Tuesday, March 12, 2013

Apabila Nizam.Ariff makan Patin Sungai Pahang Masak Tempoyak di Shah Alam...

.

Tengahari tadi, kawan ajak makan, dia nak belanja. Tetapi, aku perlu pergi ke tempat dia, di seksyen 15, Shah Alam. Aku tercongak-congak, apa yang ada di sana? Rupa-rupanya ada deretan bangunan baru di dataran otomobil, Shah Alam.

Aku mencanak pergi ke sana apabila dia hendak belanja aku makan. Tak boleh tunggu lama-lama. Kerana aku tahu selera dia dan selera aku lebih kurang sama, dan kami datang dari negeri yang sama. Kalau dia ajak ke situ, sudah pastinya ada sesuatu yang istimewa. Aku tercongak-congak lagi, apa yang ada di sana?


Sesampai di dataran otomobil seksyen 15 Shah Alam, dia (Adam b. Mat Nur, Public Mutual Champion 2011) arahkan aku berhenti di Restoran Temerloh Catering. Apabila terpandang sahaja perkataan Temerloh, aku sudah mengagak apa yang dia maksudkan... Ikan Patin Sungai Pahang masak tempoyak!



Pinggan aku ada Patin sangkar masak tempoyak, pucuk ubi masak tempoyak dan tempe masak sambal cili


Melilau mata aku memilih ikan patin. Ada Ikan Patin Buah Gulai Tempoyak tapi sekelar harganya RM20. Aku pilih Ikan Patin Sangkar Gulai Tempoyak dengan harga sekelar RM10, tapi kelarnya besar. Lihat sendiri foto di atas. Sekelar ikan itu boleh dijadikan lauk untuk 2-3 orang tapi aku nak makan seorang pada kali ini. Ada juga ikan Tilapia Merah Sangkar, Ikan Keli Salai, Jelawat Gulai Tempoyak  dan sejenis ikan sungai yang aku tak pernah dengar tetapi mahal juga harganya. Ada lagi beberapa jenis lauk seperti daging dan ayam, tapi tumpuan orang yang datang aku lihat rata-rata mengambil semangkuk Ikan Patin Gulai Tempoyak.


Kenapa Patin sangkar Sungai Pahang yang aku minat? Kerana dagingnya lembut dan halus. Yang terpenting, dagingnya tidak ada berbau tanah atau berbau 'minyak tanah'. Dagingnya lebih manis, memang cukup sesuai dengan Gulai Tempoyaknya.



Adam Mat Nur kali ini makan ikan tilapia merah sangkar masak gulai Temerloh


Adam memilih ikan Tilapia kerana dia sudah jenuh makan Ikan Patin di situ.  Dia juga ada bercerita, di kampung kami, dia pasti akan berhenti di tepi sungai Kinta / Perak kerana di situ ada sebuah gerai menjual hasil sungai. Yang dicarinya? Ikan Baung Sungai Perak...



Adam sedut...nyonyot kepala ikan tilapia merah sampai tinggal tengkorak!

Kepada sesiapa yang suka makan ikan-ikan sungai, bolehlah datang ke situ. Aku dah berjanji dengan Mama untuk bawa dia makan di situ Sabtu nanti. Kena datang awal sikit kerana aku lihat tadi ramai orang yang makan di situ, siap bertunggu meja walhal restoran itu adalah lot tepi dan luas sebenarnya. Kalau dah peminat ikan sungai, mereka akan tunggu juga.





.

18 comments:

Dr K said...

Ikan tilapia atau talapia?

Dah kalau patin sangkar tak berbau, takde rasa minyak tanah, kenapa ianya lebih murah? Aku tak faham kenapa patin tu mahal sangat, sampai ada keluar kat berita, org tu kena sampai beratus ratus ringgit

jeb said...

sebenarnya aku tak faham kenapa patin pahang mahal sangat..bukan kat temerloh je ada patin..kuala selangor pun ada patin..

ada satu lagi restoran sedap kat dataran otomobil..restoran adam lai..chinese cuisine..

Unknown said...

Nama penuh tu..promosi ke..hahaha..

shu said...

suka ikan keli..sy xlalu tempoyak tp tunang suka..kna blajar msak jgkla :)

Anonymous said...

kalau patin, aku suka kepala...

JunAina said...

Akak org Perlis suami org Bota jadinya culture masakannya sangat brbeza kerana tempat saya kuat dengan karinya manakala tempat dia kuat tempoyaknya.

Gulai tempoyak ikan patin antara kegemaran en.suami. Akak belajar masak gulai tempoyak dari mak mertua, walaupun tak setanding masakannya tapi bila kira oklah bila suami makan tanpa rungutan.

Bila gi temerloh kita org tak berani ambik patin tempoyak takut tetiba kena sembelih....ngeee...

JunAina said...

Akak org Perlis suami org Bota jadinya culture masakannya sangat brbeza kerana tempat saya kuat dengan karinya manakala tempat dia kuat tempoyaknya.

Gulai tempoyak ikan patin antara kegemaran en.suami. Akak belajar masak gulai tempoyak dari mak mertua, walaupun tak setanding masakannya tapi bila kira oklah bila suami makan tanpa rungutan.

Bila gi temerloh kita org tak berani ambik patin tempoyak takut tetiba kena sembelih....ngeee...

Kopi Susu said...

owwhhh...pernah nak try makan tghari kat sana....dek kerana pengunjung yg hailaaaaaa....ramai giler, kami decide ke kedai lain ajherr...

Ana Jingga said...

macam sedap je... tapi makan patin mmg kena tanya harga dulu lebih2 lagi kat Pahang takut terkena yg mahal...

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Ada yang panggil talapia, aku panggil tilapia... tapi ikan yang sama haha.

Patin sangkar lebih mahal dari patin kolam. Patin sangkar tu merujuk kepada ikan patin yang dibela di dalam sangkar di sungai Pahang yang airnya berarus. Ikan patin kolam tu murah je... seekor RM5-RM10 je. Kalau Patin sangkar di S.Alam ni cecah RM16 sekilo. Kalau seekor tu sekilo lebih sikit kut..


Jeb,
Weh...patin ni banyak jenis. Patin ni sejenis catfish... sedara kepada keli, baung, tapah.... patin tu sendiri ada banyak jenis. Yang mahal tu Patin Buah. Lebih mahal lagi kalau Patin Buah sungai Pahang yang liar (wild)... itu yang sampai sekilo RM60 lebih.


Lola Momon,
Tolong kawan-kawan.. tapi dia dah terkenal pun... hahaha



Shu,
Hah.. kena belajar masak tempoyak... 1 of 2 perkara yang perlu dijaga pada suami ialah perutnya. Ingat tu... yang satu lagi tak payah aku cakap la... hahaha


SM,
Aku geli nak sedut muncungnya.. tapi Mama suka kepala gak.. hahaha


JunAina,
Kak, banyak dah dengar cerita patin Pahang ni.. kena tanya betul2 sebab kalau Patin sungai memang mahal... kalau Patin belaan, murahlah sikit...



Layar_lara,
Aku bernasib baik sampai awal sedikit dari orang lain... dalam 15 minit lepass aku sampai, orang mula berdiri cari tempat duduk...



Anajingga,
Ooo... kat restoran ni dia dah siap tulis harganya... jadi, tak payah risau...

tasekM said...

aku kalau basuh patin dgn limau ke.. asam jawa ke... tetaplah patin tu berbau tanah.

ke nak kena basuh dgn tanah nih..?




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Patin jenis memang jenis yang berbau tanah... kalau patin sungai (air berarus) mungkin kurang sikit baunya...

kawan aku kata, patin Sunagi Perak masih lagi ada bau berbanding sungai Pahang yang hampir tak ada bau...

Su @ Aya said...

Nak patin masak tempoyak yg murah.. gi la mkn kt restoran zie & lan katering Marang, Trg.. sepinggan nasi ngan ikan patin sebesar yg nizam tunjuk tu, dgn sayur skit dan sambal belacan.. rm6.00 jer lebih kurg.. hahaha...

tp tk tahu la patin jenis aper, kolam la kot. tp tak hanyir lgsg. boleh thn sedap la jugk. hehe..

Nizam.Ariff said...

Aya Yus,
Kalau patin kolam tapi tak hanyir, tak mengapa... boleh telan lagi...

Tapi, lemak patin kolam warna kuning, berbanding patin Pahan ni, lemaknya putih atau jernih bila dimasak

sepa said...

Patin masak tempoyak memang sedap. :)

selamat menjamu selera, saudara.!

.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Sedapppp.... kat sana takde patin, kan?

sudipVSsenduk said...

kenapa kuah ikan patin bertukar jadi jeli bila dibiarkan lama?

Nizam.Ariff said...

Sudip,
Dia punya lendir dah kuar kut.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com