Sunday, March 10, 2013

Belajarlah dari mereka yang 3-5 tahun lebih tua...

.

Seorang kawan aku ni, dia dah mulakan satu perniagaan F&B. Sejak pertengahan tahun lepas lagi. Hampir setahun, dia kembangkan lagi perniagaan berasaskan francais itu. Bila aku tanya, setahun ini adakah dia boleh katakan dia sudah selesa dan boleh tumpukan 100% kepada F&B itu? Jawab dia, belum boleh lagi. Masih belum stabil kedudukannya. Dia kata, mungkin setahun dua lagi.

Beberapa minggu lepas, seorang kawan aku yang lain pula berhenti kerja. Dia bagi notis 24 jam. Selang beberapa hari selepas itu, aku terserempak di pasar malam. Aku tanya dia, apa tujuan dia bagi notis 24 jam? Jawab dia, sweet revenge kat bos baru tetapi kenalan lama dia. Sekarang ini, dia beri tumpuan kepada stesyen minyak milik isterinya dan dia juga ada Ir. yang membolehkan dia meluluskan pelan rekabentuk dengan sedikit yuran professional.

Ada seorang lagi kawan juga keluar dari syarikat kami baru-baru. Apa pun alasannya, dia telah ambil keputusan untuk berhenti kerana dia sudah ada kerjaya berasaskan pertanian-adalah-perniagaan yang stabil.

Ada beberapa orang kawan lagi sebelum-sebelum ini dengan kisah dan perancangan masa depan yang pelbagai. Aku bagi 3 contoh terdekat dan terbaru cukuplah.


Mereka-mereka ini adalah 3-6 tahun lebih tua daripada aku. Mungkin juga kebetulan. Mungkin juga kerana aku tak berkawan dengan rakan-rakan yang sebaya. Mungkin juga kerana aku terlalu jumud di persekitaran syarikat sahaja sehingga tidak melihat mereka-mereka yang masih muda dan telah berjaya. Tak mengapalah. Butir penting yang aku utarakan di sini ialah mereka itu mengambil masa 2-3 tahun untuk merasa stabil.

Dalam 3 contoh di atas tadi, mereka telah memulakan hala tuju baru dalam hidup mereka kira-kira 2-3 tahun sebelumnya.

Aku mendapat tahu sekarang tetapi sebenarnya langkah mereka itu bermula 2-3 tahun sebelumnya. Maksudnya, itulah masanya yang mereka ambil sebelum benar-benar berani untuk berubah tumpuan dan haluan hidup.


Beberapa hari lepas, ada seorang kawan bertanyakan apa yang patut dia lakukan (mungkin setelah mendengar berita-berita tentang penghijrahan kawan-kawan sepekerjaan). Lalu aku berikan satu nasihat yang berupa kesimpulan yang aku buat melalui pemerhatian itu:
  • Kalau nak dapatkan idea tentang hala tuju masa depan, cuba lihat atau tanya mereka yang 3-5 tahun lebih tua daripadanya.
  • Kerana apa yang mereka dapat / berada sekarang adalah hasil dari apa yang mereka mulakan 3-5 tahun sebelum ini.
  • Selain daripada itu, kita dapat belajar daripada kejayaan atau kegagalan mereka.

Namun begitu, faktor umur bukanlah penentu tahap kejayaan. Masih ada ramai lagi yang muda-muda tetapi telah pun berjaya dalam bidang perniagaan atau bekerja sendiri. Pendapat aku seperti di atas itu hanyalah untuk dunia / persekitaran organisasi aku sahaja.




.

10 comments:

sepa said...

ada sorang kawan jgk, (cerita akupun dlm lingkungan kompeni, cuma aku tak betah dlm satu kompeni). dia dah kahwin, tp masih belum ada anak.
dia berhenti dan mulakan kerjaya berasaskan pertanian-adalah-perniagaan yang stabil.
...dan dia dapat anak.

.

Nizam.Ariff said...

sepa,
WOOOAAAAAA.... benih tani apa yang dia tanam tu..?

Unknown said...

Ala..jual je apa org nak, bukan apa yang kita nak..itu boleh kira macam formula bisnes tak?

Nizam.Ariff said...

Lola Momon,
Boleh.. boleh.. itu pun asasnya.
Buat benda yang orang tak nak, baik pakai sendiri...

Lady Windsor said...

arghh entry ko neh sesuai sangat dengan aku..aku sedang merencana hala tuju aku sendiri..sikit masa lagi aku pun rasa2 macam nak buat macam yg kawan ko buat tu..sweet revenge!

Nizam.Ariff said...

LW,
weh ahkak... aku tak promote sweet revenge tu tau.... aku nak promote pasal merencana hala tuju je... hahaha

LydSunshine said...

Nasihat yg bagus utk org yg tercari2 hala tuju mcm aku ni. Ada yg jenis buat keputusan drastik, terys resign bila nak start bisnes wp bisnes belum stabil. Paling teruk kalo modal bisnes tu dia amik loan. Phewww...

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Yup... risiko perniagaan perlu diambil kira dan difikir semasak-masaknya... perlu ada jalan keluar jika timbul masalah... tapi yang pentingnya, hati kena pejal dan liat untuk lalui semua tu.

aku tak boleh, hati aku lembut dan sayu je...

Dr K said...

Pokonya, Bisnes.
Itu Sunnah baginda,

:)

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
.. tapi aku pandai.. huhuhuhu

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com