Monday, March 4, 2013

Berebutkan hak penjagaan..

.

Dulu... lamaaaaa dulu...

Ada sepasang suami isteri mempunyai seorang anak kecil, hidup mereka diduga.
Kesempitan hidup dan arah tuju masa hadapan menjadi cabaran getir bagi mereka.
Sehinggalah pada satu hari, pasangan itu di datangi oleh seorang lelaki berambut perang
Lelaki itu menawarkan diri untuk menjaga anak kecil pasangan itu.
Dan wang belanja akan diberikan kepada pasangan itu pada setiap tahun.
Pasangan itu pun setuju dan mereka pun menyerahkan anak kecil itu.


Kini... sekarang ini...

Anak kecil itu sudah besar, sudah cantik.
Maka pasangan itu pun merayu-rayu agar diberikan semula anak mereka.
Setelah bakti dan kasih sayang dicurahkan kepada anak itu oleh lelaki berambut perang
dan kini sudah diamanahkan kepada jirannya yang berambut hitam,
anak yang dibela sejak kecil hingga besar panjang begitu, mana boleh diberikan semula
Maka pasangan itu pun nekad, dia hantar rombongan saudara maranya
Seramai hampir 200 orang saudara maranya datang membuka pintu pagar rumah lelaki itu
untuk mengambil semula anaknya...


Kalau anda dalam situasi begitu, sebagai lelaki di rumah itu, apa yang patut anda lakukan...?






.

11 comments:

Anonymous said...

si rambut hitam menyesal kerana menerima amanah si rambut perang tanpa usul periksa akan kesilapan lalu yang dilakukan oleh si rambut perang itu tanpa sedar akan akibat pada masa depan. mana mungkin ada penyelesaian yang memenangkan kedua-dua belah pihak...

(sekadar pendapat, mungkin betul mungkin juga salah)

Umm AA said...

Silelaki dlm rumah tuh kenalah pertahankan haknya..tp kalau dibw berbincang baik2 mngkin anak tuh akan pulang jgk melawat lelaki orng kandungnya itu kan...

Kniedaz said...

sebesar mana anak yang dijaganya tu? mungkin dia yang boleh buat keputusan...kalau jadi orang di dalam rumah, saya call polis dulu kot..tak pasal2 kena lanyak dengan 200 org

Nizam.Ariff said...

SM,
Aku dengar pun macam tu ceritanya.
Hak penjagaan ni kalau dah berpuluh atau beratus tahun, payah nak dirungkai semula...



Ummuaidan,
Yang dipertikaikan sekaran bukan hak berjumpa atau lawatan tapi hak penjagaan... hak milik....
payah nak rungkaikan nih..

Nizam.Ariff said...

Kniedaz,
Anak itu dah besar panjang...
kakinya kalau berselunjur di Kota Kinabalu boleh sampai ke Semporna...

Ena's Stories said...

kalau sy menjadi lelaki tu..sy tak akan bagi punye....da mcm ank sndri mana bole bagi..

jeb said...

betul ke anak tu pasangan tu punya?takut ada pasangan lain pulak mintak anak tu nanti.

ntah2 pasangan tu rampas anak tu dari pasangan lain.

sepa said...

kalau la benar sampai 200 org nak kan balik si cantik itu (yang dah besar panjang dah berkahwin), bermakna si cantik itu seorang yang sangat hebat dan berpengaruh.

dengan kehebatan dan pengaruhnya itu sudah cukup untuk menyekat yang 200 dari menceroboh...!!!

kecualila si cantik itu sendiri merancang agar dirinya di-hijack, di-kidnap atau di-ransom.?!

.

Nizam.Ariff said...

Ena,
Itu la pasal.... kasih sayang dah tercurah lama.... setengah abad lamanya..




Jeb,
Itu pun satu gak... kalau dah tinggalkan, kira dah tak nak lah anak tu lagi kan?



Sepa,
itu kita biarkan pihak peguam untuk menilainya... .hahaha

ASH said...

1. Lelaki tu memang payah le nak serahkan anak tu.
2. Anak yang besor panjang tu nak balik semula ke kat pasangan yang minta dia semula tu?

.
.
.
p/s kalau anak tu bukan perangai 'TANGGANG', dia mungkin berbaik la dengan pasangan tu.. TAPI BOLEH BERBAIK jer lerr.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
kalau anak tu tak nak, dia tak boleh kata apa gak kan?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com