Friday, March 22, 2013

Enter the Sandman...

.

Pagi tadi, aku tersengguk-sengguk di meja pejabat. Entah kenapa aku pun tak tahu. Padahalnya aku tido agak awal juga.

Pukul 11am, aku ada temujanji dengan doktor dari Iran. Semasa menunggu giliran, aku duduk di barisan kerusi menunggu. Aku letakkan dahi aku ke kerusi depan dan aku pejamkan mata. Khayal seketika.

Beberapa minit selepas itu, nama aku di panggil beberapa kali. Sayup-sayup sahaja suaranya. Aku pun masuk ke bilik dengan penuh longlai. Aku berdiri di sebelah meja pembaringan. Semasa aku sedang tanggalkan tali pinggang, doktor dari Iran itu menegur aku... "Are you tired?"

Dengan kecepatan kilat aku jawab ..."Heck, ,NO. I'm just sleepy... that's all."

Dan tanpa disangka-sangka, doktor dari Iran memberitahu... "Owh... me too."

Hah!!! Apa yang sedang berlajku ini?
Sudahlah Mama-muah-muahs pun terjaga lewat 15 minit daripada biasa (nasib baik masih sempat membuat 'mee-oon goyeng kesedapan berganda'). Ariff pun terjaga lewat 10 minit daripada biasa. Aku, walau pun bangun tepat pada masanya, terasa mengantuk yang amat pada pagi ni.


Kemudian, doktor dari Iran itu menambah... "If you look outside, not many people around... this is not a normal Friday."

Aku terus beri teori konspirasi... "Do you think somebody had released some gas last night in Shah Alam?"

Dia ketawa, menampakkan lesung pipitnya. Sehabis ketawa, dia berkata... "Today is one of those days..."

Aku tak faham maksudnya.

Adakah satu Malaysia mengantuk pada hari ini?




.

6 comments:

sepa said...

eh ya la... hari nih aku rasa malas semacam. mengantuk semacam.

tapi aku tidur lewat. aku layan blues.


hehehe

tasekM said...

betul.

aku pun mengantuk hr nih..



.

sudipVSsenduk said...

saya segar bugar sbb mood holiday sudah mari :)

Tijah said...

Aah. Aku tido blk pg td lepas bfast, pas lunch nap sekali, ptg sekali. Ni kang x tau kol brp bleh tido pulak

Daddy Ziyyad said...

ni ko gi klinik ke spital jumpa doc Iran?

Nizam.Ariff said...

sepa,
ko tidur lewat pun biasanya ok...



TM,
Ko tak berjaga kul 3 pagi kan?



Sudip,
huh... ko memang kebal...



Tijah,
Kannn... betul tak.
Macam manjat tangga 10 tingkat penat ngantuknya...


Daddy Ziyyad,
g klinik tulang... chiro... hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com