Wednesday, March 6, 2013

Fungsi dan kompleksiti sesuatu kehidupan...

.

dalam entri sebelum ini, LydSunshine ada menulis tentang perkembangan teknologi dan kompleksiti. Ini komen beliau:

Blogger LydSunshine said...
Makin berkembang teknologi, makin complex system dia. Tapi makin membantu kan?


Complexity dan Technology berkembang hampir seiringan mengikut perkembangan ilmu pengetahuan. Kalau mengikut zaman pula, perkembangan itu semakin cepat sejak akhir-akhir ini, kalau dibuat graf, garisannya dah macam exponential (tapi sebenarnya tak exponential macam graf pertambahan bilangan penduduk dunia atau anak tikus putih tu).

Kalau kita bertanya kepada diri kita, apa yang kita mahu sebenarnya? Ada yang setuju kalau kita katakan " Aku nak semua boleh dibuatnya tapi nak yang simple sahaja ".

Dengan kata lain, kita nak semua fungsi itu ada tapi tak nak yang kompleks sangat sampai payah nak faham atau nak gunakan. Contohnya, kita nak handphone yang kita beli tu ada segala macam fungsi seperti telefon, email, internet, wifi, fax, camera, video cam, music player, TV ...etc tapi kita nak yang senang nak operate.


Kalau kita lihat di sini, kata kuncinya ialah "fungsi" dan "mudah". Ada 2 teori yang terlibat:

1. Dari segi "mudah", kita boleh kaitkan dengan teori "Principle of Least Effort" seperti mana yang aku ceritakan di dalam entri yang ini...


2. Berkenaan dengan "fungsi" pula, aku nak kaitkan dengan satu lagi teori yang diperkenalkan oleh Genrich Altshuller yang dia panggil "Law of Technical System Evolution". Mengikut teorinya:



Tak faham???
Tak mengapa, jangan risau. Aku pun tak faham macam mana nak gunakan.. hahaha. Tapi aku ringkaskan formula di atas itu jadi begini sahajalah:


 Ia bermaksud, sistem teknikal atau teknologi yang manusia cipta ini akan menuju kepada satu sistem yang sungguh ideal (menuju kepada Infiniti). Suatu sistem yang ideal boleh didapati dengan menambah/memperbaiki fungsi-fungsi yang berguna atau mengurangi/membuang fungsi-fungsi yang tak berguna atau merbahaya.

Dari pemahaman itu, boleh kita katakan juga bahawa yang kita mahukan ialah "fungsi" dan bukanlah "sistem" (sistem ialah teknikaliti untuk ianya berfungsi) sebagai contoh kita mahukan fungsi membrek kereta tetapi untuk mendapatkan fungsi membrek, kita perlu ada sistem brek yang terdiri daripada brake pad, pedal brake, minyak brek, brake disc... dll. Sistem ini akan menghasilkan 'harmful functions' sebagai contoh, minyak kena tukar, brake pad kena tukar bila haus... dll.

Menurutnya, satu sistem yang ideal ialah apabila TIADA SISTEM yang wujud!
Yang kita mahukan hanya fungsinya sahaja. Fungsi TANPA sistem. 

Pelik?

Maksudnya, kita mahu handphone kita mempunyai kesemua fungsi di atas tetapi bayangkan kalau teknologi Integrated Circuit dan Software belum berkembang lagi, semua mesin fax, telefon, peti TV dan segala-galanya dilekatkan kepada handphone tadi! Besar gila!

Jadi, menggunakan pandangan beliau tentang evolusi teknikal tadi, kita dapat mempunyai handphone pelbagai fungsi TANPA PERLU ada sistem TV, fax, radio ... dsb yang tradisional. Ia bermakna, teknologi berkembang menyebabkan sistem menjadi lebih ringkas dan seterusnya mengurangkan 'harmful functions' seperti haba dari TV, radio yang berat ..dsb.

Apabila sistem di ringkaskan dan 'harmful function dikurangkan, sistem handphone tersebut menuju kearah sistem yang ideal...



Dalam kehidupan kita ini, kita patut menjadi insan yang banyak fungsinya TETAPI masih mengekalkan cara hidup yang minimalis atau zuhud atau sederhana... itu akan menuju ke arah ideal.


Sekian.



.

8 comments:

ummuaidan said...

Yerlah..teknology kan untuk memudahkan kehidupan pd sesetengah aspek..kalo takder komputer ko mesti takleh berblog lg kot...

sepa said...

dengan formula itu...

cuba ko kira keadaan aku. aku bagi ko parameter ini :
1. kita pernah belajar di tempat yg sama, tapi bila berkerja,
2. aku berkerja di jauh di pedalaman aka di dalam belantara, dan...
3. di negeri aku tinggal, tak banyak yg 'fungsi-fungsi' seperti lebuhraya bertol, jambatan-yg-sepanjang 1 km tetapi sungainya hanyala selebar 30meter (ini contoh), pengangkutan masih banyak guna bot...
4. dan yang nih aku tak pasti boleh guna utk kira atau tak... bila nak pilihanraya, di negeri aku diberi banyak tangki air ada nombor 1, jugak kampung tanpa wayar yg diberi jugak laptop, tapi kampung itu tak dak letrik 24jam depa guna generator set sahaja...


.

Kniedaz said...

mungkin lagi best bila nak taip entry blog, ko main cakap je..dia tolong taipkan untuk ko...dan publish...kadang2 bila dah makin banyak teknologi kita makin jadi MALAS

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
teknologi yang kompleks untuk diguna tidak popular... orang suka guna yang mudah-mudah tetapi pelbagai fungsi... hahaha


Sepa,
Aku nak tanya... ko masih hidup? aku masih hidup (alhamdullillah). Bermakna kita jantung paru-paru otak kita masih berfungsi... itu yang penting. Bagaimana kompleksnya kehidpuan kita, itu kita tak nak. yang penting, jantung, paru2, otak kita masih berfungsi dan kita berdua masih hidup... hahahaa



Kniedaz,
haaa.. kemalasan pun satu hal lagi. semuanya nak senang. lepas tu heboh jadi gemuk. Ada satu kajian tentang kebergantungan manusia kepada mesin dan kesan2 kepada peradaban manusia... tapi aku belum jumpa dan baca....

sepa said...

eh, yg ko tulis formula tuh...! akhirnya, logik akal jugak yg kita guna, kan.?! hahaha

.

Nizam.Ariff said...

sepa,
yup... dia org buat formula pun kena logik. kalau tak logik, tak masuk akal juga. Einstein pun bila dia buat formula, dia test dulu formula tu sama ada logik dan ada back up evidence. kalau tak, dia pun tak berani nak pakai. Lihat saja tentang satu teori dia yang dia kata salah satu koefisien yang muncul menjadi the biggest blunder... padahal sekarang orang kata koefisien tu betul.... hahaha

sepa said...

ya ya ya... Einstein kena kutuk teruk sbb itu.! dia tarik balik teori dia itu - tentang 'the expanding universe'...

...dan satu mamat, di tahun 70an, menegesahkan pulak teori itu - benar.! hahaha...

...dan nasib baik teori relativity dia, Eddington menyusahkan diri untuk cuba membuktikan - malangnya Eddington dilupakan.! walaupun masih dikenali sebagai Sir Eddington. ada Sir di pangkal namanya...!!!


hehehe

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Yup... aku baru google tadi. Namanya 'cosmological constant'. maknanya, dia orang ragu-ragu kat teori dia org sendiri kalau terasa mcam tak masuk akal... dengan kata lain, sains juga menggunakan logik akal, bukan fakta semata-mata... kesimpulannya, scientific reasoning adalah nama lain bagi logik akal... hahahaa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com