Wednesday, March 27, 2013

Berpergian aku ini...

.


Hari ini aku di pejabat.. esok dan lusa tidak ada di sini lagi... mana yang tinggal, maka tinggallah dulu.


Bila aku kenang-kenangkan, ketika duduk seorang-seorang sambil melihat matahari jatuh terbenam dan dimakan gunung pesaka, aku tergambarkan wajah Malaysia dan jalur-jalur jalan rayanya.

Aku dapati bahawasanya jalan menuju ke Utara bukanlah satu.
Ada jalan melalui lembangan pantai.
Ada jalan melalui rentasan gunung-ganang.
Malah ada jalan yang melintangi kedua-duanya.

Jalan ke Utara banyak simpang-siurnya.
Ada papantanda yang terang lagi kan bersuluh.
Ada papantanda yang masih samar-samar walau di bawah cahaya matahari.
Malah ada yang dikabui dengan gemilang tujuh warna pelangi.


Berpergian ini dengan hati walang libang-libu.
Manalah tahu pada minggu hadapan apa yang akan berlaku.



walkthearts.wordpress.com



.

13 comments:

smbotak said...

maaf, apa maksud perkataan `walang libang-libu' tu?

the malay male said...

balik kampung ke?

ckLah @xiiinam said...

Ke Utara...ngetan?




(Ngulon,ngidol, ngetan....errr kalau ke barat apa ya? Lupa satu arah lagi.)

Lady Windsor said...

lama haku tak dengar perkataan libang libu tu bang...hehe

Nizam.Ariff said...

SM,
Walang (adjektif) bermaksud susah hati, sedih, murung, masyghul... tapi aku pilih 'khuatir'. Walang (Jawa) adalah belalang hahaha
Libang-libu pula perasaan kacau-bilau, bermacam-macam pra-sangka...



The malay male,
jalan-jalan lihat kampung orang dan balik kampung....



Cklah,
errr... bukan ngisor? ngarep?.... hahaha... aku pun lupa apa satu lagi, Nantilah aku tanya mak aku...



LW,
ada masa-masanya kena guna. cuma skrg ni kena guna selalu la gamaknya...

aza ni said...

eksoz dah ok? ke kereta baru?

cheqna said...

selamat la ye =)

sudipVSsenduk said...

kenapa berhati walang? Orang kalau balik kampung berhati girang, jumpa yg tersayang

Nizam.Ariff said...

cheqna,
trima kasih...


Sudip,
hati walang teringatkan yang di pejabat.... huhuhu

Nizam.Ariff said...

azani,
ekzos kereta lain.
hari ni aku bawak kereta lain...

aza ni said...

oooooooo...selamat memandu dan bercuti bro....

sepa said...

walang libang-libu... first time aku jumpa. :)

Nizam.Ariff said...

azani,
aku dah balik... hahaha



sepa,
aku gabungkan.. nak bagi tau cemana aku rasa...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com