pakai angin kipas cpu tak?

Nizam.Ariff said...

SM,
aku harap dia tak buat kajian perbandingan orang yang ada TV dan orang yang tak ada TV... kalau tak ada TV, memanglah produktif.... hahaha



Daddy Ziyyad,
karang aku kayuh basikal lama-lama pun bergesel tang situ gak... panas... berudu mati gak.... hahaha



TM,
bersenam dari pinggang ke atas je. Kalau bersenam pinggang ke bawah, mesti gesel2 kat peha, berudu mati kepanasan la kan? hahaha



Kniedaz,
kalau pakai kain batik isteri, isteri nak pakai kain apa?.. hahahaha



Lola Momon,
komputer lagi la bahaya... boleh access site yang tak sepatutnya... ahahaa

aza ni said...

tunjuk langit tu.....muahaha

Nizam.Ariff said...

azani,
bergantung cara dia baring. kalau mengiring, tunjuk bukit je... hahaha

aza ni said...

slanting...ha ha ha

Nizam.Ariff said...

azani,
hahaha....

sepa said...

Harvard pun buat kesimpulan mengarut...!!!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com