Wednesday, March 27, 2013

Obses dengan nombor...

.


Seorang lelaki meletakkan kunci kereta baharunya di atas meja kopi di hadapan kawannya yang terlebih dahulu telah menghirup teh tarik cap masjid.

"Whoaa... kereta baru. Apa nombor, kawan?"

Lelaki tadi meluruskan 3 jarinya, " 3 nombor, kawan." lantas menunjukkan kereta baharunya dengan mata. WWW 123. Tersenyum bangga dia. 

Selang beberapa minit, seorang lelaki lain datang meletakkan kunci kunci keretanya dengan cermat di hadapan kawan-kawannya.

"Apa nombor?" soalan yang sama diajukan.

Dia naikkan 2 jari, " 2 nombor baru cun!" katanya lantas menunjukkan keretanya yang bernombor pendaftaran BBB 12.

Selang beberapa minit, seorang lelaki lain datang dengan penuh bangga. Sesampai di meja kopi itu, dia lemparkan kunci kereta. Terkejut 3 orang kawannya.

"Whooaaaaa.... lu pun angkat keleta balu aa..?"

"Mesti maaa.... gua angkat 1 nombor, laaaaggiiiiii cun. Puas gua cari owner lama kasi beli itu nombor... mahallll!"

Lantas menunjukkan kereta BMW dengan nombor pendaftaran lama BAB 1.





.

14 comments:

Suspek Utama said...

hahaha..kalau buang jaraka antara BAB dengan 1 tu agak-agak dikira mencarut x?kehkehkeh..

aza ni said...

terjemahan dia bab yang pertama...molek

Nizam.Ariff said...

suspek utama,
Aklu tak nak sebut.. ko yg sebutkan.. hahaha



azani,
hahaha... kalaulah org boleh fikir ke situ..

the malay male said...

haha...plat tu pun berebut gak ke

Kniedaz said...

Hahaha....pagi2 dah mencarut dalam hati...

Nizam.Ariff said...

the malay male,
aku tak pasti siapa yang beli no. plat tu... hahaha



Kniedaz,
hahaha... tak elok mencarut...

tasekM said...

aku ada jumpa plat MAT 1.
tapi dia buat gini.

MAT
1

1 letak sebelah T seram gamaknya.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Hahaha... tau gak dia ek..

Lady Windsor said...

aku pernah nampak plat nombor PEN15..terbuntang jap aku fikir apa ada dalam kepala otak drivernya...

Nizam.Ariff said...

LW,
Mesti orang tu jantan... kakakaka

Lady Windsor said...

a ah ya..lelaki cina..tak silap aku dia drive Hyundai..

Nizam.Ariff said...

LW,
hahaha....
kalau pompuan yang drive, aku syak ramai jantan yang ikut keretanya nak mencuba nasib....

sepa said...

aku pernah tengok plet M1... mungkin tuanpunya kuat makan eh.!

Nizam.Ariff said...

sepa,
dia nak je tu... wannnt je...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com