Friday, March 1, 2013

Cerita atau tak? Cerita atau tak? Ceritalah...

.

Pada awalnya aku tak nak cerita tapi sempena Hari Jumaat yang mulia ini, apa salahnya kalau cerita. Cerita ini dengan niat untuk mengukuhkan keyakinan sahaja.


Setiap awal tahun, sudah menjadi resepi aku untuk berzakat kerana haul aku adalah Januari. Jadi, aku sudah umpukkan uang secukupnya untuk menjelaskan zakat itu. Itu termasuk satu zakat dari pendapat khas - pendapatan dari penjualan Trust Fund yang aku beli secara tunai kira-kira 4 tahun dulu. Aku jual semula setelah nilainya meningkat dan untuk membiayai ruang dapur baru rumah aku.

Tetapi sebelum meningkat, ia telah merudum sebanyak -15% dari nilai belian. Namun pada tahun ke-4, nilainya telah kembali naik +20%, mungkin sempena ura-ura nak PRU13 kut. Aku tak nak ambil risiko dan aku jualkan. Lagi pun aku nak guna. Jadi, aku anggap itu salah satu pendapatan yang perlu dizakatkan juga.

Umum sedia maklum bahawa berpindah rumah ini memerlukan tunai yang lebih dari biasa. Tak terkecuali aku. Jadi, cashflow aku untuk 3 bulan ini memang 'merah' je. Kena tarah sikit tabung nak kurangkan defisit. Tapi, aku ingat pesan Mama-comel-muahs-muahs-muahs 'keluarkan siap-siap dan jangan guna'. Ok. Aku dah niat nak zakatkan duit itu, jadi walau 'merah' macam mana pun kena korek duit lain.

Asyik tertangguh-tangguh nak bayar, Sabtu lepas aku pun pergi ke pusat zakat. Sebelum aku bayar, aku ceritakan sumber pendapatan yang aku zakatkan itu, termasuklah dari jualan Trust Fund itu tadi.

Pegawai zakat itu kata "Trust Fund tak sama dengan ASB atau Saving Account. Juga tak sama dengan gaji"

Aku kaget.

Rupa-rupanya, pendapatan dari jualan Trust Fund dianggap perniagaan. Pegawai itu kata kalau keuntungan dari penjualan itu tak melebihi nilai Nisab (RM13K di Selangor), ia tak perlu dizakatkan. Oooo... baru aku tau. Jadi, dia pulangkan duit zakat yang aku umpukkan untuk bahagian Trust Fund.


Tapi, bukan itu yang aku nak fokuskan. Ini yang aku nak ceritakan.

Kita, kalau sudah berniat untuk zakatkan harta, Tuhan Maha Mengetahui. Memang benar Trust Fund yang kurang nilai hisabnya tak perlu dizakatkan tapi aku tak tahu. Memang bagi orang lain itu biasa-biasa sahaja kerana tak patut pun bayar tapi bagi aku yang kesempitan aliran tunai dan aku telah anggap itu perlu dizakatkan, apabila dipulangkan semula kepada aku, aku rasa seperti duit aku dipulangkan kerana aku memerlukannya.

Itu sahaja cerita petang Jumaat ini... sekian.





.

8 comments:

sepa said...

aku dah baca cerita petang Jumaat ko ini... sekian.


:)


*aku tak kenyit...!!! aku hanya senyum.!

Daddy Ziyyad said...

alhamdullilah..

zakat membawa berkat...

cuma aku nak bertanya, kenapa tak bayar before 31 Dec?..

Sebab zakat yg dibayar before 31 Dec setiap tahun layak di counter/rebate dgn cukai LHDN

Kniedaz said...

sebab niat yg baik, Allah maha mengetahui...Dia bg balik untuk keperluan..alhamdulillah

CiKPuaNLawA said...
This comment has been removed by the author.
CiKPuaNLawA said...

Alhamdulillah... Allah sentiasa membantu hambaNya yg memerlukan selagi kita Ingat Dia kan..?!..

murah rezeki awak..

ummuaidan said...

niat yg baik..selalu dpt pulangan yg baik..

Ellie Mariana Abdullah said...

aku baca hari Sabtu. :)

Nizam.Ariff said...

sepa,
ko dabel standard dgn aku...



Daddy Ziyyad,
Sebab tahun lepas aku ada resit tahun yang sebelum nya. Tahun ini untuk tahun depan punya... sama je..


kniedaz,
syukurrrr....


CPL,
terharu bila teringatkan semula... Tuhan sedang berbicara dengan kita tapi kita tak perasan...



Ummuaidan,
pengajarannya, niat itu amat penting...tapi niat sahaja tak menghalalkan caranya..



Waterlily,
dan aku balas komen pun petang sabtu... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com