Monday, March 18, 2013

Cinta empat segi novel remaja...

.

Malik melangkah masuk ke dapur. Dia tahu, Lina sedang duduk di bangku di meja makan, sedang membungkam rasa. Dia tahu Lina sudah tahu. Apakan daya, nasi sudah pun menjadi bubur. Malik, mahu tidak mahu, perlu berdepan dengan cabaran yang patut dia tempuhi. Cabaran yang dia cari sendiri.

"Sayang...?" tegur Malik apabila Lina memalingkan mukanya ke arah tingkap sebaik sahaja Malik menghampirinya.

Lina masih membungkam tanpa suara. Hanya dada beralunnya yang berombak-ombak menahan sebak. Bibir nipisnya digetap-getapkan dek menahan air mata dari mengalir.

"Sayang, kenapa begini?"

Lina masih membisu, masih memalingkan mukanya ke arah lain. Baginya hari ini Malik bukan seperti Malik yang dia kahwini dulu. Baginya Malik telah berubah. Lina tak kisah jika Malik berubah tetapi Malik sudah melanggar batasannya. Kalau sebelum-sebelum ini LIna dapat memaafkannya, pada kali ini dia tidak dapat memaafkan Malik lagi.

"Betulkah apa yang Lina dengar, bang?"

"Dengar apa?"

"Kawan-kawan abang cakap yang abang sudah mula mengintai-intai perempuan lain?"

Pada kali ini, dia pula membisu. Pada kali ini, dia pula yang memalingkan mukanya ke tingkap sedangkan Lina memandang tepat ke mukanya. 

Malik teringatkan Zaharah Sofeah. Malik juga teringatkan Miyasarah Muyasi. Malik juga teringatkan Juliana Julienne. Wajah-wajah ayu mereka bertiga itu bersilih ganti terpampang dalam ruang kepalanya. Malik menarik nafas berat. Memanglah mereka semua itu cantik-cantik belaka, masih muda, masih baharu tetapi hatinya masih ingat akan kata-kata janji sejurus selepas majlis akad nikah dia dan Lina.

Seketika itu juga hati Malik tiba-tiba menjadi sayu. Malik teringatkan saat-saat bahagia mereka bercinta dahulu. Waktu-waktu yang mana semuanya kelihatan indah dan harum. Malik teringatkan bagaimana mereka membina keluarga dan kehidupan bersama-sama sehinggalah menjadi seperti sekarang ini. Saat-saat susah senang dan cabaran yang datang, mereka hadapi dengan tabah dan tenang. 

Semudah itukah Malik buangkan semua kenangan itu? Tiada bernilaikan segala kenangan itu? Tidak. Tidak mungkin. Zaharah Sofeah, Miyasarah Muyasi dan Juliana Julienne hanyalah watak-watak baharu yang muncul seperti cendawan selepas hujan, pucuk-pucuk muda yang pada satu hari nanti akan menua dan kering layu juga.

"Lina, abang.... abang minta maaf."
 

*Pappp!*

Hasri tutup novel cinta remaja lalu menghempaskannya di atas meja. Terkejut Kamal dibuatnya.

"Aku dah ambil keputusan. Aku tak akan tukar Wira aku itu... aku hargai kenangan susah senang kami bersama-sama." Hasri beri kata putus akhirnya.

"Tapi..."

"Dah.. dah... kamu jangan nak bawak brochure kereta yang bukan-bukan lagi. Aku tak mahu jadi seperti Malik." Kata hasri sudah muktamad.




.

15 comments:

Kniedaz said...

Hah? Apakah??? Tukar je la woii keta wira tu..hahahaha..

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
Hah... kata baru nak g Langkawi?
Wira itu sungguh nostalgia tau... hahaha

sudipVSsenduk said...

sebab sayangkan wira yg dah berjasa 13 tahun, suami sVs sanggup kunyah catalog ferrari sampai lunyai... terharu sungguh

aza ni said...

wira pun kalau maintai mantop juga...bila dah ramai barulah kalih ke yng besar..

Nizam.Ariff said...

Sudip,
Huhuhuhu.. sungguh terharu.
Aku pun lebih kurang gitu la.. aku tumiskan cheque untuk downpayment Porsche Panamera... tak jadi beli... KAKAKAKA...


Azani,
Ekszos dia dah berbunyi enjin motobot la bang... nak kena pegi tampal nih.. enjin mantop lagi..

NM03 said...

sabar je la!

Nizam.Ariff said...

NM03,
ye.. ye.. sabo je hidup dgn Wira nih... kang merajuk payah..

tasekM said...

tak sampai sebulan aku lepaskan wira aku dulu, aku dah nampak wira tu di jalan raya dengan tuan lain.
sedih ok..



.

Nizam.Ariff said...

TM,
ko tak rasa tercabar ke masa ko nampak orang lain tengah sedap henyak Wira ko tu?

cheqna said...

kang wira majok kangg..hehehe

sepa said...

Kamal itu tak pandai memujuk...
tak tau ka dia si Hasri tuh malas nak berurusan, isikan aja borang itu ini, pastuh bagi dia pegang pen-fountain Mont-Blanc, dan suruh dia turunkan tandatangan... dah tentu Wira itu jadi Ferrari merah.

.

Nizam.Ariff said...

cheqna,
Shhhh.... jangan bagi tau WIra.... hahaha



Sepa,
eh, betul gak tu.... jangan banyak soal, ye dak?

Umm AA said...

Alaa wira tuh kalau masih bagus dan berjasa n disayangi kekalkanlah..bat per nak tukar2 yg belum tentu prestasinya...

Lady Windsor said...

korang ni kan...watak2 dalam citer kalo tak hasri, dino. kalau tak dino, hasri..ada tak watak otromen atau resaksa gaban ker hahahaha..

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
Betull....!!!!!!!!!
Kalau nak repair pun cuma sekali bayar je berbanding buat hutang baru kena bayar bulan2 sampai 5 tahun, kan?



LW,
Dulu setiap kali buat cerita, jenuh nak fikir nama watak... sekarang dah malas. Guna satu nama je tapi perwatakan berbeza sikit la... hahahaa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com