Saturday, March 16, 2013

Apabila Nizam.Ariff bercakap tentang rasa yang tidak puas-puas...

.

Aku duduk di bangku panjang di depan rumah. Pagi Sabtu pagi yang cerah. Penghuni rumah-rumah di sini sama cergasnya dengan burung ciak dan gembala kerbau. Sama meriah dan bisingnya dengan deruman enjin kereta yang lalu lalang di sebelah rumah.

Oh ya, menulis tentang deruman enjin kereta, semalam aku dapati bunyi enjin kereta aku seperti bunyi kereta rally. Aku syak ekzosnya sudah bocor. Tak mengapa, buat masa ini, bunyinya masih serak-serak merdu. Kalau sudah garau sedikit, aku akan tampal pita selofan pada lubang itu. Kalau dia menjerit-jerit, baru aku fikirkan tindakan offensive pula.

Dalam aku duduk-duduk sambil menaip ini, aku lihat ada seorang wanita sedang berjalan kaki dengan dua orang anak lelaki yang aku kira berumur 4-6 tahun. Salah seorang anaknya merengek-rengek entah kenapa. Wanita itu memarahinya. Masih budak itu merengek-rengek. Akibatnya, satu lukuan kecil singgah di atas kepala budak lelaki itu. Tanpa aku sangka, budak sekecil itu memukul lembut peha wanita itu tanda protes, atau mungkin terasa malu kerana dia diluku di tengah-tengah jalan, ada orang yang melihat... .aku semestinya.

Mereka bukan bergaduh. Mereka tidak pukul kuat-kuat. Itu hanya pra-syarat untuk menyatakan rasa tidak puas hati masing-masing.

Menyatakan rasa tidak puas hati ada pelbagai caranya. Masing-masing dengan caranya mengikut sosio-budaya dan trend pada masa itu. Ada yang baling bom, ada yang tembak-tembak, ada yang lontar-lontar, ada yang menjerit-jerit, ada yang memaki hamun, ada yang berjalan sambil bawa sepanduk, ada yang masuk suratkhabar, ada yang masuk TV, ada yang mogok lapar, ada yang tikam-tikam dan ramai yang menangis-meraung.

Contoh-contoh tersebut bukan setakat itu (non-exhaustive) kerana ada juga yang apabila rasa tidak puas hati, dia hanya akan berdiam diri sebagai protes. 


Tentang kisang wanita dan 2 orang budak lelaki tadi, aku ekori mereka dengan anak mata sehingga mata hitam aku bertemu penjuru mata. Aku tak palingkan muka kerana aku tak mahu mereka perasan kelaku mereka tadi. Aku tidak mahu mereka malu.

Manusia kalau malu, mereka juga akan lakukan macam-macam. Ada yang menutup muka, ada yang menangis, ada yang buat-buat ketawa, ada yang sembunyi diri, ada yang marah-marah, ada yang baling bom, ada yang masuk suratkhabar, ada yang masuk TV, ada yang tikam-tikam dan ramai yang menjelirkan lidah kepada kita....





.

11 comments:

ummuaidan said...

Banyak cara utk proters nie kan..sebaiknya perang dinginlah pd aku yg ok sket..heheh

aza ni said...

betul juga
kalau protes dalam hati manalah orang tahu kita protes

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
perang dingin lama nak settle, ummu.... banyak masa terbuang... hahaha




azani,
kena protes terang-terang jugalah nampak gayanya....

aza ni said...

talk to hand juga satu penanda protes,cuma adakah ia diterima baik oleh yang diprotes?

disini timbul persoalan tujuan protes itu sendiri,apakah ia kan membetulkan atau tidak? mungkin keadaan menjadi lebih buruk?

terasa nak buat entri tapi aku tandus....mungkin kau lebih cerah untuk entri seterusnya...

Tijah said...

aku payah sket nak express protes. biasa aku diam je. kalu nasib baik ada org paham. kalu tak aku pujuk je la diri sendiri dgn membeli coklat & aiskrim.

tasekM said...

aku kalau protes tahap 4 aku cakap je.
kalau protes tahap 9 aku diam.

tapi kalau aku malu... aku menyamor je jadi lantai.



.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Bab protes ni adalah salah satu cabang komunikasi. Kalau kmonukasi, mesti ada yang beri, mesti ada yang terima. Orang yang buat protes tu orang yang memberi, kalau yang menerimanya buat dek je, itu yang merusuh hahaha...



Tijah,
kalau gitu, doa-doalah agar protes ko tak didengari orang lain.... ada alasannak beli aiskrim dan cekelat.... hehehehe



TM,
Kalau ko jadi lantai, izinkan aku jadi karpetnya.... hahahaha

sepa said...

weh Dino.! ko jadi karpet yer. aku jadi vacuum cleaner.! amacam.! hehehe

Nizam.Ariff said...

sepa,
boleh... boleh.... no problem... hahaha

Ellie Mariana Abdullah said...

Aku kalau protes tulis kat blog,FB ha ha..

Sebenarnya,aku kalau protes tak cakap banyak.

Protes tahap gaban, boleh patahkan apa2 yang ada di tangan,

Kalau malu, aku buat bodoh je. Kalua dimalukan, siap kau. Tak kira kawan,ke lawan. Biasanya lawan,

Teruk kan aku?

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Tak .. itu tak teruk.
Itu reaksi orang yang normal....
Kalau reaksi orang yang teruk, dia gigigt telinga orang tu..... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com