Monday, March 25, 2013

Misi menghutankan rumah...

.

Orang kata, kalau tak mampu tinggal di dalam hutan, bawa hutan untuk tinggal dengan kita.

Berbekalkan kata-kata pujangga bernas itulah, aku dan Mama-muahs mempunyai misi untuk menghutankan sekitar rumah kami.


Ini kumpulan pokok yang ke-4 kalau tak silap...


Kami tak pandai memilih pokok. Apa yang kami mahukan ialah pokok yang cukup tinggi dan boleh rimbun untuk menutup pandangan orang luar yang suka curi-curi pandang kami bersantai di luar rumah nanti. Dan pokok-pokok itu tak boleh merosakkan lantai, longkang mahu pun pagar akibat akarnya.

Selain daripada menghadang pandangan orang yang lalu-lalang di tepi pagar itu, di harapkan pokok-pokok itu nanti akan cuba sedaya-upaya menapis debu-debu halus dan bunyi enjin kenderaan.




.

9 comments:

Lady Windsor said...

Aku cadang untuk ko dan mama muahs, tanam pokok tanduk rusa dan paku pakis giant juga untuk menyejukkan rumah. Dulu rumah arwah mak aku kat kg ada tanam dan aku rasa memang betul fungsi pokok tu menyerap hawa panas...

secangkir madu merah said...

elok kalau kau ngan mama tanam pokok cili, serai, daun pandan, daun kari, daun kunyit, pokok limau purut.. nak masak asam tumis dah cukup bahan dah.. hehehe.. nak masak main petik je kat laman..

Nizam.Ariff said...

LW,
Ye ke?
Nanti aku bincangkan dengan Mama...


SMM,
Dah tanam kak, tinggal nak tunggu besarnya je... pokok kari tu yang payah nak hidup...

Yunus Badawi said...

Tanam pokok buah2an pun ok juga rasanya. Sebab bila dah berbuah dapat juga hasilnya ..... ngeeee

Nizam.Ariff said...

YB,
Aku ada tanam pokok betik..
tapi kalau tgkkan bunga yang keluar, itu betik jantan la... hahaha

Aishah Jahirah said...

slmt menghutankan rumah anda...;)

Nizam.Ariff said...

Aishah,
salah pilih pokok la...
yang tu dah tanam tapi tak tinggi sangat. Kami nak yang tinggi lebih paras kepala...

sepa said...

Ko tak tanam pokok meranti eh.! bagi gempak sket.!

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku tak de meranti
aku ada jati tapi dah jadi kerusi.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com