Friday, March 29, 2013

Mimpi dalam Mimpi

.

Sebelum-sebelum ini, ada yang pernah bertanya sama ada aku pernah tak bermimpi dalam mimpi. Aku jawab, aku pernah tapi amat-amat jarang sekali. Nah! Malam tadi, aku bermimpi dalam mimpi lagi.


Malam tadi aku bermimpi. Mimpi yang biasa-biasa sahaja. Mimpi berpergian ke tempat asing di tepi laut. Ada wajah-wajah yang biasa aku lihat di pejabat yang turut ada. Semestinya ada wajah Mama dan Ariff. Ada shopping complex. Ada ramai orang. Ada para pekerja korporat. Ada eksekutif-eksekutif yang bertali leher dan memakai kot. Aku? Aku hanyalah sebahagian kehidupan di situ. Kehidupan sementara kerana aku datang ke tempat situ kerana bercanda.

Dalam berhari-hari aku tinggal di situ (ya, canda kami agak lama semacam sebulan sudah rasanya), pada satu malam itu aku telah tidur dan ruh aku telah dibawa ke satu tempat yang asing. Aku bermimpi yang aneh sekali (mimpi yang sungguh sensitif untuk diceritakan tapi aku cuba ceritakan dengan berlapik).

Dalam mimpi itu (mimpi kedua di dalam mimpi pertama tadi), aku seolah-olah telah di'bawa' ke satu langit yang gelap oleh 2-3 'orang'. Mereka memegang lengan kanan dan kiri dan membawa aku 'terbang' jauh ke dalam langit sehinggakan aku rasa dunia ini kosong. Tiada bulan, tiada bintang. Namun kami tetap disinari oleh sejenis cahaya yang sukar aku mengerti.

Kami 'terbang' sehinggalah kami bertemu 'seseorang' yang lain yang sedang duduk bersemayam di sebuah singgahsana besar yang seolah-olah diperbuat daripada batu marmar puitih dan kelabu. Ada asap nipis menuruni pentas singgahsana teratas mengikut paras-paras pentas (seperti tangga) kerana singgahsana itu seperti mempunyai 4-5 lapis.

Apa yang berlaku di situ? Aku seperti diadili. Aku dipaksa berlutut dan aku menurut. Aku hanya tunduk kerana takut. Setelah habis membebel dan diadili,  'Raja' atau 'Ketua' yang duduk disinggahsana itu telah memberi tahu aku sesuatu tetapi aku terlupa perinciannya. Ada 3 perkara yang dia beritahu dan salah satunya ada kena mengena dengan angka '30', dua lagi ada kena mengena dengan sesuatu yang bakal berlaku di dalam dunia aku.


Sebaik sahaja 'Raja' atau 'Ketua' itu bercakap (dengan suara yang tegas dan sedikit marah), aku disuruh bangun. Apabila aku bangun, 2-3 'orang' tadi itu telah memegang semula lengan kana dan kiri aku lantas membawa aku 'turun' semula ke dunia aku tetapi pada kali ini sebaik sahaja ingin sampai ke dunia aku, mereka melepaskan aku. Lalu aku terasa seperti melayang-layang, jatuh bebas. Manakala 'mereka' itu berpatah balik dan 'terbang' ke langit atas.

Apabila hampir terhempas, aku pun terjaga dari tidur (tetapi masih dalam mimpi pertama). Aku cepat-cepat bawa Mama dan Ariff untuk berjumpa kawan-kawan aku yang lain (kebanyakkannya kawan-kawan pejabat). Diantaranya ialah Amir dan Najib. Yang lainnya aku rasa samar-samar sahaja. Tujuan aku berjumpa mereka ialah untuk berkongsikan mimpi aku tadi. Dan yang lebih penting, untuk memberitahu 3 perkara (yang aku rasa seperti 3 amaran). Tapi, aku takut-takut hendak menceritakanya kerana mereka mungkin akan ketawakan aku.


Ya, memang benar. Mereka tertawakan aku. Bukan mereka sahaja, malah kawan-kawan aku yang lainnya juga. Oleh sebab itu, aku bawa Mama dan Ariff untuk keluar dari tempat itu. Dimana kami tinggal? Kami menyewa sebuah bilik di bangunan SOHO (beberapa tingkat di bawah 'apartment' yang kami sewa ialah shopping complex, pejabat-pejabat, kedai-kedai dsb.)

Jadi, dalam melarikan diri itu, lif pula rosak dan kami terpaksa menggunakan beberapa siri tangga pusing yang sungguh aneh sekali putarannya. Ia seperti 'maze'. Kena tengok betul-betul arah pusingannya sebab tangga-tangga pusing itu bersambung-sambung. Kalau silap lompat, tangga itu akan bawa kita naik semula ke atas.... hahaha.

Sehingga aku terjaga dari kedua-dua mimpi itu, Amir sedang cuba bawa kami keluar daripada bangunan SOHO yang besar itu. Tetapi Amir dan Ariff telah terpisah daripada kami kerana mereka telah terlompat ke tangga pusing yang salah.

Sehinggalah mimpi aku berakhir, Aku dan Mama telah berjaya keluar ke padang kecil/kawasan lapang kecil (seperti di luar Suria KLCC) dan menunggu Ariff dan Amir. Tidak lama kemudian, Ariff dan Amir pun muncul tetapi Amir meminta diri untuk masuk semula ke SOHO itu, kembali ke dunianya. Manakala aku, Mama dan Ariff memulakan langkah baru...





(Mimpi dalam mimpi ini berlaku dan entri ini ditulis di sebuah hotel bajet di tepi laut yang tenang)



.

11 comments:

smbotak said...

mimpi dalam mimpi ni ambik perjalanan jauh sikit nak bangkit...

ummuaidan said...

tak pernah lagi mmpi dlm mimpi..yg dlm mimpi tuh mungkin satu peringatan kot ...

Nizam.Ariff said...

SM,
penat sikit la.. rasa macam cerita The Matrix pun ada... hahaha



Ummuaidan,
Tu la... tapi aku lupa apa dianya. Entah-entah, ada bapak Jin yang dah marah sebab ku terpijak istananya...? hahaha

Kniedaz said...

aku selalu mimpi tangga tapi takut nak turun..ko tau tak apa maknanya?

jeb said...

apa 3 amaran tu?

aza ni said...

pru mungkin ke 30 hb?

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
entahlah apa maksudnya.
Tak reti nak tafsir2 nih....


Jeb,
aku dah lupa...


azani,
Hahaha.... parlimen bubar 30hb kut...


sepa said...

dalam criter Inception, depa bermimpi sehingga 3 lapis. eh, ko cuba bermimpi 3 lapis. hehehe

Nizam.Ariff said...

sepa,
nantilah aku cuba... hahaha

frame_meletup said...

Boleh buat filem ni... nanti aku akan majukan crite ni pada aziz osman

Nizam.Ariff said...

Frame meletup.
Eh...dia dah ada byk story line up tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com