Saturday, March 2, 2013

Khayal sang pemandu....

.

Sesetengah pil selsema sungguh tak 'ngam' dengan aktiviti memandu kereta di tengahari.

Tatkala matahari sungguh rembang, terpacak di tengah-tengah kepala, 'tengahari buta' bak kata orang tua-tua dulu, kesan pil selsema yang aku ambil itu sungguh menyerlah kekuatannya. Sungguh terkesan pada saraf.

Bayangkan dalam keadaan cahaya terang benderang begitu, ketika memandu, aku boleh menguap 4-5 kali.

Silau cahaya serasa kelam sahaja, bahang panas serasa jujuk-jujuk angin sejuk menyapa badan (oh, mungkin juga kerana aku masih dedar-dedar). Kejap teroleh ke kanan, kejap teroleh ke kiri. Aku hanya mengikut sahaja rentaknya. Terbuai-buai.... alangkah mesranya apa yang aku sedang alami itu.

Eh, tiba-tiba aku teringat. Kenapa aku yang mengikut rentak kereta sedangkan aku yang memandu? Tapi, segenap otot-otot pejal aku rupa-rupanya turut terbelai-belai dan kuyu mata-mata mereka. Kejap-kejap aku nampak jalan bercabang dua, kadang-kadang kalau kena pada terik bahangnya, jalan aku lihat bercabang 4.

Jalan yang turun naik bukit seperti alunan ombak rindu dan aku sedang 'surfing' di atas 'surf board'. Alangkah seronoknya mendaki ombak . Air laut terpercik ke muka. Masin. Oh, itu peluh. Kejap ombak itu menolak aku ke kanan, kejap lagi ia menolak pula ke kiri.

Sehinggalah aku dapati air laut yang biru bertukar menjadi warna hijau dan jurang sedang ternganga menunggu di baliknya....

DaanggggGGGGGGGGG!!!!!!!!  Tanah terpungkas!
Skreettttt....!!! Bau hangit getah terbakar!
Braapppppp....!!! dan renek-renek Senduduk melendat ke tanah!







Tak. Semua di atas itu masih lagi dalam alunan kuyu mata, masih lagi berorientasikan alam fikiran. Aku belok ke kedai makan. Selepas makan tengahari di Merlimau, aku serahkan kunci kereta kepada si comel muahs-muahs-muahs untuk teruskan perjalanan. Manakala aku di sebelahnya terus melayani lenggok nafsu sarakah pil selsema yang aku langgani ...




.

5 comments:

Kniedaz said...

Ko ni....aku ingat dah terbabas tadi..nasib baik muahs muahs muahs ble bawa kereta huhu

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
Hahaha... dia ada lesen gak ..

ibundo said...

kalau aku tengok driver yang sekejap ketuk2 stereng, kejap stretch ke belakang sekejap macam nak melekap kat stereng, kejap pandang ke kiri ke kanan, kejap bersiul2... aku dah mula seriau. Kalau laki aku, aku suruh berenti je. Tapi kalau driver teksi.. kecut perut aku tau....

sepa said...

eh nak tanya.

1. ko tak ratah-kunyah-gigit desbod.?!
2. tak duduk di atas bumbung kreta.?!
3. atau tak bukak pintu, hayun2 kaki keluar.?!


:)

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Kalau drebar bas yang macam tu, pakat nagis ramai2 je la dalam bas kan? hahaha



Sepa,
eh, aku terfikir pulak nak buat macam tu... ko ni kreatif la....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com