Sunday, March 17, 2013

Kabus tenang dan hiruk pikuk politik korporat

.

Kalau dulu, pulang dari ketenangan pejabat (ya, pejabat aku tenang 2-3 bulan kebelakangan ini, lengang pun iya juga) dan kembali menyusuri hiruk-pikuk jalan raya dan kembali ke rumah yang riuh dengan hilai ketawa anak dara dan teruna pelbagai bangsa. Menariknya, yang dara berbahasa nusantara, yang teruna berbahasa dekat-dekat sanskerta.


Kini, berlaku perubahan. Pejabat aku seakan-akan menjadi semakin hangat. Hangat dengan percaturan korporat yang berkaitan dengan keputusan PRU13. Aku masih belum dapat memahami atau mencungkil sedikit berita dari 'langit' tentang kaitan diantara korporat kami dan keputusan PRU13 nanti.

Kali ini, sejak kebelakangan ini, aku pulang dari hiruk-pikuk pejabat melalui ketenangan jalan raya yang berkabus setiap kali selepas hujan...  tak kira pagi atau petang.



Tasik yang menguap kabus suam pada jam 6.30pm

Wap air yang naik dari celah-celah hutan

Kalaulah aku ada bawa DSLR, tentu menarik...


Seolah-olah aku mahu tinggalkan pejabat
Dan duduk di situ untuk menghirup kabus tenang itu sepuas-puasnya sehingga ke akhir hayat....




.

6 comments:

Lily Abdullah said...

Esok aku baca. Menganuk ni ha ha..

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Malam masih muda untuk manusia seperti kita, kak....silakan bacanya.... hahaha

Lily Abdullah said...

Pejabat aku sesak dengan aduan2 kerosakan, komplen pasal makan,

Seokr cengkerit termasuk dalam mee goreng pun nak komplen.

Itu budak2..belum lagi komplen mak2 budak, komlen bos2 pemantau.

Itu belum kira lagi komplen kakak2 cleaner, komplen pak2 gad,komplen pekerja dewan makan tentang budak.

Kadang aku rasa tersepi & sesak nafas.

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
kadang-kadang aku rasa gelaran Pakar Kaunseling mungkin lebih cocok dgn akak... hahaha

sepa said...

aku agak, di balik rimbun belukar itu, atau hutan sekunder itu, ada kunang-kunang. ko redahla dan tembak kunang2 itu.


:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
takutttttt... tu tempat orang asal tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com