Sunday, March 17, 2013

Ribut Kosmik

.

Radio bercerita.
Cerita tentang ribut kosmik bakal melanda jiwa.

Tak guna aku melawan walau pun mampu terbang selaju cahaya kerana aku tak akan bisa mengatasi tarikan lohong hitam jiwa. Jadi apakah yang perlu aku lakukan? Semudahnya, aku serahkan diri tanpa perlu melarikan diri. Biarlah kuasa-kuasa alam mencarik daging tubuh aku cebis demi cebis daging, seketul demi seketul tulang sehingga semuanya hancur menjadi debu-debu bintang.

Aku tahu kamu bisa terbang ke awan. Maaf kawan, aku tak dapat turut serta kerana aku tak mampu. Belum pun sempat aku memijak sirrus, hati aku pasti disambar cahaya utara yang berwarna pirus dan lembayung unik cantik, jiwa aku pasti akan dikejutkan oleh mitos-mitos lagenda bima sakti. Kita adalah manusia tetapi kita tak sama.

Aku katakan ini kerana aku tahu bahawa aku bukanlah sekuat seperti yang kamu fikirkan sepatutnya ada pada aku. Aku tiada apa-apa lagi selepas semangat aku dicarik lohong hitam. Tinggalkan aku di bumi ini sendirian, kawan. Melawan gejolak hati yang mengaduh setiap kali terhantuk batu jalanan.

Aku kesasar. Aku tahu dan aku tetap biarkan aku dihantuk begitu. Kerana apa? Kerana entah macam mana, lama kelamaan aku suka diri aku dihantuk batu itu. Aku terasa sungguh aman dalam kesakitan. Aneh? Tidak jika kamu tahu fizikanya.

Biarkanlah aku tewas pada kali ini. Aku tak mampu bangun lagi. Biarlah tubuh aku disedut, dicarik-carik cebis demi cebis oleh lohong hitam itu. Melupakan waktu yang tak berdetik lagi. Melihat dalam gelap setelah cahaya luntur warna putihnya.

Kawan, kita berjumpa nanti di titik singulariti di daerah yang jauh. Kumpulkanlah debu-debu tubuh aku dan tolong tanamkan. Kemudian cacakkanlah nesan untuk aku sebagai tanda bahawa aku pernah hidup satu ketika dulu.





.

9 comments:

Lily Abdullah said...

Betul la, entri kita macam ada telepati..ke Deja Vu...

:)

Jahirah said...

mak aih....sastera amat....haha

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
mungkin kita sama2 alaminya sekarang ni...


Aishah,
itu sastera fizik namanya,...hahaha

Umm AA said...

aku kurang paham sketlah..lohong hitam th apa?

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
lubang hitam yang ganas menghancurkan kehidupan... payah nak diga,barkan secara fizikal... hehehe

aza ni said...

bila topik yang ada lubang hitam ngalahkan budak baru lahir pengetahuanku, google menjadi kan lebih keliru...anti matter, warp into time,macam ular yang telan dirinya , bibir masuk mulut, diikuti hidung,mata, kepala badan akhirnya ekor, yang tinggal satu bola...


habis tu ruang yang kosong jadi vavuum ke?,,eh sama macam steam ondensation

ternyata kau genius,

Nizam.Ariff said...

azani,
disitu.. dikatakan segala pengetahuan manusia akan hancur dan musnah sama sekali...

sepa said...

ya ya singularity. sekarang kita hidup dalam pluralism.!!!

...aku agak ada ketenangan d rumah baru ko tuh, banyak ilham tumbuh dari persekitarannya itu. :)

Nizam.Ariff said...

sepa,
terlampau tenang... tu sebab boleh berckap dgn diri sendiri

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com